Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 17 April 2012

PROTON PREVE GAMBARAN CITA2 TUN MAHATHIR TERHADAP PROTON??











Ambo kira tiada siapa yang boleh mengelak dari bercakap tentang baby terbaru proton ni... Proton Preve..!! Sebuah jentera amat cantik pada pandangan luar..dan gagah bila bergerak.

Semasa pelancaran nya malam tadi..ramai  yang terlopong melihatnya..walau pun prototype nya telah lama dapat dikesan... malah gambar tidak rasmi nya telah disiarkan dalam beberapa blog.

Ambo yakin...Preve mampu meningkatkan imej Proton baik dalam dan luar negara. Malam tadi  semasa melintas Jalan Ampang..nampak ramai yang dok kerumun kereta tersebut di pusat jualan Proton!!

Siapa tak geram..dengan enam warna nya yang cantik dan nampak mewah. Apa lagi dengan harga nya yang mampu dimiliki antara RM59,540.00 – RM72,990.00  sahaja.

Model Preve diletakkan dalam segmen C sebaris dengan model-model  seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy dan tidak terkejut jika mampu mengatasi model2 popular seperti Toyota Vios dan Honda City.

Senarai Penuh harga Proto Preve..!!

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)

RM 59,990.00 / Metallic (OTR)

RM 59,540.00 / Solid (OTR)

2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)

RM 62,990.00 / Metallic (OTR)

RM 62,540.00 / Solid (OTR)

3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)

RM 72,990.00 / Metallic (OTR)

RM 72,540.00 / Solid (OTR)

Dengan tempuh masa cuma 22 bulan dan kos pembangunan nya cuma RM540 juta..ambo amat kagum dengan baby terbaru Proton ini....!!  Sesuatu yang hampir sempurna.

Sebagai anak Malaysia ambo amat bangga dengan Preve ini walau pun ambo belum tentu mampu nak beli...hehe..!!

Apa pun malam tadi...yang menarik perhatian ambo bukan sahaja kepada Preve..tetapi yang lebih menarik ambo adalah kehadiran Tun Mahathir..manusia yang menjadi idola ambo sejak dulu....kata kawan ambo "Tun M nampak hansem..." sekali lagi ambo bangga...!!!

Semuga Preve akan membuktikan  mampu menakluk dunia...sebagai mana cita2 Tun Mahathir semasa melancarkan Proton Saga pada pertengahan tahun 80an dulu..!!!

akhir kata..hidup Preve..hidup Mahathir!!!






Tiada ulasan: