"Hukuman itu seolah-olah mahu menjatuhkan kedudukan pasukan The Red Warriors kerana dalam tempuh hukuman itu perancangan Kelantan akan terjejas"...itu antara luahan Pengerusi Kelab The Warrios Kota Bharu!!
Nampaknya isu pergantunggan tidak akan reda dalam masa terdekat. Benar Annuar Musa tidak bercakap apa2 tentang pergantungan nya tetapi pihak lain pula dilihat semakin lantang.
Bagi ambo terima lah hakikat bahawa Annuar Musa memang bersalah dalam isu ini kerana telah melanggar peraturan yang dia sendiri antara pemimpin tertinggi... Kalau peimpin sendiri tidak hormati paturan, ambo kira tak salah kalau diambil tindakan.
Bukan Annuar seorang yang kena tindakan yang sama malah sebaris nama telah kena tindakan termasuk B Sathianathan, Redhuan Abdullah, Wan Jamak dan lain-lain . Tak de pun bising2 macam ni.
Yang ambo pelik dalam kes Annuar ni belum kena hukum pun dah bising2 siap buat bantahan lagi...
Dari dok bising2 tak tentu hala lebih baik desak FAM gubal peraturan Artikel 88... Agar lepas ini tiada lagi yang akan jadi 'mangsa' seperti Annuar Musa.
Menuduh hukuman terhadap Annuar itu sebagai agenda untuk jatuhkan pasukan Kelantan, ambo kira amat keterlaluan...!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan