Semalam 18 NGO Melayu Pulau Pinang telah mengadakan bantahan terhadap demo Bersih 3 yang akan di adakan pada 28 April nanti .
Nampaknya pihak yang jauh dari Jalan TAR sudah nyatakan bantahan walau pun kepentingan mereka tidak tergugat secara langsung.
Sekarang ambo nak tanya, apa tindakan Persatuan Pasar Malam TAR untuk melindungi kepentingan ahli mereka. Apakah pihak persatuan tiada plan untuk mendepani situasi ini dan menyerah kepada takdir semata2 apa2 kerugian yang akan di alami nanti?
Setiap demo haram yang di adakan, ahli peniaga Pasar Malam TAR akan rugi besar.... Kepada siapa kami nak mengadu kalau persatuan pun seperti endah tak endah perkara seperti ini.
Ambo kira kesemua persatuan peniaga sekitar Jalan TAR lah patut menyuarakan bantahan awal.... Tetapi nampak nya semua masih diam seperti ada apa2 akan berlaku pada 28 April nanti!!!
Sepatutnya seluruh persatuan peniaga dan penjaja sekitar Jalan TAR bersatu demi menjaga kepentingan sendiri.
Pertahan hak kita. Buktikan kita semua menentang apa pun perhimpunan haram kerana itu akan rugikan kita.
Kita tidak peduli apa agenda perhimpunan haram Bersih 3 itu. Apa yang kita mahukan agar perhimpunan haram itu di buat jauh dari pusat bandar agar kita dapat mencari rezeki dengan aman.
Semenjak perhimpunan haram Bersih 1, 2, GMI, demo anti PPSMI dan lain demo dalam beberapa tahun ini bukan sedikit kerugian yang kami alami. Siapa yang jaga hak kami?? Siapa mahu bayar kerugian kami???
Kepada penganjur perhimpunan Bersih 3 tu, gunakan lah hak berfikir terlebih dahulu sebelum nak praktikkan hak bersuara....!!
Kepada Persatuan peniaga dan penjaja sekitar Jalan TAR... Bertindak lah .. Ahli2 harap kan perlindungan dari persatuan yang naungi mereka...... Bertindak laaa... Jika benar2 mahu jaga kepentingan ahli.....!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan