Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 18 April 2012

MINUM PELUNTUR - DIRA BOHONG LAGI???

Dira telah menafikan bahawa dia dimasukan ke hospital Serdang kerana minum cecair peluntur. Benar dia masuk hospital tetapi..bukan kerana minum peluntur tetapi kerana penyakit darah rendah dan gastrik...!!!

Ambo tak mahu nak komen panjang benda ni. Tetapi nampak gaya ramai yang tidak percaya.... kata mereka.... dulu pun Dira nafikan bahawa dia lah pengacara yang terlibat dengan memijak kepala seorang wanita. Beriye2 dia nafikan ..Dira kata konon nya pada masa itu dia sedang shopping dengan anaknya. Tup2..memang jelas dia kantoi....!! hehe ..shopping kat mana2 awal2 pagi?? kat Uptown Danau Kota kot..!!

Kali ini dia nafikan lagi sekali... sedang kan pengacara yang masuk hospital cuma dia seorang sahaja. Dira tak  kisah dengan cerita konon nya ada pengacara yang masuk masuk hospital minum peluntur....kerana itu bukan dia...!! orang lain...!!! Dia masuk hospital kerana darah rendah dan gastrik. noktah!!!

Tetapi sekadar penafian sebegitu..tidak mampu menutup mulut orang ramai... soksek2 tentang isu itu semakin hangat....!! malah kalau kita baca komen2 dalam beberapa blog dan portal...penafian Dira  itu mengundang lebih banyak komen nagetif !!! Ramai yang semakin tidak percaya cakap Dira lagi...!!
Jika kita meniliti 100 komen ..satu pun susah kita nak jumpa komen yang sokong Dira. Semua nya hentam atau sekurang2 memberi komen yang nagetif. Ini tidak baik untuk reputasi Dira sebagai pengacara rancangan popular.

Malah  ada yang cadangkan agar "Melodi" membuat terjah kepada Dira. Bongkar cerita sebenar... kalau selama ini Melodi asyik dok terjah cerita artis lain..kenapa tak terjah artis sendiri?? tentu cerita terjah tu lagi panas...!!!



Malah ramai yang mahukan agar Awal dan Zizan dikekalkan sebagai pengacara Melodi....mereka sudah tidak mahu Dira sebab beberapa isu yang melanda pengacara itu..jika ini benar terjadi.... kerjaya Dira dalam bidang ini semakin malap..lebih sadis ada yang cadangkan agar boikot cerita 'Chow Kit' yang masuk panggung semata kerana Dira antara pelakun utama...!!!

Apa pun terjadi...kita sepatutnya doa kan yang terbaik untuk Dira...!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku suka fafau...

pejuang hamas...