Isnin, 9 April 2012
KERJA SIA-SIA TENGKU ABDULAH JADI ORANG TENGAH ..FAM - ANNUAR MUSA!!
Ramai yang tidak faham, apa perlu Tengku Abdullah offer diri untuk menjadi orang tengah antara Annuar Musa dan FAM. Atas hal apa Tengku Abdullah mahu menjadi orang tengah sedang kan Annuar Musa dilihat dapat menerima hukuman yang dikenakan terhadap beliau.
Sudah tentu ketika Annuar bertanding dan seterus nya menang jawatan Tim Presiden FAM..dia sudah cukup faham tentang paraturan FAM. Apa yang dihadapi oleh Annuar juga pernah di alami oleh Raja Zainudin Raja Omar dan arwah Ahmad basri Akil. Mengapa sebelum ini tidak ada kecoh2 ...apakah kerana mereka lebih faham paraturan FAM dari Annuar??
Bila Annuar kritik secara terbuka tentang prestasi pasukan bola Malaysia dan corak Raja Gopal mengendalikan pasukan negara..ambo yakin Annuar telah faham akibat nya... atau mungkin kah Annuar merasa terlalu kebal kerana dalam beberapa kes sebelum ini dia tidak dikenakan tindakan termasuk tidak melepaskan Apek untuk latihan pasukan Olimpik??
Ambo setuju benar apa hok Presiden FAM sebut semalam...“Sebagai Presiden FAM, saya tidak boleh menerima tindakan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang bercadang menjadi orang tengah dalam isu penggantungan Annuar. Saya hanya sokong FAM saja, apa juga tindakan, itu hak Tengku Abdullah sebagai Timbalan Presiden FAM,”
“Saya harap semua pihak akur dan tidak terus mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM berkaitan isu penggantungan Annuar.
“Keputusan sudah diputuskan, ini bermakna semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka walaupun mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu,”
Samada kita setuju atau tidak..kepautusan telah dibuat. Dan keputusan tidak mungkin boleh diubah walau pun ada alasan nya...sebab itu bukan saja ambo yang pelik malah ramai juga yang pelik dengan tindakan Raja Abdullah untuk menjadi orang tengah.
Mungkin benar, Annuar Musa mampu untuk meningkta kan prestasi negara seperti yang dilakukan terhadap pasukan Kelantan...tetapi selepas hampir 2 tahun Annuar dalam FAM..apakah perubahan besar yang dia telah lakukan???
Ambo harap...kita semua boleh berlapang dada dalam isu ini...!!! Dan sekali lagi ambo setuju dengan pandangan Presiden FAM...."Negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan, mereka yang bersalah pasti berdepan hukuman. Kebebasan bersuara tidak seharusnya digunakan sesuka hati hingga ada pihak sanggup mengeluarkan kenyataan melampau hingga menjejaskan imej FAM yang menjadi badan induk bola sepak di negara ini”
Ambo kira kenyataan itu amat jelas....!! yang bersalah tetap bersalah walau pun apa alasan nya..!!
Dan kepada yang terus memainkan sentimen kerana pergantungan Annuar Musa dari FAM... apa kata kalau ambo cadangkan kita pakat2 desak supaya gubal Artikel 88 Perlembagaan FAM agar lepas ni ...pemimpin seperti Annuar Musa tidak lagi digantung walau pun dia mengkritik FAM hingga ke langit tinggi..!!!
hehe sekian .. dari ambo..majulah sukan untuk negara..!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
anwar musa bawa perubahan apa kat fam kalau dia betul2 bagus.
Catat Ulasan