Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 5 April 2012

ANNUAR MUSA MEMANG PATUT DIHUKUM....!!!

Sebagai peminat bola sepak Kelantan, ambo juga rasa terkilan bila Annuar Musa digantung tak bertali selama 2 tahun 6 bulan.

Ini bermakna dengan sendiri terlucutlah Jawatan Tim Presiden FAM dan juga Presiden KAFA... Alamak.. Cam mana Annuar mahu tempuhi ini semua sedangkan bola sepak itu seperti nyawa dia sendiri.

Annuar di dapati bersalah atas 2 tuduhan iaitu kritik pasukan bola negara dan melanggar titah Tim Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kesalah pertama hukum 2 tahun dan yang kedua selama 6 bulan. Dan hukuman berjalan secara berasingan.

Lebih malang hukuman tidak boleh dirayu .

Selepas perbicraan Annuar terus balik ke Kota Baharu utk mengikuti perlawanan Kelantan lawan pasukan AREMA dari Indonesia.

Di luar Wisma ada sekitar 300 orang penyokong Kelantan yang hadir memberi sokongan kepada Annuar. Malah ada yang datang seawal pukul 1.00 tengah hari.

Mereka bersorak dan menyanyi.. Dan keadaan menjadi lebih gamat bila Annuar tiba. Walau bagaimana pun keadaan terkawal. Malah pihak polis juga membuat kawalan rapi bagi menghadapi apa jua kemungkinan.

Perhimpunan itu bersurai selepas Annuar kuar dari wisma FAM sekitar pukul 6.45 petang.

Bagi ambo, samada Annuar patut dihukum atau tidak itu bergantung pada peraturan.

Dan bagi ambo juga, Annuar Musa adalah Tim Presiden FAM. Teguran boleh dibuat dalam mesyuarat bukan nya pada media. Lain lee kalau Annuar berada di luar. Maka baru lah dia bebas mengkritik.

Hehe itu cuma pandangan ambo... Pandangan peniaga pasar malam!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai komen sikit pun tak boleh ke?....sepatutnya jgn lee sampai begitu sekali hukumannya...nampak sangat macam nak balas dendam aje!. kalu gini carenya camne mutu bolasepak negara boleh dipertingkatkan?

Tanpa Nama berkata...

Setiap perkara yang kita buat perlu ada cara dan peraturan nya.

Kritik tu tak salah tp cara tu yang tak kena.