Ada yang bertanya , kenapa Persatuan Pasar Malam Lorong TAR tidak membuat apa2 bantahan terhadap Bersih 3.0? Banyak pihak sudah membantah. Dari persatuan pemandu teksi hingga ke PAPITA pun bantah. Tapi persatuan pasar malam TAR masih buat selamber dekkk jeeee!!!
Timbalan Presiden Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (PAPITA) Datuk Malek Radzuan berpendapat perhimpunan Bersih 3.0 bukanlah aman seperti mana yang dijanjikan penganjur.
Sebaliknya, kata beliau BERSIH mungkin mencetuskan pergaduhan dan kerugian kepada para peniaga sekitar kawasan itu seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Nun jauh di Kemaman Kira-kira 1,000 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemasik mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman sambil memegang sepanduk, pada hari ahad..
Mereka turut membuat sebanyak 80 laporan polis sebagai tanda protes dan bantahan terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka.
Sementara itu, wakil Felda Kerteh 6 yang juga Pengerusi JKKK Semai Bakti, Yusoff Yaacob berkata, Himpunan Bersih 3.0 tidak mendatangkan faedah melainkan hanya akan menganggu kestabilan negara dan ketenteraman awam.
“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kestabilan negara saya berkeras meminta pihak berkuasa menghalang ranca-ngan mengadakan himpunan ini.
Begitu juga di Pulau Pinang, puluhan NGO membuat bantahan yang sama.
Di Kuala Lumpur 100 ahli Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan serta Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia berkumpul di hadapan ibu pejabat DBKL bagi melahirkan bantahan mereka terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.
Mereka mahukan Datuk Bandar dan pihak polis mengambil tindakan yang tegas kepada pihak bersih...malah Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia mendakwa seramai 36,000 pemandu teksi di ibu negara akan kehilangan pendapatan sebanyak RM5.4 juta dalam tempoh sehari jika pihak berkuasa membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka.
Begitu lah resah nya rakyat Malaysia ..apa lagi yang terjejas secara langsung dengan perhimpunan haram 3.0. Tetapi aneh nya..pihak persatuan pasar malam TAR langsung tidak ada tindakan apa2... semua nya normal seolah2 tiadak ada apa2 akan berlaku. sedangkan sebelum ini telah mengalami kerugian yang bukan sedikit..!!!
Maka tidak hairan lah bila ada yang tanya...persatuan pasar malam tar ni dicontrol oleh penyokong pembangkang ke??? apa ambo nak jawab???
Kepada yang bertanya... ada mata pandang... ada telingan dengar...!!
Pada himpunan haram Bersih 2.0...ramai peniaga pasar malam TAR yang tidak boleh berniaga. Begitu juga dengan tunjuk2 perasaan sebelum ini.... kerugian peniagaan mencecah hingga 70%...!! siapa nak tanggung kerugian kami???
Jika persatuan sendiri tidak ambil berat masalah perhimpunan haram bersih 3.0 dan kesan nya kepada ahli.... maka kita nak harap kan kepada siapa lagi??? Pihak lain tidak akan bantu kita jika kita tidak mahu bantu diri sendiri.
Dan bila ada yang terus bertanya apakah diam persatuan pasar malam TAR itu tanda mereka sokong kepada himpunan haram Bersih 3.0??? Apa yang boleh ambo jawab?? ambo nak iye kan atau nak nafikan??
Ambo kenal ramai juga yang pegang jawatan dalam barisan kepimpinan persatuan. Tetapi ambo sendiri tidak berani menjawab untuk mewakili mereka. Jika ingin bertanya isu ini elok bertanya terus kepada persatuan..!!!
Kepada peniaga pasar malam TAR..nampak nya kita perlu menjaga diri kita sendiri untuk menghadapi kesan himpunan haram Bersih 3.0 nanti.....!!!
2 ulasan:
aku dengar pun gitu. selepas che kamarudin undur yg masuk pimpin persatuan pro pembangkang tu sbb diam isu himpun bersih.
woi klu skong Bersih tak yah niaga kar sini lah. ada persatuan tak guna.
Catat Ulasan