Warung MAMA yang terletak di kg Geliga Kuala Kemaman... sentiasa menjadi tumpuan pengemar keropok lekor!!
semua keropok yang baru dan sedang dimasak itu telah pun ditempah..!!! Dan kalau nak rasa keropok MAMA elok ditempah awal2..!!
pembantu warung MAMA yang ceria dan mesra....!!!
Sebelum membeli keropok kering ..anda boleh mencuba dahulu kesedapan nya....balang merah itu diisi penuh dengan keropok untuk dicuba oleh pelanggan!!
gentel kak..gentel!!!....lebih 150 hingga 200 kg ikan tamban digunakan setiap hari bagi memenuhi permintaan terhadap keropok lekor MAMA!!
Ini pula ..ambo singgah ke warung Mie untuk memdapatkan pencecah dan keropok kering ikan tamban Kemaman yang terkenal itu..!!!
Dua jenis keropok ikan tamban....satu dari Besut dan satu lagi dari Kemaman!!
Abang Mie sedang membungkus keropok lekor yang kami tempah..!!!
Ini antara keropok keping yang ambo bawa balik sebagai ole ke KL!!!
Lanjutan dari jalan2 ambo di Cherating...rasanya tidak lengkap kalau ambo tidak sebut tentang makanan 'rasmi' penduduk sekitra Cherating dan Kuala Kemaman iaitu kerepok lekor!!
Kat sini keropok lekor juga disebut sebagai keropok batang...!! Di sekitar Cherating apalagi di sepanjang jalan Kuala Kemaman memang banyak gerai2 menjual keropok lekor didirikan..dan lebih menarik kerana kita boleh membeli keropok lekor yang baru diangkat dari dapur!!!
Ambo pehatikan kat sini ada berpuluh2 brand keropok....tetapi dalam banyak2 cap keropok lekor tu yang benar2 kena dengan selera ambo adalah keropok lekor cap MAMA!!! Terletak di tepi jalan ke Kuala Kemaman memangnya amat lazat....!!! jadi sebelum ambo balik ke KL selepas beberapa hari berada di Cheraing dan Kuala Kemaman...ambo telah berkunjung sendiri ke Garai keropok lekor cap MAMA!!
Ermmm...sebaik ambo sampai...2-3 orang sedang sebok menguli dan merebus keropok lekor..dan bila ambo nak beli ternyata..semua nya telah ditempah...waa...parah ni...tetapi kerana kebaikan MAMA...dia jualkan juga kepada ambo sebahagian keropok lekor...cukup lah untuk ambo beli bagi makan sendiri dan sebagai ole2 kepada keluarga di KL!!!
Mengikut kata MAMA..setiap hari dia menggunakan antara 150-200 kg ikan tamban bagi menghasil keropok lekor!!! Dan keropok MAMA memang terkenal....!!
Selain keropok lekor di Kuala Kemaman juga terkenal dengan keropok keping ikan tamban yang sedap..!!
Apa pun...bagi yang berkunjung ke Cherating dan Kuala Kemaman.. kunjungan anda tentu tidak akan lengkap tanpa..satar dan keropok lekor.....!!!
Dan cadangan ambo....satar Awie dan keropok lekor cap MAMA adalah ole2 yang terbaik untuk kita bawa balik!!!!
Ahad, 13 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Kuala Kemaman memamng terkenal dengan satar dan keropok ikan tamban. Rugi kalau ke sini tidak rasa kedua-dua makanan istimewa itu.
kopok lekor losong lagi sedap bang, kalau maghri Ganu nanti ambe bawok gi Losong rase kopok Losong boleh banding nge kopok kemamang.
keropok lekor kg banggol PCB kat kelate pun sedap jugok.
Catat Ulasan