Ruang restoran yang luas dan selesa....ambo tidak akan lupa untuk singgah lagi di sini bila berkunjung ke Cherating!!
susun atur bahagian minuman yang kemas dan teratur!!
menu harga yang amat berpatutan...!!
daging bawang putih yang agak rangup..sedap dimakan bersama nasi panas!!
keng sum udang..adalah pilihan isteri ambo....!!
kerabu seafood....amat berlainan dengan yang ambo selalu makan kat KL!!
tom yam merupakan antara hidangan istimewa di sini...tetapi bagi ambo...tom yam di KL adalah lebih sedappp..!!
putri2 ambo sedang bermula untuk makan...!!
Jalan-jalan dan makan memang tidak boleh dipisahkan... kalau berjalan tanpa makan ibarat macam pohon tak berbuah lah!!!
Setelah enak merasa satar, otak-otak dan keropok rasa nya tak lengkap kalau kita tak pekena makanan yang agak berat sikit... ambo ada singgah beberapa tempat sepanjang berada kat sana.. tapi sayang nya tidak seperti yang ambo jangka kan...hehe makan ikan bakar pun harapkan harga saja mahal tetapi rasa nya hampeh!!!!
Hari terakhir ada sahabat yang tinggal kat sana cadangkan ambo sekeluarga mencuba makanan thai di Bangkok Kitchen yang terletak tepi jalan besar Cherating sebelah kiri kalau menuju ke Kuala Kemaman!!
Suasana nya agak nyaman serta mempunyai ruang letak kereta yang luas... masa kami singgah dalam sekitar jam 11.30 suasana di Bangkok Kitchen masih lenggang..!!
Layanan mesra dari pelayan sejak langkah pertama kami jejak kan kaki ke restoran tersebut benar2 mambuat hati tertambat!!!
Tidak keterlaluan jika ambo katakan bahawa kat sinilah antara layanan terbaik ambo terima !!Maaf katalah kadang2 masuk ke restoran bangsa sendiri ini ada yang melayan kita macam lah kita ni masuk nak makan freee!!
Walau pun makanan agak lambat sampai...tetapi kerana sikap pelayan dan 'boss' Bangkok Kitchen yang begitu mesra serta sentiasa senyum membuat kan kami selesa berada di situ...!!!
Kami oder beberapa makanan dan antara yang benar2 aku kira sedap adalah Daging Bawang Putih!! Daging yang digoreng rangup bersama bawang putih itu benar2 memikat selera..untuk makanan lain termasuk tom yam nya.. aku kira di KL adalah lebih sedap!!!
Apa pun layanan dan kemesraan pelayan2 di Bangkok House aku kira adalah aset yang penting kepada restoran tersebut..... mungkin ambo tidak ingat semua makanan yang aku makan kat situ tetapi kemesraan mereka akan tetap melekat pada hati kami sekeluarga!!
Selasa, 15 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
bagus nya kedai tom yam ini kerana mereka ada berbagai2 makanan kegemaran pelanggan.
Catat Ulasan