Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 24 Jun 2010

JIKA ADA RM1 ANDA TIDAK AKAN LAPAR DI KUALA LUMPUR!!

NASI LEMAK YANG AMBO BELI KAT MEDAN SELERA TPCA, KG BARU.. DAH READY UNTUK DIJADIKAN KORBAN....!!
SETIAP BUNGKUS DISEDIAKAN SUDU...WALAU PUN NAMPAK KECIK TETAPI BESAR NILAI NYA SUDU ITU KEPADA PELANGGAN YANG NAK MAKAN..!!!
WALAU PUN HARGA CUMA RM1.. TETAPI DIBUNGKUS CANTIK....!!!
ERMMM...MMG SEDAP...NASI NYA....SAMBAL NYA...BERSAMA 1/2 BIJI TELUR REBUS...MACAM TAK PERCAYA HARGANYA CUMA RM1....!!!


Dalam zaman yang kita kata serba serbi mahal terutaman nya makanan... sebenar nya masih ada makanan yang kita boleh beli dengan harga murah di Kuala Lumpur ni...!!!

Sebelum ini ambo juga pernah paparkan Restoran Ukhwah 1Malaysia yang terletak di Medan Tunku, KL menawarkan harga RM1 untuk sarapan pagi yang lengkap... ada teh tarik dan roti canai..!! sebenarnya bukan Restoran berkenaan sahaja yang menawarkan harga yang sebegitu murah malah sekarang ini sudah ada restoran lain sekitar Kg Baru, KL yang menawarkan sarapan dengan harga yang sama!!

RM1 untuk roti canai dan teh tarik itu.. sebenarnya bukan nya dihidangkan di gerai2 tepi jalan tetapi si Resoran yang selesa dan bersih!!

Sekarang ini sekitar KL nampak nya sudah seperti trend jual nasi lemak bungkus dengan harga RM1...cukup berbalaoi..!!!

Ambo ada beli nasi lemak bungkus di Medan selera Bersebelahan TPCA, Kg Baru...berdekatan dengan HKL....!! Memang murah dan sedap...!!!

Nasi lemak dibungkus cantik dengan daun pisang dan siap dibekalkan sudu plastik bagi memudah kan pelanggan untuk makan. Bagi ambo ini adalah perkembangan yang baik.. sekurang2 nya ramai yang boleh berjimat!!

Bila ambo makan..sebungkus sudah cukup membuatkan ambo kenyang sepanjang malam.. nasi nya banyak...sambal nya sedap...dan dilengkapkan dengan 1/2 biji telur bersaiz kecil!!

Sekarang ini, jika kita cuma ada RM1 sahaja dalam poket..insyaallah kita tidak akan lapar di Kuala Lumpur.... malah anda boleh makan di Restoran yang berhawa dingin..!!!

Selain itu...untuk mendapatkan nasi lemak bungkus RM1 yang sedap... ambo cadangkan satu lagi tempat iaitu di kafe Hospital Pusrawi .. Jalan Tun Razak...!!

Selamat mencuba!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul bro! kadang-kadang nilai duit sekarang semakin tinggi pada sesetengah barangan dan minuman.
Kalau kita pandai berjimat kita boleh hidup senang.

Kisah Cinta berkata...

kawe kena akui nasi lemok KL ni sedap dari nasi lemok kelate. Kalu keno dengar hargo muroh lagu ni kawe buleh kato nasi lemok sini muroh dari nasi lemok kelate.
ado-ado bendo rupo-ruponya KL ni lagi muroh dari kelate.

Tanpa Nama berkata...

aku tenguk banyak temapt sekarang yang jual nasi lemak bungkus harga sehinggit. baguslah ada nilai juga duit sehinggit zaman sekarang ni.

bijan berkata...

malam nanti aku nak pekena nasi lemak RM1! Sedap tak sedap belakang kira janji kenyang dan murah.