Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 30 April 2012

NIK AZIZ BAGI DUIT PD PESERTA DEMO HARAM-BAYARLAH SEKALI KERUGIAN KAMI......!!

Nik Azik mengaku bagi duit poket kepada peserta demo haram Bersih 3.0 . Satu KL huruhara kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Tapi Nik Aziz selamba jee mengaku malah ucap tahniah lagi.

Ambo nak tanya.. Tahniah kenapa? Sebab berjaya susahkan orang ramai termasuk peniaga kecik macam ambo ni?

Ambo kecewa sangat bila baca berita dan tenguk kenyataan Nik Aziz dalam tv malam tadi.

Tahukah Nik Aziz kerugian yang peniaga kecil alami? Tahu Nik Aziz kesusahan yg terpaksa kami alami? Siapa nak bayar kerugian kami?

Oleh kerana Nik Aziz boleh bagi duit kepada golongan yang merosakan perniagaan kami.... Apa kata Nik Aziz juga bayar ganti rugi kami....???

Dah acap kali kami rugi kerana demo haram macam ni. Apakah Nik Aziz tak melihat kerugian kami? Apakah Nik Aziz cuma nampak kesusahan org yg datang nak buat demo haram saja?

Semuga Allah buka kan hati Nik Aziz untuk bayar kerugian kami sekira nya Nik Aziz benar iklas ketika bagi duit untuk bantu peserta haram Bersih 3.0 itu!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 28 April 2012

POLIS ARAHKAN PASAR MALAM TAR TUTUP - OPERASI KUTIP PENDEMO BERSIH 3.0 DEGIL BERMULA !!

Memang menyusahkan...merugikan..dan kurang hajar... Itu yang boleh ambo simpulkan dengan demo Bersih 3.0.

Lebih pelik, ada peserta demo haram tu kata bukan mereka punca peniaga rugi. Mereka tak salah... Yg salah adalah peniaga sendiri .. Kerana mereka tak buka perniagaan.

Ambo rasa tak de yg lebih bodo dari pendapat macam tu.. Patutlah mereka tidak rasa bersalah susahkan peniaga .. Sbb mereka rasa mereka benar... Tabur pasir dalam periuk nasi org tu dianggap benar?

Hari ini ramai juga yg buka... Tp siapa yg nak datang? Puak2 yg demo haram tu bukan nya nak bantu.. Yg niaga air ok lee.. Yg niaga lain cam mana?

Kejap tadi polis arahkan peniaga Pasar Malam TAR tutup..mereka dijangka akan kutip pendemo2 yg degil ....!!

Ambo harap polis bertegas... Cukuplah bagi muka kepada mereka....!!

Sekali lagi kami rugi... Siapa nak tanggung kerugian kami? Pendemo2 haram itu tak akan rasa bersalah walaupun kami susah krn bagi mereka apa byg mereka buat tu benar.... Apa yg ambo boleh cakap...pendemo Bersih 3.0 tu mmg bangang!! Ambo sudah hilang sabar...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 26 April 2012

ALASAN AMBIGA TERUS DEMO DI DATARAN ALASAN ORANG TAK DE OTAK!!!









Untuk mengadakan apa2 demo mesti menggunakan 3 sifir. Jika kurang mana2 satu nescaya demo haram akan menjadi hambar dan kehadiran nya tak lebih dari bilangan lembu dalam kandang lepas kena penyakit lembu gila.


Sifir 1 - mesti dijalankan di sekitar Jalan TAR.
Sifir 2 - mesti di buat pada hari sabtu
Sifir 3 - mesti pada sebelah tengah hari hingga ke petang kerana waktu tu masa paling pack.

Sebab itu Ambiga akan memberi alasan2 bodoh untuk terus berdemo haram di Dataran Merdeka atau pun di depan Sogo...kerana kalau buat ditempat lain nescaya cuma lembu2 sahaja yang akan hadir.......!!!

Pihak DBKL bersedia untuk menyediakan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur untuk Ambiga pilih..manakala pihak KDN pula memberi jaminan bagi memastikan perjalanan peserta demo ke tempat tujuan selamat.

Seperti diduga Ambiga dan konco2nya tetap mahukan Dataran Merdeka. Mereka tidak peduli walau pun keputusan m itu akan timbulkan berbagai2 masalah kepada banyak pihak.

Kalau Ambiga dan konco2 nya ada otak sudah tentu mereka menerima tawaran DBKL..sudah tentu mereka memikirkan kerugian peniaga dan pemandu teksi. Mereka juga akan memikirkan kesulitan yang bakal di alami oleh orang ramai...!!! tetapi kerana Ambiga cuma punya otak tetapi tak de fikiran maka dia memberi alasan bodoh untuk menolak tawaran DBKL . Ambiga mendakwa tidak sempat memberi notis penukaran tempat kepada penyokong2 nya. Apa punya bodoh Ambiga ni. patut pun dia tidak pernah fikirkan kesusahan orang lain. Apakah Ambiga masih berada di zaman batu?? atau dia sememang nya dungu..!!

Ambo harap, pihak DBKL dan Polis bertindak lebih tegas. Cukup2 lah bagi muka kepada Ambiga dan konco2nya itu.. kerana kebodohan mereka sudah lebih dari lembu... dan elok juga pihak berkuasa tangani mereka seperti tangani lembu....!!!!!

Ambo dan rakan peniaga kecil melayu dan fedup dan bosan dengan manusia bodoh macam Ambiga dan rakan2 nya...!!!

Dan kepada orang2 islam yang mahu ikut bontot Ambiga..kenali lah dulu siapa ambiga dan motif tindakan nya...dan satu kena ingat..perhimpunan haram Bersih 3.0 akan bergabung dengan golongan penyokong LBGT.... apakah melayu/ islam akan menyokong semua itu???

Kepada Ambiga dan konco2nya.... kerugian yang kami alami kerana demo bodoh kamu itu membuat kami semakin meluat ...!!!

Rabu, 25 April 2012

DIAM TANDA PERSATUAN PENIAGA PASAR MALAM TAR SETUJU DEMO HARAM BERSIH 3.0???


Ada yang bertanya , kenapa Persatuan Pasar Malam Lorong TAR tidak membuat apa2 bantahan terhadap Bersih 3.0? Banyak pihak sudah membantah. Dari persatuan pemandu teksi hingga ke PAPITA pun bantah. Tapi persatuan pasar malam TAR masih buat selamber dekkk jeeee!!!


Timbalan Presiden Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (PAPITA) Datuk Malek Radzuan berpendapat perhimpunan Bersih 3.0 bukanlah aman seperti mana yang dijanjikan penganjur.

Sebaliknya, kata beliau BERSIH mungkin mencetuskan pergaduhan dan kerugian kepada para peniaga sekitar kawasan itu seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Nun jauh di Kemaman Kira-kira 1,000 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemasik mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demons­trasi aman sambil memegang sepanduk, pada hari ahad..

Mereka turut membuat sebanyak 80 laporan polis sebagai tanda protes dan bantahan terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Sementara itu, wakil Felda Kerteh 6 yang juga Pengerusi JKKK Semai Bakti, Yusoff Yaacob berkata, Himpunan Bersih 3.0 tidak mendatangkan faedah melainkan hanya akan menganggu kestabilan negara dan ketenteraman awam.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kestabilan negara saya berkeras meminta pihak berkuasa menghalang ranca-ngan mengadakan himpunan ini.

Begitu juga di Pulau Pinang, puluhan NGO membuat bantahan yang sama.

Di Kuala Lumpur 100 ahli Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan serta Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia berkumpul di hadapan ibu pejabat DBKL bagi melahirkan bantahan mereka terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

Mereka mahukan Datuk Bandar dan pihak polis mengambil tindakan yang tegas kepada pihak bersih...malah  Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia mendakwa seramai 36,000 pemandu teksi di ibu negara akan kehilangan pendapatan sebanyak RM5.4 juta dalam tempoh sehari jika pihak berkuasa membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka.

Begitu lah resah nya rakyat Malaysia ..apa lagi yang terjejas secara langsung dengan perhimpunan haram 3.0. Tetapi aneh nya..pihak persatuan pasar malam TAR langsung tidak ada tindakan apa2... semua nya normal seolah2 tiadak ada apa2 akan berlaku. sedangkan sebelum ini telah mengalami kerugian yang bukan sedikit..!!!

Maka tidak hairan lah bila ada yang tanya...persatuan pasar malam tar ni dicontrol oleh penyokong pembangkang ke??? apa ambo nak jawab???

Kepada yang bertanya... ada mata pandang... ada telingan dengar...!!

Pada himpunan haram Bersih 2.0...ramai peniaga pasar malam TAR yang tidak boleh berniaga. Begitu juga dengan tunjuk2 perasaan sebelum ini.... kerugian peniagaan mencecah hingga 70%...!! siapa nak tanggung kerugian kami???

Jika persatuan sendiri tidak ambil berat masalah perhimpunan haram bersih 3.0 dan kesan nya kepada ahli.... maka kita nak harap kan kepada siapa lagi??? Pihak lain tidak akan bantu kita jika kita tidak mahu bantu diri sendiri.

Dan bila ada yang terus bertanya apakah  diam persatuan pasar malam TAR itu tanda mereka sokong kepada himpunan haram Bersih 3.0??? Apa yang boleh ambo jawab?? ambo nak iye kan atau nak nafikan??

Ambo kenal ramai juga yang pegang jawatan dalam barisan kepimpinan persatuan. Tetapi ambo sendiri tidak berani menjawab untuk mewakili mereka. Jika ingin bertanya isu ini elok bertanya terus kepada persatuan..!!!

Kepada peniaga pasar malam TAR..nampak nya kita perlu menjaga diri kita sendiri untuk menghadapi kesan himpunan haram Bersih 3.0 nanti.....!!!


















Sabtu, 21 April 2012

ALHAMDULLILAH BOB KUMAN MASIH HIDUP!!!

Sebelum ini hebuh berita kematian beliau... !!

Syukur semuga Bob cepat sembuh!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 20 April 2012

AZNIL KENA KRITIK DALAM UTUSAN MALAYSIA!!



Rupa2nya isu ABPBH 12 masih belum reda. Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini pengacara popular, Aznil Hj Nawawi dibedal kaw2. Aznil dikatakan tidak wajar kerana "merentap" trofi dari tangan Normala Shamsuddin untuk menyerahkan kepada Zizan.

Komen tulisan Arif Nizam dari Bukit Jalil itu antara nya berbunyi ..."Saya telah meneliti komen pengacara Aznil Nawawi mengenai tindakannya berlari ke pentas dan 'merentap' trofi bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada 8 April lalu untuk diberikan kepada pemenangnya, Zizan Razak.


Saya membaca beberapa kenyataan Aznil dan tulisannya dalam sebuah akhbar yang memberitahu langkah itu sebagai penghargaan untuk beliau kepada Zizan. Selama ini Aznil memenangi anugerah itu untuk sembilan tahun berturut-turut.

Walau apa pun komen Aznil, saya mewakili segelintir peminat dunia hiburan yang lain melihat perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak bijak. Aznil sewajarnya tidak berlari ke pentas kononnya untuk berkongsi kegembiraan itu apabila trofi yang beliau pegang selama sembilan tahun berturut-turut terlepas ke tangan orang lain."

Ambo rasa ada benar nya juga kata2 penulis itu. Ambo sendiri terkejut ..bila nama Zizan diumumkan sebagai pemenang alih2 Aznil terlari2 naik ke pentas dan "merentap" trofi dari Normala. pada mula nya ambo ingatkan ambo yang tersalah dengar nama zizan..rupa2 nya Aznil yang berlari lebih pantas dari Zizan ke pentas. Masa sebenar nya ramai yang terkedu..tetapi kerana yang berlari naik pentas itu aznil maka ramai yang cuma senyum berkata apa2...!!! hehe tapi yang senyum tu pun banyak yang senyum kambing.

Ambo sendiri rasa apa yang aznil lakuakan itu satu kesilapan. Lain lah jika Normala sendiri yang meminta Aznil yang menyerahkan nyar. Perbuatan tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah anugerah baik yang besar atau yang kecil..baik yang rasmi atau pun tidak rasmi..!!

Aznil sepatutnya mengambil tindakan seperti Siti Nurhaliza yang menarik diri dari bertanding di saat dia masih menang. Aznil sudah menjulang tropi pemyampai tv terbaik srbanyak 9 kali berturut2. Itu sudah cukup membuktikan bahawa Aznil seorang yang popular.. atau mungkin dia mahu rangkul untuk kelai ke 10?? tetapi sayang tidak kesampaian....!!!

Apa pun bagi ambo..Aznil tetap manusia hebat...berbagai awrd yang penah dia menangi baik dari dalam dan luar negara telah membuktikan nya...!!!

Brvo Aznil!!!






Khamis, 19 April 2012

SKANDAL ZAHIDA RAFIK - SHAFIE APDHAL DIBONGKAR DRIVER SENDIRI??

Gosip skandal Zahida Rafik dan seorang VVIP ni sudah lama ambo dengar..... Cerita ini dulu cuma berlegar sesama sendiri terutama di kalangan blogger.

Tup2 gosip itu menjadi hangat, pemandu peribadi Zahida yang sebelum ini didakwa mengelapkan duit Zahida telah mendedahkan segala2 nya.

Pendedahan yang detail termasuk transaksi duit ratusan ribu antara VVIP dan Zahida telah dirungkai satu persatu oleh bekas pemandu itu.

Pemandu berusia 38 tahun itu juga mendakwa dia menjadi org tengah hubungan sulit antara mereka...!!


"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

"Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

"Wang tunai tersebut kemudiaannya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

"Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,"

Ambo yakin, isu ini akan menjadi besar tambahan PRU 13 semakin dekat.

Kita tidak boleh menghakimi perkara ini semata2 kerana pendedahan bekas pemandu itu. Tetapi jika apa yg dibongkar itu fitnah, ambo harap VVIP dan Zahida buat laporan polis dan saman!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 18 April 2012

MINUM PELUNTUR - DIRA BOHONG LAGI???

Dira telah menafikan bahawa dia dimasukan ke hospital Serdang kerana minum cecair peluntur. Benar dia masuk hospital tetapi..bukan kerana minum peluntur tetapi kerana penyakit darah rendah dan gastrik...!!!

Ambo tak mahu nak komen panjang benda ni. Tetapi nampak gaya ramai yang tidak percaya.... kata mereka.... dulu pun Dira nafikan bahawa dia lah pengacara yang terlibat dengan memijak kepala seorang wanita. Beriye2 dia nafikan ..Dira kata konon nya pada masa itu dia sedang shopping dengan anaknya. Tup2..memang jelas dia kantoi....!! hehe ..shopping kat mana2 awal2 pagi?? kat Uptown Danau Kota kot..!!

Kali ini dia nafikan lagi sekali... sedang kan pengacara yang masuk hospital cuma dia seorang sahaja. Dira tak  kisah dengan cerita konon nya ada pengacara yang masuk masuk hospital minum peluntur....kerana itu bukan dia...!! orang lain...!!! Dia masuk hospital kerana darah rendah dan gastrik. noktah!!!

Tetapi sekadar penafian sebegitu..tidak mampu menutup mulut orang ramai... soksek2 tentang isu itu semakin hangat....!! malah kalau kita baca komen2 dalam beberapa blog dan portal...penafian Dira  itu mengundang lebih banyak komen nagetif !!! Ramai yang semakin tidak percaya cakap Dira lagi...!!
Jika kita meniliti 100 komen ..satu pun susah kita nak jumpa komen yang sokong Dira. Semua nya hentam atau sekurang2 memberi komen yang nagetif. Ini tidak baik untuk reputasi Dira sebagai pengacara rancangan popular.

Malah  ada yang cadangkan agar "Melodi" membuat terjah kepada Dira. Bongkar cerita sebenar... kalau selama ini Melodi asyik dok terjah cerita artis lain..kenapa tak terjah artis sendiri?? tentu cerita terjah tu lagi panas...!!!



Malah ramai yang mahukan agar Awal dan Zizan dikekalkan sebagai pengacara Melodi....mereka sudah tidak mahu Dira sebab beberapa isu yang melanda pengacara itu..jika ini benar terjadi.... kerjaya Dira dalam bidang ini semakin malap..lebih sadis ada yang cadangkan agar boikot cerita 'Chow Kit' yang masuk panggung semata kerana Dira antara pelakun utama...!!!

Apa pun terjadi...kita sepatutnya doa kan yang terbaik untuk Dira...!!

Selasa, 17 April 2012

PROTON PREVE GAMBARAN CITA2 TUN MAHATHIR TERHADAP PROTON??











Ambo kira tiada siapa yang boleh mengelak dari bercakap tentang baby terbaru proton ni... Proton Preve..!! Sebuah jentera amat cantik pada pandangan luar..dan gagah bila bergerak.

Semasa pelancaran nya malam tadi..ramai  yang terlopong melihatnya..walau pun prototype nya telah lama dapat dikesan... malah gambar tidak rasmi nya telah disiarkan dalam beberapa blog.

Ambo yakin...Preve mampu meningkatkan imej Proton baik dalam dan luar negara. Malam tadi  semasa melintas Jalan Ampang..nampak ramai yang dok kerumun kereta tersebut di pusat jualan Proton!!

Siapa tak geram..dengan enam warna nya yang cantik dan nampak mewah. Apa lagi dengan harga nya yang mampu dimiliki antara RM59,540.00 – RM72,990.00  sahaja.

Model Preve diletakkan dalam segmen C sebaris dengan model-model  seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy dan tidak terkejut jika mampu mengatasi model2 popular seperti Toyota Vios dan Honda City.

Senarai Penuh harga Proto Preve..!!

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)

RM 59,990.00 / Metallic (OTR)

RM 59,540.00 / Solid (OTR)

2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)

RM 62,990.00 / Metallic (OTR)

RM 62,540.00 / Solid (OTR)

3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)

RM 72,990.00 / Metallic (OTR)

RM 72,540.00 / Solid (OTR)

Dengan tempuh masa cuma 22 bulan dan kos pembangunan nya cuma RM540 juta..ambo amat kagum dengan baby terbaru Proton ini....!!  Sesuatu yang hampir sempurna.

Sebagai anak Malaysia ambo amat bangga dengan Preve ini walau pun ambo belum tentu mampu nak beli...hehe..!!

Apa pun malam tadi...yang menarik perhatian ambo bukan sahaja kepada Preve..tetapi yang lebih menarik ambo adalah kehadiran Tun Mahathir..manusia yang menjadi idola ambo sejak dulu....kata kawan ambo "Tun M nampak hansem..." sekali lagi ambo bangga...!!!

Semuga Preve akan membuktikan  mampu menakluk dunia...sebagai mana cita2 Tun Mahathir semasa melancarkan Proton Saga pada pertengahan tahun 80an dulu..!!!

akhir kata..hidup Preve..hidup Mahathir!!!






SIAPA PENGACARA RANCANGAN GOSSIP HAMPIR MATI MINUM PELUNTUR PAKAIAN???

Riuh seluruh negara, seorang pengacara sebuah rancangan gossip popular dikatakan hampir meninggal akibat minum peluntur pakaian.

Perbuatan itu dilakukan pada petang hari ahad.... Dia telah dimasukan ke wad kecemasan hospital Serdang ... Tetapi telah dipindah ke wad pesakit luar bila disahkan peluntur yang diminum tidak lagi membahayakan.

Beberapa nama telah dikaitkan dengan peristiwa tersebut termasuklah Dira, Marsha malah Michelle dari Melodi pun disebut2 juga.

Ambo tak berani nak tekalah siapa dia...walau pun ambo yakin kalau ambo serkap jarang pun harus kena!!!!

Kalau dia seorang muslim- ambo harap dia iangatlah apa yg dia buat itu tidak akan selesaikan masalah... Malah per buatan mengambil nyawa dianggap sesat dalam hukum.

Dan jika pengacara itu bukan islam- perbuatan itu tetap tidak akan selesaikan masalah.

Sebagai manusia kita perlu hadapi masalah jika kita mahu selesaikan masalah tersebut...!!

Kita tunggulah dalam masa 1-2 hari ni ambo yakin pengacara itu sendiri akan membuat pengakuan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 15 April 2012

AIDIL ZAFUAN DAKWA ADA SEBAB TAK BALIK RUMAH 4 BULAN - APA PUNYA JANTAN!!!

Ambo nak gelak pun ada nak mengeleng pun ada bila Aidil Zafuan komen tentang krisis rumah tangganya.

Ambo nampak Aidil ni belum cukup matang untuk jadi suami walaupun sudah ada 2 anak. Matang2 tak matang boleh nampak bila dia sms untuk bercerai di saat Rita sambut hari jadi.. Apa dia nak tunjuk sebenar nya?? Nak tunjuk bodo??

Dia boleh bagi berbagai alasan tetapi tindakan itu ttp tidak matang!!!

Dalam MM hari ni, sekali lagi dia cuma tegak kan benang basah bila dok gomel konon nya dia ada sebab untuk tidak pulang hingga 4 bulan ke rumah... Ambo senyum kambing baca kenyataan itu.

Ambo nak tanya, sebagai suami 'sebab" yang paling besar adalah untuk lindungi keluarga. Jaga anak...jaga bini.. Bukan nya tak balik rumah sampai 4 bulan.

"Saya dituduh macam2, tak ingat anak lah, tak bagi nafkah lah, pada hal anak2 sentiasa dalam ingatan sy" ... Hehe begitulah lebih kurang cakap bapa dan suami yg konon nya bertanggungjawab itu..... Nak termuntah ambo baca.

Hehe ingat anak kejadah apa kalau tak balik rumah berbulan2 . Kalau takat ingat... Kucing pun ingat kat anak ... Lembu pun ingat anak....!!!

Sebagai lelaki ambo malu dengan kenyataan Aidil tu. Apa masalah kau ni bedul?? Tak kan lah ada anak dua pun masih tak boleh buat keputusan yang matang sikit???

Dulu masa nak kawin, sampai ke Siam pun kau sanggup bawa anak org. Janji bulan bintang.... Dah ada anak dua... Kau tiba2 jadi bedul? Kau sia2 kan.... Nak cerai pun kau pakai sms jee... Jantan jenis apa kau ni?!?

Ambo harap Aidil akan jd betul2 lelaki budiman lepas ni. Ingatlah... Sekali janji kita lapaz ia akan ikat kita sepanjang hayat. Apa lagi janji hingga sanggup kawin kat Siam!!!

Kepada Rita, tabahkan hati selalu...demi anak2....!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEMO BUDAK2 HINGUSAN DEPAN SOGO-MAKIN RAMAI MENYAMPAH !!!

Petang sabtu tadi , riuh rendah dari stesyen LRT Masjid India ke Sogo. Ada beberatus - ikut laporan Malaysiakini sebut 300 orang walau pun pada pandangan ambo tak sampai pun angka tu.
Di depan Sogo mereka arak gambar DS Najib. Dan Khalid Nordin dengan dikalungkan bunga orang mati... Sungguh kurang ajar.
Tajuk perhimpunan itu konon nya untuk mansuhkan PTPTN tetapi kebanyakkan mereka terjerit terpekik maki hamun pemimpin... Itu yang ambo tak paham!!! Nak buat demo PTPTN buat saja laaa... Apa perlu carut dan maki pemimpin?
Ambo nampak ramai yang menyampah dengan peel mahasiswa2 hingusan itu. Mereka yang tak tahu pun erti hidup sebenar dah pandai nak ubah dunia?? Ubah perangai lah dulu budak2 hingusan oi.....!!!
Pada masa sama ada beberapa pemimpin pembangkang muncul !! Ambo tak pasti mereka muncul utk apa... Kata nya demo tu demo pelajar.. Yang tua2 bangka tu muncul buat apa2???
Kalau itu lah wajah mahasiswa, ambo risau masa depan anak2 ambo... Bukan apa....kalau budak2 macam tu lah jadi pemimpin mau ranap negara ni.
Kalau lah pemimpin pun mereka tak reti nak hormat.... Kepentingan peniaga kecil macam ambo mereka tak tahu nak jaga?? Dan asyik dok citer hak sendiri dan kepentingan sendiri jee tanpa fikirkan masalah org lain.... Nak jadi pemimpin apa?? Cermin lah diri dulu wahai budak2 hingusan.....!!!
PTPTN tu tak perlu nak buat demo untuk hapuskan... Jangan dok susahkan orang lain dengan agenda bodoh macam tu... Kalau tak nak bayar PTPTN tu... Belajarlah bersungguh2 bila dapat kelulusan yang baik...PTPTN akan ditukar kepada biasiswa... Bukankah itu lebih mudah dan tidak menyusahkan orang ramai??
Ambo harap... Pihak berkuasa bertindak tegas laahhh... Jangan asyik nak jaga kepentingan pelajar2 yang otak separuh tiang tu saja... Hak kami peniaga kecil ni macam mana??
Kuatkuasa kan ... Agar Jalan TAR ini menjadi kawasan bebas dari demo haram... Kami dah tak sanggup tanggug kerugian kerana demo2 bodoh deperti itu...!! Ni 28 April nak ada lagi sekali.....!! Parah lah kami... Pihak berkuasa tolong lah jaga kepentingan kami....!b







Sabtu, 14 April 2012

PIHAK BERKUASA AMERIKA TAHAN SHAH RUKH KHAN UNTUK KALI KE-2 !!!

Memang patut kalau kerajaan India hantar bantahan diplomatik pada kerajaan Amerika bila Shah Rukh Khan kena tahan di Lapangan Terbang White Plains, New York.

Setahu ambo, ni kali kedua SRK kena tahan oleh pihak Amerika. Pada tahun 2009 pun dia kena tahan juga selepas pelancaran filem My Name is Khan.

SRK ditahan selama hampir sejam sebaik turun dari jet peribadinya untuk memberi syarahan di Yale Universiti.

Kalau pertama kali ditahan dulu, mungkin kerana phobia pihak Amerika kepada orang islam... Apa lagi masa tu filem My Name is Khan sedang hangat di tayangkan di Amerika.

Yang pelik nya cam mana pihak berkuasa boleh tahan palakon utama filem tersebut? Apakah mereka tidak punya data lengkap individu yang kuar masuk negara mereka hinggga SRK pun ditahan?? Bodo juga Amerika dalam bab ni.

Untuk kali ke 2 ni alasan apa pun SRK ditahan? Sbb dia ada nama macam orang islam? Apakah pihak berkuasa Amerika begitu phobia hingga tahan siapa saja yang disangka berugama islam tanpa selidik maklumat individu yang mereka tahan?

"Ya, ia selalu berlaku, ia memang bagus dan berasa megah dengan diri sendiri, saya selalu mengunjungi Amerika. Pegawai imigresen tidak menghiraukan kemasyhuran bintang. Lain kali saya akan lebih sinis ketika ditanya apakah warna kulit awak? Saya akan berkata putih,". Sinis sindiran SRK mengulas penahanan belaiu ketika syarahan di Universiti Yale...!!

Hehe nampak nya phobia Amerika tidak akan hilang terhadap Isalam.... Hehe kan org macam SRK pun mereka tahan... Hehe Amerika... Lu mmg Amerika!!!

Jumaat, 13 April 2012

18 NGO P PINANG BANTAH BERSIH 3 - PERSATUAN PASAR MALAM TAR BILA LAGI

Semalam 18 NGO Melayu Pulau Pinang telah mengadakan bantahan terhadap demo Bersih 3 yang akan di adakan pada 28 April nanti .

Nampaknya pihak yang jauh dari Jalan TAR sudah nyatakan bantahan walau pun kepentingan mereka tidak tergugat secara langsung.

Sekarang ambo nak tanya, apa tindakan Persatuan Pasar Malam TAR untuk melindungi kepentingan ahli mereka. Apakah pihak persatuan tiada plan untuk mendepani situasi ini dan menyerah kepada takdir semata2 apa2 kerugian yang akan di alami nanti?

Setiap demo haram yang di adakan, ahli peniaga Pasar Malam TAR akan rugi besar.... Kepada siapa kami nak mengadu kalau persatuan pun seperti endah tak endah perkara seperti ini.

Ambo kira kesemua persatuan peniaga sekitar Jalan TAR lah patut menyuarakan bantahan awal.... Tetapi nampak nya semua masih diam seperti ada apa2 akan berlaku pada 28 April nanti!!!

Sepatutnya seluruh persatuan peniaga dan penjaja sekitar Jalan TAR bersatu demi menjaga kepentingan sendiri.

Pertahan hak kita. Buktikan kita semua menentang apa pun perhimpunan haram kerana itu akan rugikan kita.

Kita tidak peduli apa agenda perhimpunan haram Bersih 3 itu. Apa yang kita mahukan agar perhimpunan haram itu di buat jauh dari pusat bandar agar kita dapat mencari rezeki dengan aman.

Semenjak perhimpunan haram Bersih 1, 2, GMI, demo anti PPSMI dan lain demo dalam beberapa tahun ini bukan sedikit kerugian yang kami alami. Siapa yang jaga hak kami?? Siapa mahu bayar kerugian kami???

Kepada penganjur perhimpunan Bersih 3 tu, gunakan lah hak berfikir terlebih dahulu sebelum nak praktikkan hak bersuara....!!

Kepada Persatuan peniaga dan penjaja sekitar Jalan TAR... Bertindak lah .. Ahli2 harap kan perlindungan dari persatuan yang naungi mereka...... Bertindak laaa... Jika benar2 mahu jaga kepentingan ahli.....!!!

APA KES ZED ZAIDI DAN AARON AZIZ HINGGA PAPA GOMO PUN KOMEN??

Ambo agak tertarik dengan kontroversi kemenangan Aaron Aziz pada ABPBH bila blogger2 besar.... termasuk Parpu Kari dan Papa Gomo memasukan entri ini dalam blog mereka.

Jika sebelum ini mereka cuma bercerita soal politik tetapi masuk bab Aaron semua dah nampak macam wartawan hiburan....hehe bayangkan lah kalau Papa Gomo tiba2 jadi wartawan hiburan... Mau hujan 3 hari 3 malam KL ni...!!!

Kontroversi mula timbul bila Zed Zaidi dikatakan mempertikaikan kemenangan Aaron.... Dan menyifatkan kemenangan itu bakal menghancurkan indusatri tanah air.

Meski pun, Zed kemudian menafikan bahawa kenyataan dalam twitter itu ditujukan kepada Aaron hakikat nya orang Malaysia tidak lah terlalu bodoh untuk memahami kata2 Zed itu.

Bila melihat penafian Zed dan beberapa lagi ulasan nya... Termasuk menyamakan artis luar sataraf dengan pembantu rumah... Itu amat tidak bijak.... Malah lebih kurang matang bila keluarkan kenyataan agar artis2 tidak lagi mengundi dia sebagai Timbalan Presiden Seniman jika tidak setuju dengan kelantangan itu.

Hehe kadang2 ambo nampak Zed ni dah macam orang mabuk kuasa.. Hentam sana...hentam sini tanpa fikir akibat nya. Kalau begitulah peel nya elok laa tendang saja Zed dari kerusi Seniman... Buat malu kompeni saja..!!

Apa pun ambo puji sikap Aaron yang tidak melenting tak tentu pasal... Macam tu lah hero Malaya walau pun belum jadi rakyat Malaysia..!!

Sebagai Timbalan Presiden Seniman, Zed sepatutnya melihat kejayaan orang luar di bumi bertuah ini sebagai pendorong untuk artis kita lebih maju... Bukan nya melompat2r macam beruk kena belacan..!!

Lagi pun Aaron berlakon dalam filem tempatan yang kerjanya dijalankan oleh 100% orang tempatan juga. Jadi di mana salah nya???