Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 19 Februari 2010

TAMAN TASIK DATUK KERAMAT MEMANG BEST!!!

taman tasik yang indah....sesuai untuk beriadhah bersama keluarga!!!
sessi panaskan badan.....lepas ni baru boleh lari macam lipas kudung..!!!
ini dia..bakal pelumba basikal negara......walau pun masih bertayar empat..tp mampu buat willie!!!
banyak kemudahan yg disediakan..dan yang penting semuanya percuma..!!
ini juga bakal angsawan wanita pertama negara....sedang berlatih terbang diawangan dengan buaian....!!!
Huruf condongkemudahan gym yang lengkap....lepas ni tak perlu lagi masuk ke pusat gym yang beratus2 ringgit yuran sebulan... kat sini percuma sahaja !!!

berposing manja di tepi tasik Keramat...!!!
masalah utama...parking kereta yang amat terhad..!!!



Ambo selalu juga bawa keluarga beriadhah di Taman Tasik di sekitar Kuala Lumpur tetapi tidak terlintas untuk singgah di Taman Tasik Datuk Keramat walau pun ia terlentak dilaluan yang ambo selalu berulang alik.

Tetapi minggu hari minggu lepas bila diajak oleh isteri untuk ke sana ..ambo pun setuju...bukan apa ambo malas nak ke Taman Tasik Datuk Keramat itu..kerana tempat parking nya amat terhad...ambo ni mmg pantang tempat yang susah parking ni...!!

Tetapi bila pertama kali ambo jejak kaki ke taman yang bernilai RM 6.3 juta yang baru dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam...ambo benar2 rasa teruja..!!

Kat Taman Tasik yang mula diupgredkan bermula Januari 2008 dan siap sepenuhnya pada September tahun lalu...dan mempunyai berbagai kemudahan kemudahan termasuk tandas awam, laman senaman, laluan refleksologi, taman permainan kanak-kanak, wakaf, lampu taman, kios jualan dan juga dilengkap peralatan gimnasium berbumbung serta padang futsal bagi kemudahan pengunjung.

Bagi ambo...Taman Tasik Datuk Keramat adalah lengkap dan antara yang terbaik untuk dikujungi oleh wargakota...tetapi seperti yang ambo cakap awal tadi...kemudahan meletak kereta amat terhad...DBKl cuma sediakan 45 petak sahaja.... sudah tentu ini tidak mampu untuk menampung pertambahan penggunjung terutama selepas dirasmikan semalam!!

Apa pun sebagai Taman Tasik yang lengkap dan indah...sedikit kekurangan tidak akan menjejaskan minta orang ramai untuk terus berkunjung ke situ..!!!

Ambo angkat ibu jari kepada DBKL....terima kasih kerana memudahkan kami beriadhah!!!

Tiada ulasan: