Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 11 Februari 2010

PERDANA MENTERI BRITAIN YANG GEMAR MAKAN PISANG!!

Gordon Brown yang makan pisang untuk naikkan 'seri wajah'
prof diraja Ungku Aziz juga menjadikan makan pisang sebagai amalan untuk kedergasan otak!!
bukan sahaja buahnya ..jantung juga sedap dimakan ..apalagi kalau dibuat kerabu!!

pisang goreng amat sedap kalau dimakan dengan kicap!!



ambo rasa ramai dikalangan kita memang sedar akan khasiat pisang tetapi amat jarang dari kita menjadikan pisang sebagai makanan rutin..walau pun cuma sebiji sehari..!!

Pisang ini sebenarnya amat murah ..malah di kedai serbaneka Seven Elevan cuma dijual RM1 sebiji ..di kedai mamak pula cuma 50 sen sebiji..dan kalau di pasar kita boleh dapatkan sekilo pisang dalam RM3 sahaja sekilo...!!!!

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dikatakan memakan 9 biji pisang sehari sebagai persediaan untuk berkempen pada pilihan raya tidak lama lagi!!!

Beliau yakin dengan memakan pisang akan dapat 'menaikan seri muka'.....agaknya bila seri muka dah naik maka rakyat mungkin akan terus memberi undi kepadanya..!! satu teori yang elok juga diikuti oleh orang Malaysia yang banyak pokok pisang di belakang rumah!!!

Khabar nya, Brown tidak lagi memakan coklat Kitkat kegemaran nya selama ini...sebalik nya diganti dengan makan pisang..!!!

Kalau Brown berkunjung ke Malaysia, tentu dia seronok kalau dihidangkan pisang goreng cecah kicap cap udang!!

Prof Ungku Aziz juga mengamalkan makan pisang kerana baik untuk otak...jika selebriti pun makan menjadikan makan pisang sebagai amalan..mengapa tidak kita????

Ambo rasa elok ambo turunkan beberapa khasiat memakan pisang..dan lepas ini ambo juga akan jadikan amalan makan pisang sebelum turun berniaga di Pasar Malam TAR!!!

Jom kita jadikan makan pisang amalan kita....!!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tq, info yang sangat berguna dengan penyampaian yang santai.

Oranng Kelantan berkata...

kawe pun suka makee pisang,
hok kawe paling suko
adalah pisang kelat keling
ore sini panggil pisang rastali.