Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 9 Februari 2010

PLAN PEMBANGUNAN KG. BARU - JANGAN BIARKAN TANAH MELAYU TERGADAI LAGI..!!!

Kg. Baru adalah sejarah yang panjang...!!! susurgalurnya mungkin dari keturunan Raja Haji!
Bangunan 'Istana' bersejarah yang masih kekal ada di Kg.Baru
masjid Jamek Kg. Baru yang menyaksikan berbagai peristwa di dada Kuala Lumpur!!
Hidangan yang lazat sudah menjadi trademark kepada Kg. baru!!
Warung Perasan ini sangat terkenal di Kg. baru....!!
makanan barat yang sangat enak...dengan harga yang amat berpatutan..!!

nasi lemak Antarabangsa amat sinonim dengan nama Kg. Baru!!!


Plaza RAH...antara pembangunan awal di Kg. Baru..!!!


Satu berita yang ambo rasa seronok sangat didengar 1-2 hari ini adalah plan Pembangunan Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Kg.Baru yang berkeluasan 80 hektar itu kini nilainya dianggarkan mencapai harga RM20 bilion. Jika pembangunan itu dipersetujui oleh penduduk Kg. Baru, maka sebahagian besar dari mereka akan menjadi jutawan segera dengan menerima pampasan sehingga mencecah RM4 juta.

Kg.Baru yang diasaskan 100 tahun yang lepas merupakan satu-satunya kampung tradisional Melayu yang masih kekal berada ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.Dalam tempuh 50 tahun sebelum ini, telah beberapa kali plan pembangunan dicadangkan tetapi semua menemui jalan buntu kerana masalah pertindihan hak milik dan beberapa masalah teknikal yang lain.

Mengikut plan baru pembangunan Kg.Baru yang akan dibentangkan oleh Menteri Wilayah ke Parlimen tak lama lagi...penduduk Kg. Malayu tidak perlu berpindah dan akan terus kekal berada dikampung tersebut!! dengan kongsep baru itu ambo yakin tiada sebab untuk penduduk menolak !!!

Cuma ambo harap, pembangunan Kg.Baru akan benar-benar memberi menafaat kepada penduduk melayu. Pengajaran tergadainya tanah-tanah melayu seperti di Jalan TAR, Jalan Ampang, Jalan Tun razak, Setapak dan beberap tempat lagi seharusnya dijadikan ingatan!!!

Biarlah pembangunan di Kg.Baru itu nanti akan menjadi pemangkin kearah pengukuhan ekonomi melayu di Kuala Lumpur. Ambo yakin jika plan pembangunan ini dirancang dan dijalankan dengan jujur...tiada sebab untuk Kg.Baru tidak boleh membangunan seperti KLCC ataupun Bukit Bintang!!!

Jika kaum cina ada CinaTown nya, kaum India ada Little India nya.. maka Kg.Baru seharusnya menjadi hub pembangunan melayu bagi segala bidang khusus untuk kemajuan bangsa Melayu Bandar!!

Sesungguhnya amat perit untuk kita mengenang sejarah bagaimana satu demi satu tanah melayu jatuh ke tangan bangsa lain atas nama pembangunan....lantaran itu..susah untuk kita jumpa lagi tanah melayu di Jalan TAR...di Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang...!!!
Jika sejarah disingkap....kita akan temui hakikat bahawa tanah-tanah itu dulu adalah milik bangsa melayu..yang tergadai tanpa kita tangisi...!!!

Dan hari ini, ambo harap..tanah Kg.Baru akan terus kekal milik melayu walau sepesat mana pembangunan nya nanti...!!! jangan biarkan sejarah hilang nya tanah melayu akan berulang lagi atas nama kemajuan!!!

Sebagai orang melayu..ambo berdoa kehadrat Allah agar Kg. Baru terus dirahmati!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya amat sokong! jangan gadai lagi tanah melayu atas nama pembangunan.

Oranng Kelantan berkata...

kawe selalu jugok gi make kat situ
banyok tu manan kelate
kawe mintok kalau kg baru tu
maju pun imej tempat makan kelate
tidak akan hilang.