Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 25 Februari 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H/2010M - PASAR MALAM TAR.





Esok umat Islam akan bercuti sempena sambutan Maulud Nabi...sebagai peniaga pasar malam ambo sangat bersyukur bila cuti Maulud Nabi jatuh pada hari jumaat..kerana biasanya pelanggan akan ramai di Pasar Malam TAR pada hari sabtu bila musim cuti begini..!!!

Bila cuti agak panjang seperti ini...orang dari luar akan berkunjung ke KL dan sudah tentu akan meramaikan juga penggunjung ke Pasar Malam TAR!!!

Ada juga yang tanya ambo...apakah maulud nabi ini dirayakan pada zaman Rasullulah?? Sudah tentu tidak... maulud nabi mula

Perayaan Maulud Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang Gebenor Irbil, di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Tetapi ada juga yang berpendapat bahwa idenya asal perayaan ini adalah dari Sultan Salahuddin sendiri. .

Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah ketika peristiwa menawan kota Yerusalem.

Di Malaysia...Maulud Nabi dirayakan saban tahun dengan berbagai acara keugamaan...!! Apakah pengertian maulud nabi sebenarnya..????

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Dalam kesempatan ini...ambo ingin ucapkan ...selamat manyambut Maulud Nabi kepada semua pelanggan dan sahabat handai ambo.....hayatilah slogan ...'Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah" - semuga kita lebih mencintai Junjungan Kita !!!

Tiada ulasan: