Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 19 November 2012

WAJArKAH BOIKOT MCDONALD MALAYSIA?

Hari ini McD umumkan memberi percuma 200,000 Egg McMuffin kepada pelanggan yang hadir ke premis mereka.

Ambo singgah juga kat McD, Ampang Jaya untuk meninjau situasi..ternyata barisan panjang pelanggan sedang menunggu utk mendapatkan Egg McMuffin mereka. Kalau dilihat secara mata kasar kempen dalam media alternatif agar memboikot tidak begitu berhasil.

Ada yg marah2 bila melihat masih ramai yg ke McD pagi ni... Konon nya mereka itu telah membantu Yahudi!!

Ambo tak tahu nak cakap apa dengan dakwaan tersebut. Bagi ambo tak de salah apa utk dapatkan makanan percuma itu. Apakah dengan ke McD dan ambil makanan percuma itu boleh dikatakan bantu Yahudi??

Pihak McD Malaysia sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak salurkan hasil jualan kpd kempen politik, keganasan atau penindasan.

Terdapat 11,500 yg sebahagian besarnya org islam yg bekerja di Mc D, apakah kita nak kata mereka juga sokong yahudi?

Ambo yakin McD Malaysia bukan sikit salurkan cukai kpd kerajaan utk pembangunan negara disamping menjalankan kerja2 kabajikan lain .

Nabi Muhamad sendiri tidak penah menharamkan jual beli dengan org bukan islam termasuk dari golongan yahudi. Malah Nabi Muhamad juga pernah mencagarkan baju besinya utk membeli makanan dari org Yahudi dgn bayaran bertangguh..

Jadi mengapa kita begitu ghairah memberi hukum utk haramkan semua urusan dengan McD Malaysia yg kita dakwa sokong Yahudi..!!

Jika McD Malaysia terang2 mengeluarkan kenytaan rasmi menyalurkan keuntungan mereka kpd yahudi utk serang Palastine dan menyokong keganasan tersebut... Ambo pun akan boikot...tp tidak ada hitam putih..dan org islam sendiri ramai mencari rezeki kat situ.. Apakah kita mahu jadikan mereka mangsa atas alasan Israel serang Palastine????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 ulasan:

nj berkata...

mungkin betul apa yang dikatakan oleh McD tu. Tapi yang jelas sekarang, McD Malaysia akan bayar wang royalti dan sebagainya kepada McD HQ mereka di US. Dan McD US dah terang-terang menyokong apa yang dibuat oleh Israel. Adakah kita masih nak membeli produk McD ? Adakah kita sanggup melihat rakyat Palestine terus ditindas dan dibunuh ?

Untuk pengetahuan semua, setiap satu franchise McD yang dibuka di Malaysia, perlu membayar RM 250, 000.00 setahun kepada Golden Arches sebagai royalti. Bayangkan berapa banyak pulang wang yang McD Malaysia bayar kepada McD US setahun???

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn ulasan nj

Tanpa Nama berkata...

Org kita dlm bab mendengki ni mmg terkenal pantang tgk org lain maju mula lah nak pikir mcm mn nak jatuhkan ttp tak pernah pun terpikir mcm mn nak bersaing ngan mc d tu cuba la yg berckp tu buat satu ala mc d msia utk memberi satu alternatif br blh berckp.. Ini bila berniaga tak laku mulalah pikir mcm mn nak jatuhkan org lain. Lps tu tuduh la org tu pakai jin la dan mcm2..

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana plak dgn Yahudi timur@cina,tak pernah pon kita nak pulau brg cina biarpon skrg ni diarg dah monopoli pasaran kat Malaysia ni??,kalo org melayu nak meniaga diarg akan tekan sampai bangkrap,nak buat camne market diarg control,tak pulak kita pulau,sibuk ke yahudi,yahudi timur tak plak kita boikot,keling astro tu mcm mana??,Blah la !!!

bila boikot2 kencang,last2 kat negara sendiri merempat,sibk ke boikot,
bodoh!!!

Tanpa Nama berkata...

Rokok x de spe pun nak boikot kan..sbb rela redah ribut taufan nak beli rokok..padehal wajib sumbang 10 hengget sehari utk yahudi zionis..

Tahukah kalian, siapa pengeluar terbesar rokok di dunia? Merekalah Philip Morris. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Zionis dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group [nama baru Phillip Morris yang ditukarkan pada tahun 2003] membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.