Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 29 Januari 2010

APAKAH STATUS PENDAFTARAN SSM KEPADA PENIAGA PASAR MALAM TAR??


Sijil SSM yang beberapa tahun dahulu diwajibkan ada oleh DBKL, tetapi sekarang tidak lagi..!!
apakah benar peniaga kecil seperti ini akan mendapat menafaat bila berdaftar dengan SSM??
kaunter SSM yang mesra pelanggan..tetapi bagi peniaga pasar mlama TAR, kami belum jelas apa fungsi SSM kepada perniagaan kami.


"Peniaga pasar malam dan penjaja akan mudah mendapat pinjaman jika berdaftar bersama SSM." ...itulah antara intipati ucapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menutup program “Outreach SSM-UniKL: Perniagaan Anda Bermula” sekejap tadi!!

Mungkin betul apa yg dikatakan oleh pak menteri tersebut, memang lah kalau ingin mendapatkan pinjaman dari bank dan institusi kewangan memerlukan sijil pendaftaran perniagaan daripada mereka. Tetapi apakah ada intitusi kewangan yang mahu memberi pinjaman kepada kami kecuali TEKUN???

Untuk pengatahuan, beberpa tahun lepas semua peniaga pasar malam TAR memang diwajibkab untuk mendaftar bersama SSM , malah peniaga tidak dibenarkan memperbaharui lesen jika tidak mempunyai sijil dari SSM.

Tetapi sejak 2 tahun kebelakang ini, peniaga pasar malam TAR tidak lagi diwajibkan untuk mengemukaan sijil SSM ketiak memperbaharui lesen.

Ambo sendiri tidak tahu status sijik SSM kepada kami, apakah benar-benar diwajibkan?? Kalau tidak diwajibkan mengapa beberapa tahun dulu kami semua diwajibkan mendaftar di SSM sehingga terpaksa berbelanja wang yang bukan sikit jumlahnya!!

Ambo harap DBKL selepas ini dapat memberi penjelasan yang lebih lanjut tentang perlu atau tidak kami betdaftar dengan SSM. Jika wajib kami ingin tahu sebab nya ..dan jika tidak wajib kami juga ingin bertanya mengapa kami diwajibkan mendaftar dahulu.

Semuga DBKL boleh memberi penjelasan tentang isu ini bagi mengelakkan kekeliruan. Sehingga kini masih ada sesetengah dari peniaga pasar malam TAR yang memperbaharui sijil berkenaan sepanjang tahun..dan ada setengah lagi pula mengabil sikap tidak peduli!!

Khamis, 28 Januari 2010

PENGHARGAAN YANG TAK TERHINGGA AMBO KEPADA ANGGOTA BALAI POLIS MASJID INDIA!!



balai polis Jalan Masjid India - anggotanya sangat cekap dan mesra!! tahniah buat KPN, Musa Hassan!!

report ambo kerana kehilangan lesen Pasar Malam TAR!!


Lesen baru ambo...terima kasih kepeda semua yang memudahkan proses memperbaharui lesen pasar malam!!



Kelmarin, ambo ke DBKL untuk memperbaharui lesen Pasar Malam TAR yang akan tamat tempuh pada pertengahan bulan depan. Oleh kerana lesen asal ambo hilang, maka ambo kenalah buat laporan polis dahulu sebagai syarat membaharui lesen.

Dari DBKL ambo bergegas ke balai Polis Masjid India, yang berdekatan dengan Mydin tu. Sampai di balai, ambo disambut mesra oleh L/koperal Fizol atau nama penuhnya Hafizol Amin b. Mat Ali seperti yang tercatat dalam repot polis yang ambo terima.

Cara anggota tersebut melayan..benar2 membuat ambo rasa dihargai..cekap dan mesra. Ambo tidak perlu bersusah payah..ambo cuma bagi jee butir-butir tentang lesen ambo yang hilang itu, beliau sudah mampu menyiapkan report untuk ambo dengan semporna dan cepat!!!

ambo kira anggota tersebut benar-benar telah menghayati cogankata keramat polis...Tegas, Adil dan Berhemah..!!!!

Kerana kecekapan koperal Fizol urusan ambo di DBKL menjadi lancar!!!

Tahniah kepada PDRM yang telah berjaya menjadikan anggotanya sedemikian efisen!!

Sebagai rakyat Malaysia, ambo rasa amat berbangga mempunyai pasukan Polis yang cekap. Semuga sikap yang ditunjukan oleh koperal Fizol itu akan menjadi trademark PDRM!!

Teringat ambo ucapan KPN semasa perasmian slogan baru PDRM pada 25 mac 2008..."
slogan ini amat penting untuk mengingatkan anggota agar menjalankan tugas dengan tegas tetapi tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya komited dalam menguatkuasakan undang-undang "

Tambah KPN lagi, ” slogan baru juga bertujuan membina kekuatan rohani pegawai dan anggota Polis supaya mereka mempunyai kawalan terhadap diri sendiri dalam menjalankan tugas masing-masing.”

Dan percaya lah KPN..suara anda telah direalisasikan oleh anggota-anggota anda...syabas PDRM!!

Kami peniaga-peniaga Pasar Malam TAR sentiasa menghargai jasa dan bakti anda semua!!

Kepada Koperal Fizol..terima kasih sekali lagi ambo ucapkan!!!

Rabu, 27 Januari 2010

BERHATI-HATI MAKAN 'ROTI BANJIR' DI KEDAI MAMAK!!

KEPAKARAN KEDAI MAMAK MENYEDIAKAN ROTI CANAI YANG ENAK MENJADI TARIKAN UNTUK BERSARAPAN!!
ROTI CANAI GARING ADALAH KEGEMARAN AMBO..APALAGI KALAU KENA DENGAN KARI KAMBING!
KUAH DAL YANG ENAK ...APA LAGI KALAU DIMAKAN BERSAMA ROTI CANAI...!!
HATI-HATI BILA PEKENA ROTI BANJIR, TAKUT ADA BENDA ASING TAK SEPATUT NYA DALAM KUAH...!!!


Hampir setiap pagi selain dari makan nasi berlauk ambo juga suka makan roti canai. Sebenarnya roti canai bukanlah kegemaran ambo yang sebenar, sebagai anak kelantan tulin selera ambo lebih kepada nasi bila bersarapan... tetapi kerana kedai mamak biasa nya selesa untuk bersantai sambil membaca surat khabar pagi...maka ambo jadikan makan roti canai pagi hari di kedai mamak sebagai sebahagiaan dari hobi ambo!!!

Ada satu kedai mamak kat KL ini memang menjadi kegemaran ambo, apa lagi dengan layanan cukup mesra , ambo merasa cukup selesa di situ...ambo rasa orang melayu kena belajar cara peniaga mamak melayan pelanggan mereka..!!

Pagi tadi, ambo oder roti canai garing bersama teh tarik...tak sampai 5 minit, oder ambo sampai..!!
Sebelum ambo makan..ambo rasa macam ada benda pelik kat dalam kuah dal yang terhidang bersama roti canai tadi... bila ambo peratikan rupa2 nya ada serangga seperti lalat hijau dalam kuah dal itu!!!...ambo panggil mamak..dan ambo tunjukkan apa yang ada dalam kuah itu...bagus nya mamak ini...mereka cepat bertindak dan segera menukar kuah itu dengan kuah kari kambing kegemaran ambo!!!

Apa yang ambo nak utarakan kat sini adalah...nasib baik ambo tak oder roti banjir..kalau lah takdir nya ambo oder roti banjir mau nya ambo dah telan serangga tadi..!!!

Moral cerita nya kat sini...hati-hatilah kalau makan roti banjir kat kedai mamak..pasti kan kuah yang dicurah atas roti kita itu tidak ada benda tak sepatutnya..!!!

Sebenarnya benda-benda seperti ini sudah biasa ambo dengar..tetapi kerana layanan yang cepat dan mesra..ambo tetap datang juga pekena teh tarik kat sana.....!!! Itu lah penangan teh tarik dan roti canai...serta layanan mesra kedai mamak...membuat hati kita seperti terikat!!

Ahad, 24 Januari 2010

DBKL AKAN MENGADAKAN OPERASI PEMUTIHAN DI PASAR MALAM TAR FEBRUARI NANTI!??

satu arah..satu suara...satu selera.....!!! nak baju yang gantung kat patung tu!!!!
pilihlah dik..semua tu cantik-cantik...ambo jual semua yang cantik2 saja...dah lah cantik murah lagi...mana nak cari....!!!

alamak!!! ben 10 pun ada juga laaa....cam mana ben 10 boleh sesat masuk pasar malam TAR ni??
mana ada tempat yang ada orang gelak sambil pilih baju...!! kat sini jee....hehe senyuman bakal2 cik gu!!!
hah..tenguk kecil2 pun taste dah tinggi...!! mercz tu!!!...sah2 besar esok2 kawin dengan janda kaya!!
alahai hafiz...dah ada anak pun demo....elok lee muda2 dah ada anak..baru lebih sedar keindahan hidup ini sebenar nya!!!
Huruf condongsaban minggu..tapak ambo sering menjadi tumpuan pelancung luar..kalau mereka pun berkenan dengan baju yang ambo jual.....!!! anda semua bila lagi nak berkunjung...!!??
ini adalah antara regular customer ambo....saban minggu mesti datang!!! makasih laah kerana menyokong!!
hello!!!..hello..!!! warna apa nak ni?? mak kat kedai yang mak beli baju minggu lepas...!!! kan bergaya baju yg kakak kita pakai tu....siap nak beli untuk bawa balik kampung lagi..!!!
pilih lah...tentu ada satu yang sesuai untuk anda...!!!
keluarga pelancong ini....tekun memilih baju....banyak tu dia borong!!!!
heloooo!!! yee...kaler apa??? saiz apa??? macam-macam ada kat sini..semua cantik2....!!!!



Pasar Malam TAR adalah antara lubuk menimba rezeki yang lumayan. Lantaran itu memang tidak hairan jika setiap ruang yang terbuka , akan ada sahaja pihak yang ingin mengambil kesempatan berniaga samada secara halal atau secara haram ....!!!

Ambo akui, pihak DBKL agak kerap juga membuat pemantauan tetapi , mereka yang digelar 'rambo' ini amat cekap mencari peluang..bagi ambo itu rezeki mereka asalkan tidak mengganggu peniaga yang sah !!!

Tetapi khabar nya, pada bulan februari ini, gelongan tersebut tidak lagi mudah untuk masuk ke pasar malam TAR kerana pihak DBKL dan Persatuan Peniaga Pasar Malam TAR akan menjalan operasi pemutihan di tapak pasar malam TAR!!

Tumpuan utama operasi pemutihan tersebut adalah untuk memastikan bahawa hanya peniaga-peniaga sah dan berlesen sahaja dibenarkan untuk terus berniaga. Malah tindakan yang amat tegas termasuk merampas lesen dan barangan akan dikenakan kepada peniaga2 yang didapati menyewa atau pun mengaji warga asing bagi menjalankan perniagaan di tapak mereka.

Sebagai peniaga, ambo menyokong penuh operasi pemutihan tersebut...semuga selepas operasi itu nanti Pasar Malam TAR akan menjadi lebih selesa untuk dikunjungi. Dan semuga operasi itu juga akan memberi isyarat jelas terutama kepada peniaga yang telah menyalahgunakan lesen mereka!!!

Khamis, 21 Januari 2010

DESAKAN 'KEMBALIKAN MeCD' BERGEMA LAGI..!!


kempen 'Kembalikan MeCD' adalah gambaran jelas hasrat ramai usahawan Melayu yang selama ini berpayaung di bawah MeCD.
Antara program MeCD yang berjaya...peranan MeCD terlalu besar untuk peniaga Melayu.


Ambo sedih juga bila mendengar keluhan kawan-kawan yang semakin tertekan semenjak pembubaran MeCD sembilan bulan yang lepas.

Ramai juga kawan-kawan yang bergiat dalam IKS sudah gulung tikar walau ada antara mereka telah pun mendapat kontrak...ada juga kontrak terpaksa dibatalkan kerana pengusaha tidak mampu mediakan modal pusingan bagi menambah produk untuk menampung keperluan kontrak.

Peniaga kecil macam ambo ini tidak perlukan pinjaman itu semua, kalau ada pun cuma perlu sikit modal tambahan dari Tekun..tetapi itu pun khabar nya masih ramai yang terlekat...Tekun pun tidak ada peruntukan sekarang ini agak nya.

Melihat situasi sekarang ambo rasa kerajaan perlu menwujudkan kembali MeCD atau pun setidak-tidak nya satu agensi yang boleh menolong secara langsung usahawan-usahawan bumiputri yang semakin terhimpit sekarang ini.

Awal minggu ini, DPMM( Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ) telah mengadakan satu forum bertajuk Usahawan Melayu Kini di Persimpangan: Digugat dan Digigit di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jelas dari percingan forum tersebut, uasawan-usawan bumiputra terutama yang terlibat dalam bidang percetakan dan pembuatan mengalami kesan yang paling teruk. Jika kerajaan tidak lakukan sesuatu ambo khuatir makin ramai usahawan kita akan mati tanpa nesan.

Pihak DPMM juga akan menghantar memorendum kepada Perdana Menteri secepat mungkin agar diwujudkan kembali MeCD. ambo yakin sebagai PM yang begitu paham kongsep 1Malaysia....sudah tentu rakyat akan diutamakan apalagi terhadap usawan melayu yang kian terhimpit seperti sekarang.

Ambo cuma berdoa agar Allah selamatkan semua usahawan-usahawan melayu!!



Ahad, 17 Januari 2010

TONG GAS HAMPIR MELETUP-DBKL PERLU KETATKAN PERATURAN MEMASAK DI TAPAK PASAR MALAM TAR

hehe..adik kecil ini ambo yakin akan menjadi usahawan berjaya bila besar nanti..!!
1Malaysia..semua bangsa tentu perlu ada selera yang sama...pelanggan ambo yang amat ceria!!
cantik tak??? tekun adik kita bagi buah fikiran semasa memilih baju!!

tu dia..minah salleh begitu anggung mencuba baju kat tapak ambo... pelancong dari Amerika ini amat tertarik dengan baju yang ambo jual..!!
cantik mata adik ni....bila besar nanti...renungan itu bisa membuat hati jejaka terlepuk jatuh ke jalan raya..!!!
aktiviti memungut derma haram begini terus menerus dijalan kan seolah tiada tindakan dari pihak berkuasa..!! - bertindak lah...jangan biar kan orang ramai terus tertipu!!!
pilih dik!! mana suka!!!....kalau orang dah cantikkk ..pakai apa pun tetap akan nampak cantik!!!
cantik tu dik...baju itu sesusai sangat dengan adik.....pelanggan sedang mencuba...!!

saban minggu tapak ambo sering menjadi tumpuan pelancong terutama dari negara Barat!!

antara masalah di pasar Malam TAR adalah ketiadaan tong sampah hingga menyebab kan penggunjung membuang sampah merata-rata!! harap pihak DBKL boleh bertindak!!


Sudah tentu setiap pelanggan yang datang ke Pasar Malam TAR mahukan situasi aman dan selesa semasa membelibelah serta menjamu selera.

Tetapi malang nya ada segelintir peniaga terutama yang berniaga makanan telah mengabaikan faktor keselamatan ini. Bukan sahaja dalam aspek kebersihan ketika menyediakan makanan ..malah ruang masak mereka yang terbuka itu pun tidak diselia dengan baik untuk keselamatan pelanggan!!


Pasar Malam TAR malam tadi telah menyaksikan betapa sifat cuai begitu hampir mendatangkan musibah yang besar kepada penggunjung dan peniaga itu sendiri!! Hos gas yang dipasang pada dapur telah tercabut hingga api dilihat keluar dari hujung hos dan ini telah menimbul
kan panik kepada orang ramai. Syukur kerana ada yang bertindak cepat dengan menutup kepala gas ... jika terlewat sedikit, ambol tidak boleh bayangkan apa akan berlaku!!!

Jika api yang keluar dari muncung hos itu menyambar tong gas, sudah tentu letupan akan berlaku dan tidak mustahil akan ada jiwa yang terkorban!!

Ambo rasa , DBKL kena ambil perhatian serius pada isu ini. Ketatkan peraturan kepada peniaga yang ingin memasak di tapak pasar malam. pastikan ada prosuder khas agar kejadian seperti terbakar dan balang gas meletup tidak akan berlaku!!

Tidak silap ambo, DBKL pernah mengharamkan sebarang aktiviti memasak di tapak pasar malam pada satu ketika dulu...tetapi nampak nya peraturan itu sudah dilupakan oleh peniaga dan pihak DBKL sendiri!!!

Ambo cadangkan agar DBKL keluarkan garis panduan khas yang perlu diikuti oleh peniaga makanan demi kepentingan semua. Sudah tentu peniaga makanan mahu memasak di tapak, agar makanan mereka lebih fresh tetapi pada masa yang sama...mereka juga perlu memastikan aktiviti memasak itu tidak akan menjadi punca bencana!!

Dalam setuasi ini, pihak DBKL perlu mencari jalan yang terbaik agar semua akan mendapat menafaat!!

Rabu, 13 Januari 2010

HENTIAN PUDURAYA BUKAN KAWASAN 'HITAM' LAGI!!



polis pelancong - antara satu cara untuk mengurang kan jenayah dan untuk membantu pelancong.pasukan polis begitu komited membenteras jenayah.
kesibukan di terminal Puduraya sering menjadi tumpuan penjenayah-berhati2 selalu.
kenderaan polis yang baru..!!




Ambo sebenar amat bersyukur kerana Pudu Raya yang dulu terkenal dengan kegiatan jenayah telah mendapat perhatian pihak berkenaan.

Hentian Puduraya adalah antara hab bas terbesar di negara ini yang selalu menjadi tumpuan orang ramai untuk menuju ke destinasi masing-masing. Sudah menjadi lumrah , di mana ramai manusia berkumpul maka di situ juga jenayah akan bersarang.

Sebenar nya , banyak kisah-kisah jenayah yang digambarkan bila bercerita tentang Puduraya. Malah jangan terkejut bila hentian Puduraya ini diklasifikasikan sebagai antara 10 dari 50 area yang paling panas dengan Jenayah di Malaysia!!

Namin jaminan Menteri Dalam Negeri untuk tempat kan lebih ramai pihak keselamatan di kawasan tersebut sudah pasti akan melegakan ramai orang!

Apa yang ambo diberitahu, bukan sahaja pasuklan polis yang akan meronda dan mengawal hentian Puduraya tetapi juga akan dibantu oleh anggota-anggota sukarelawan Polis (SSP) yang terdiri daripada Rela dan anggota Jabatan pertahanan Awam!

Ambo yakin dengan tindakan itu kadar jenayah pasti akan terus dapat dikurangkan dari masa kesamasa. Memang terbukti dengan statistik yang menurun pada bulan November dari 122 kes kepada cuma 102 pada bulan Disember. Berbanding pada 2008 yang meningkat dari 105 pada bulan November meningkat kepada 143 .

Sebagai warga yang menjalan kan perniagaan kecil di tengah-tengah Kuala Lumpur ambo ingin ucapkan berbanyak terima ksih kepada pihak berkuasa. Terima kasih kerana membantu kami berniaga dengan aman!!


Ahad, 10 Januari 2010

TIADA TUNJUK PERASAAN..K LUMPUR AMAN..PASAR MALAM TAR MERIAH..UNTUNG PUN MELIMPAH!!!

No.416 adalah nombor tapak ambo di Pasar Malam TAR...kalau ke sini jangan lupa perhatikan nombor ini....!!

ini adalah pelanggan pertama ambo...pembuka rezeki untuk peniagaan ambo hari ini..terima kasih...!!


adik berdua ni sedang mencuba baju...boleh dik try saja mana2 yang suka...try tak kena bayarrr...beli baru kena bayar!!!

banyak adik kita ni borong...beli banyak-banyak dik..nanti boleh jual kat kawan2..!!

sehati sejiwa..pasangan paling romantis yang berkunjung ke tapak ambo minggu ini!

barisan baju yang ambo jual..tetap hangat sambutan nya saban minggu...sehelai untuk RM20 sahaja....100% cotton!

model yang tidak berbayar...!!pelanggan setia ambo (rujuk baju yg dipakai) datang untuk membeli baju ke2,ke3 dan seterus nya...!! tq laa kerana menyokong!!

pelanggan ambo dari berbagai peringkat umur...



redup nya renungan..!!bisa membuat hati si jejaka jatuh tergolek atas jalan raya... antara pelanggan ambo yang amt sporting!!

cik adik kita berdua nya sedang pilih baju untuk dating esok...pilih dik..mana2 baju pun sepadan dengan adik berdua..gerenti BF terlopong lihat keayuan cik adik nanti..!! salah seorg tu orang kuat Datuk Mukriz!!

tapak ambo tidak pernah lekang dari pelancong luar yang terpikat dengan mutu terbaik dari baju yang dijual..!!

dua-dua pun cantik dik..!!! pelanggan ambo ini student UM!

waa..kasut crock gergasi pun boleh dijumpai di Pasar Malam Jalan TAR!!



Ambo sangat bersyukur hari ini kerana peniagaan ambo berjalan amat lancar. Bukan sahaja lancar tetapi pengunjung nya juga ramai. Nampak nya, isu bakar dan letupkan gereja yang berlaku baru-baru ini tidak mengurang kan jumlah pengujung ke pasar malam TAR. Penduduk KL ternyata makin yakin dengan suasana aman yang kita kecapi selama ini.

Jumlah pengujung pasar malam TAR hari ini pada pengiraan ambo meningkat 20%-30% berdasarkan kepada jumlah jualan, malah beberapa peniaga makanan dapat menutup perniagaan mereka lebih awal kerana barangan jualan mereka telah habis.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana beberapa acara yang diadakan di Dataran Merdeka serta Pelancaran UMNO Juara Rakyat di Hulu Selangor. Ternyata limpahan dari program-program tersebut telah memberi rezeki yang agak lumayan kepada peniaga-peniaga kecil seperti ambo.

Sebagai peniaga pasar malam TAR, ambo cuma harapkan semuga bandaraya Kuala Lumpur akan terus aman agar kita semua tenang untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini.