Tahun 2009 telah melabuh kan tirai nya dan hari ini adalah hari pertama Pasar Malam TAR beroperasi di tahun baru 2010.
Sebagai peniaga pasar malam TAR, satu sahaja harapan ambo agar tahun 2010 ini akan lebih memberi sinar kepada kami semua. Tahun 2009 yang baru berlalu...perniagaan di pasar malam agak suram. Jualan pada bulan puasa baru lalu juga agak teruk terjejas hinngga ada yg menjunam sehingga 40%.
Untuk musim cuti sekolah hujung tahun ini , situasi sama juga berlaku. Ramai peniaga yang mengeluh kerana sasaran jualan tidak tercapai. Biasa nya pada setiap cuti sekolah di hujung tahun, perniagaan di pasar malam TAR paling meriah. pelanggan dari seluruh Malaysia termasuk dari Singapura dan Brunai akan berbelanja besar!!!!
Tahun 2009, suasana itu semua tidak berlaku..jualan di pasar malam TAR tidak serancak yang dijangka...peniaga cuma mampu bersyukur dengan apa yang ada.
Sesungguh nya kesan kelembapan ekonomi dunia telah memberi kesan yang bukan sedikit kepada peniaga-peniaga kecil seperti ambo. Ditambah dengan ketiadaan bonus bagi kaitangan awam dan kenaikan barangan keperluan asas lain membuat kami lebih perit!
Apa pun, harapan peniaga-peniaga pasar malam, agar sinar tahun baru 2010 akan lebih memberi harapan kepada kami....insyaallah!!
2 ulasan:
selamat tahun baru...semuga akan lebih berjaya
selamat tahun baru juga dari abg binjai. Wow! cun melecun lah pelangan pasar malam tar. minggu depan abg mat mesti jalan-jalan kat sana.
Catat Ulasan