Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 29 Januari 2010

APAKAH STATUS PENDAFTARAN SSM KEPADA PENIAGA PASAR MALAM TAR??


Sijil SSM yang beberapa tahun dahulu diwajibkan ada oleh DBKL, tetapi sekarang tidak lagi..!!
apakah benar peniaga kecil seperti ini akan mendapat menafaat bila berdaftar dengan SSM??
kaunter SSM yang mesra pelanggan..tetapi bagi peniaga pasar mlama TAR, kami belum jelas apa fungsi SSM kepada perniagaan kami.


"Peniaga pasar malam dan penjaja akan mudah mendapat pinjaman jika berdaftar bersama SSM." ...itulah antara intipati ucapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menutup program “Outreach SSM-UniKL: Perniagaan Anda Bermula” sekejap tadi!!

Mungkin betul apa yg dikatakan oleh pak menteri tersebut, memang lah kalau ingin mendapatkan pinjaman dari bank dan institusi kewangan memerlukan sijil pendaftaran perniagaan daripada mereka. Tetapi apakah ada intitusi kewangan yang mahu memberi pinjaman kepada kami kecuali TEKUN???

Untuk pengatahuan, beberpa tahun lepas semua peniaga pasar malam TAR memang diwajibkab untuk mendaftar bersama SSM , malah peniaga tidak dibenarkan memperbaharui lesen jika tidak mempunyai sijil dari SSM.

Tetapi sejak 2 tahun kebelakang ini, peniaga pasar malam TAR tidak lagi diwajibkan untuk mengemukaan sijil SSM ketiak memperbaharui lesen.

Ambo sendiri tidak tahu status sijik SSM kepada kami, apakah benar-benar diwajibkan?? Kalau tidak diwajibkan mengapa beberapa tahun dulu kami semua diwajibkan mendaftar di SSM sehingga terpaksa berbelanja wang yang bukan sikit jumlahnya!!

Ambo harap DBKL selepas ini dapat memberi penjelasan yang lebih lanjut tentang perlu atau tidak kami betdaftar dengan SSM. Jika wajib kami ingin tahu sebab nya ..dan jika tidak wajib kami juga ingin bertanya mengapa kami diwajibkan mendaftar dahulu.

Semuga DBKL boleh memberi penjelasan tentang isu ini bagi mengelakkan kekeliruan. Sehingga kini masih ada sesetengah dari peniaga pasar malam TAR yang memperbaharui sijil berkenaan sepanjang tahun..dan ada setengah lagi pula mengabil sikap tidak peduli!!

Tiada ulasan: