Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 13 Januari 2010

HENTIAN PUDURAYA BUKAN KAWASAN 'HITAM' LAGI!!



polis pelancong - antara satu cara untuk mengurang kan jenayah dan untuk membantu pelancong.pasukan polis begitu komited membenteras jenayah.
kesibukan di terminal Puduraya sering menjadi tumpuan penjenayah-berhati2 selalu.
kenderaan polis yang baru..!!




Ambo sebenar amat bersyukur kerana Pudu Raya yang dulu terkenal dengan kegiatan jenayah telah mendapat perhatian pihak berkenaan.

Hentian Puduraya adalah antara hab bas terbesar di negara ini yang selalu menjadi tumpuan orang ramai untuk menuju ke destinasi masing-masing. Sudah menjadi lumrah , di mana ramai manusia berkumpul maka di situ juga jenayah akan bersarang.

Sebenar nya , banyak kisah-kisah jenayah yang digambarkan bila bercerita tentang Puduraya. Malah jangan terkejut bila hentian Puduraya ini diklasifikasikan sebagai antara 10 dari 50 area yang paling panas dengan Jenayah di Malaysia!!

Namin jaminan Menteri Dalam Negeri untuk tempat kan lebih ramai pihak keselamatan di kawasan tersebut sudah pasti akan melegakan ramai orang!

Apa yang ambo diberitahu, bukan sahaja pasuklan polis yang akan meronda dan mengawal hentian Puduraya tetapi juga akan dibantu oleh anggota-anggota sukarelawan Polis (SSP) yang terdiri daripada Rela dan anggota Jabatan pertahanan Awam!

Ambo yakin dengan tindakan itu kadar jenayah pasti akan terus dapat dikurangkan dari masa kesamasa. Memang terbukti dengan statistik yang menurun pada bulan November dari 122 kes kepada cuma 102 pada bulan Disember. Berbanding pada 2008 yang meningkat dari 105 pada bulan November meningkat kepada 143 .

Sebagai warga yang menjalan kan perniagaan kecil di tengah-tengah Kuala Lumpur ambo ingin ucapkan berbanyak terima ksih kepada pihak berkuasa. Terima kasih kerana membantu kami berniaga dengan aman!!


3 ulasan:

Oranng Kelantan berkata...

kawe ucap tahniah juga kepado pihok polis kerana usaha kerasa. Kalau negaro aman damai kita semo pun pakat mudoh nok cari makeee!

Tanpa Nama berkata...

sy rasa perbezaan bila berkunjung ke pudu raya sekarang ini.suasana lebih kemas dan memang ketara nampak polis yang berkawal. terasa lebih selamat.

Nur Afiqah Izzatie Zainudin berkata...

Tak takut lagi nak gi puduraya.