Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 10 Januari 2010

TIADA TUNJUK PERASAAN..K LUMPUR AMAN..PASAR MALAM TAR MERIAH..UNTUNG PUN MELIMPAH!!!

No.416 adalah nombor tapak ambo di Pasar Malam TAR...kalau ke sini jangan lupa perhatikan nombor ini....!!

ini adalah pelanggan pertama ambo...pembuka rezeki untuk peniagaan ambo hari ini..terima kasih...!!


adik berdua ni sedang mencuba baju...boleh dik try saja mana2 yang suka...try tak kena bayarrr...beli baru kena bayar!!!

banyak adik kita ni borong...beli banyak-banyak dik..nanti boleh jual kat kawan2..!!

sehati sejiwa..pasangan paling romantis yang berkunjung ke tapak ambo minggu ini!

barisan baju yang ambo jual..tetap hangat sambutan nya saban minggu...sehelai untuk RM20 sahaja....100% cotton!

model yang tidak berbayar...!!pelanggan setia ambo (rujuk baju yg dipakai) datang untuk membeli baju ke2,ke3 dan seterus nya...!! tq laa kerana menyokong!!

pelanggan ambo dari berbagai peringkat umur...



redup nya renungan..!!bisa membuat hati si jejaka jatuh tergolek atas jalan raya... antara pelanggan ambo yang amt sporting!!

cik adik kita berdua nya sedang pilih baju untuk dating esok...pilih dik..mana2 baju pun sepadan dengan adik berdua..gerenti BF terlopong lihat keayuan cik adik nanti..!! salah seorg tu orang kuat Datuk Mukriz!!

tapak ambo tidak pernah lekang dari pelancong luar yang terpikat dengan mutu terbaik dari baju yang dijual..!!

dua-dua pun cantik dik..!!! pelanggan ambo ini student UM!

waa..kasut crock gergasi pun boleh dijumpai di Pasar Malam Jalan TAR!!



Ambo sangat bersyukur hari ini kerana peniagaan ambo berjalan amat lancar. Bukan sahaja lancar tetapi pengunjung nya juga ramai. Nampak nya, isu bakar dan letupkan gereja yang berlaku baru-baru ini tidak mengurang kan jumlah pengujung ke pasar malam TAR. Penduduk KL ternyata makin yakin dengan suasana aman yang kita kecapi selama ini.

Jumlah pengujung pasar malam TAR hari ini pada pengiraan ambo meningkat 20%-30% berdasarkan kepada jumlah jualan, malah beberapa peniaga makanan dapat menutup perniagaan mereka lebih awal kerana barangan jualan mereka telah habis.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana beberapa acara yang diadakan di Dataran Merdeka serta Pelancaran UMNO Juara Rakyat di Hulu Selangor. Ternyata limpahan dari program-program tersebut telah memberi rezeki yang agak lumayan kepada peniaga-peniaga kecil seperti ambo.

Sebagai peniaga pasar malam TAR, ambo cuma harapkan semuga bandaraya Kuala Lumpur akan terus aman agar kita semua tenang untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini.

5 ulasan:

Jard The Great berkata...

gerai kat TAR ke?? nk pegi dpt diskaun tak? ehehe

Pasar Malam berkata...

iyerr jard the great...ambo memang ada gera kat pasar malam jalan TAR..kat post tu ambo letak no. petak ambo 416.

jemput lah mai...mesti ada diskaun yg paling menarik!!

Tanpa Nama berkata...

BETUL TU, BILA KEADAAN AMAN SEMUA ORANG SENANG CARI MAKAN.
BLOG YANG MENARIK WALAU PUN RINGKAS.

Oranng Kelantan berkata...

Hok ramai buat demo haram dulu tu ore luar KL. ore KL kawe raso tidok perangai mace tu!

aisyahscarf berkata...

ada gambar saya la dalam tu lps ni beli kena bg discount lebih ni..