
Pasar Malam TAR adalah antara lubuk menimba rezeki yang lumayan. Lantaran itu memang tidak hairan jika setiap ruang yang terbuka , akan ada sahaja pihak yang ingin mengambil kesempatan berniaga samada secara halal atau secara haram ....!!!
Ambo akui, pihak DBKL agak kerap juga membuat pemantauan tetapi , mereka yang digelar 'rambo' ini amat cekap mencari peluang..bagi ambo itu rezeki mereka asalkan tidak mengganggu peniaga yang sah !!!
Tetapi khabar nya, pada bulan februari ini, gelongan tersebut tidak lagi mudah untuk masuk ke pasar malam TAR kerana pihak DBKL dan Persatuan Peniaga Pasar Malam TAR akan menjalan operasi pemutihan di tapak pasar malam TAR!!
Tumpuan utama operasi pemutihan tersebut adalah untuk memastikan bahawa hanya peniaga-peniaga sah dan berlesen sahaja dibenarkan untuk terus berniaga. Malah tindakan yang amat tegas termasuk merampas lesen dan barangan akan dikenakan kepada peniaga2 yang didapati menyewa atau pun mengaji warga asing bagi menjalankan perniagaan di tapak mereka.
Sebagai peniaga, ambo menyokong penuh operasi pemutihan tersebut...semuga selepas operasi itu nanti Pasar Malam TAR akan menjadi lebih selesa untuk dikunjungi. Dan semuga operasi itu juga akan memberi isyarat jelas terutama kepada peniaga yang telah menyalahgunakan lesen mereka!!!
4 ulasan:
glemer la pulak saya...hehe
TQ uncle...
bukan saja mengenal pasti yg berlesen tetapi DBKL hendaklah mendengar luahan rasa para peniaga.
terima kasih juga kepada oja@ben 10 kerana sudi menyokong...!!
sangat benar apa yg TM kata...walau pun DBKL ada berurusan terus dengan Persatuan Pasar Malam TAR tetapi ada sesetengah perkara yang peniaga terus mengadu kepada pihak DBKL..!!
Apa pun aku yakin dengan pentadbiran baru DBKL sekarang, suara penjaja dan peniaga pasar malam akan lebih diambil perhatian!!
kawe pun rasa DBKL perlu bertindak sejak lama, tetapi apa sahaja tindakan DBKL harap akan mementingkan peniaga-peniaga melayu dan tempatan.
Catat Ulasan