Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 17 Januari 2010

TONG GAS HAMPIR MELETUP-DBKL PERLU KETATKAN PERATURAN MEMASAK DI TAPAK PASAR MALAM TAR

hehe..adik kecil ini ambo yakin akan menjadi usahawan berjaya bila besar nanti..!!
1Malaysia..semua bangsa tentu perlu ada selera yang sama...pelanggan ambo yang amat ceria!!
cantik tak??? tekun adik kita bagi buah fikiran semasa memilih baju!!

tu dia..minah salleh begitu anggung mencuba baju kat tapak ambo... pelancong dari Amerika ini amat tertarik dengan baju yang ambo jual..!!
cantik mata adik ni....bila besar nanti...renungan itu bisa membuat hati jejaka terlepuk jatuh ke jalan raya..!!!
aktiviti memungut derma haram begini terus menerus dijalan kan seolah tiada tindakan dari pihak berkuasa..!! - bertindak lah...jangan biar kan orang ramai terus tertipu!!!
pilih dik!! mana suka!!!....kalau orang dah cantikkk ..pakai apa pun tetap akan nampak cantik!!!
cantik tu dik...baju itu sesusai sangat dengan adik.....pelanggan sedang mencuba...!!

saban minggu tapak ambo sering menjadi tumpuan pelancong terutama dari negara Barat!!

antara masalah di pasar Malam TAR adalah ketiadaan tong sampah hingga menyebab kan penggunjung membuang sampah merata-rata!! harap pihak DBKL boleh bertindak!!


Sudah tentu setiap pelanggan yang datang ke Pasar Malam TAR mahukan situasi aman dan selesa semasa membelibelah serta menjamu selera.

Tetapi malang nya ada segelintir peniaga terutama yang berniaga makanan telah mengabaikan faktor keselamatan ini. Bukan sahaja dalam aspek kebersihan ketika menyediakan makanan ..malah ruang masak mereka yang terbuka itu pun tidak diselia dengan baik untuk keselamatan pelanggan!!


Pasar Malam TAR malam tadi telah menyaksikan betapa sifat cuai begitu hampir mendatangkan musibah yang besar kepada penggunjung dan peniaga itu sendiri!! Hos gas yang dipasang pada dapur telah tercabut hingga api dilihat keluar dari hujung hos dan ini telah menimbul
kan panik kepada orang ramai. Syukur kerana ada yang bertindak cepat dengan menutup kepala gas ... jika terlewat sedikit, ambol tidak boleh bayangkan apa akan berlaku!!!

Jika api yang keluar dari muncung hos itu menyambar tong gas, sudah tentu letupan akan berlaku dan tidak mustahil akan ada jiwa yang terkorban!!

Ambo rasa , DBKL kena ambil perhatian serius pada isu ini. Ketatkan peraturan kepada peniaga yang ingin memasak di tapak pasar malam. pastikan ada prosuder khas agar kejadian seperti terbakar dan balang gas meletup tidak akan berlaku!!

Tidak silap ambo, DBKL pernah mengharamkan sebarang aktiviti memasak di tapak pasar malam pada satu ketika dulu...tetapi nampak nya peraturan itu sudah dilupakan oleh peniaga dan pihak DBKL sendiri!!!

Ambo cadangkan agar DBKL keluarkan garis panduan khas yang perlu diikuti oleh peniaga makanan demi kepentingan semua. Sudah tentu peniaga makanan mahu memasak di tapak, agar makanan mereka lebih fresh tetapi pada masa yang sama...mereka juga perlu memastikan aktiviti memasak itu tidak akan menjadi punca bencana!!

Dalam setuasi ini, pihak DBKL perlu mencari jalan yang terbaik agar semua akan mendapat menafaat!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

periuk-periuk besar makanan yang sedang mendidih diletak tepi laluan pengunjung pasar malam TAR, dan gas juga diletak berdekatan dengan periuk yang panas tersebut.

Perlu ada peraturan sewajar untuk kebaikan bersama.

Oranng Kelantan berkata...

kawe raso pun dbkl kena bertegas sikit sikit isu ni.
bayangkan kalau tong gas itu betul-betul meletup.
semua pihak akan rugi.

Nur Afiqah Izzatie Zainudin berkata...

Semuga ada tindakan dari pihak berkenaan.

bijan berkata...

Perlu ada mekanisma yang jelas dalam sistem masak memasak di Pasar Malam TAR agar tidak berlaku perkara yang buruk baik kepada penggunjung atau pun kepada peniaga.

Tanpa Nama berkata...

betul saya setuju, dbkl perlu ada peraturan khas .