
Di Pasar malam TAR hari ini..ambo tidak nampak anak-anak muda kita yang menyambut hari Valantine yang akan jatuh pada esok 14 Feb.... mungkin juga kerana di Pasar Malam TAR, agak tidak sesuai untuk menyambut hari 'bersejarah itu??? Atau mungkin juga anak-anak muda kita telah mula sedar tentang hakikat sambutan tersebut yang bisa menggoncangkan keimanan, menyebabkan mereka sekarang tidak lagi ghairah untuk meraikan hari kematian paderi itu!!!
Apakah sebenarnya hari Valantine ini?? Apakah sambutan hari tersebut benar-benar khas untuk kita berkasih sayang semata-mata???... tanpa ada kaitan dengan unsur-unsur sambutan keugamaan lain selain dari ugama islam???
Ada beberapa versi tentang asal usul Hari valentine ini...!!! Velantine dikisahkan sebagai seorang paderi yang mempunyai kedudukan yang tinggi semasa pemerintahan Ratu Isabella Sepanyol. Dan mengikut sejarahnya..paderi Valentine lah yang memainkan peranan besar dalam menumpaskan kerajaan Islam Cardova,di Speanyol...!!
Dan kerana jasa nya begitu besar , maka setiap 14 Feb diistiyhar hari cuti Valentine bagi mengingati jasa paderi tersebut yang menumpaskan kerajaan Islam Cardova.
Terdapat juga versi lain yang menyebut bahawa pada 14 Feb 270M, Paderi Valantine telah dibunuh kerana penentangannya terhadap kerajaan Rome di zaman pemerintahan Raja Claudius II (268-270M).
Untuk mengenang jasa paderi Valantine , maka setiap 14 Feb pengikut Kristian Khatolik akan meraikannya sebagai upacara keugamaan!!
Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah mengharamkan sambutan hari Valentine ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah..!!
Secara peribadi ambo juga ingin berpesan ..apa perlu kita mencedok budaya luar yang telah jelas melanggar moral dan akidah itu.. !! Sedangkan budaya melayu dan moral Islam sendiri jauh lebih baik untuk diikuti.
Sebagai penutup..ambo ingin ucapkan selamat menyambut tahun baru Cina kepada yang menyambutnya!!!
2 ulasan:
Kat Pasar Malam Jalan Tar, mungkin tiada sambutan Valentine tetapi ditempat lain masih meriah.
Valentine memang nyata haramnya. mengapa masih ada yang mahu mengikut?
Catat Ulasan