Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 28 Januari 2010

PENGHARGAAN YANG TAK TERHINGGA AMBO KEPADA ANGGOTA BALAI POLIS MASJID INDIA!!



balai polis Jalan Masjid India - anggotanya sangat cekap dan mesra!! tahniah buat KPN, Musa Hassan!!

report ambo kerana kehilangan lesen Pasar Malam TAR!!


Lesen baru ambo...terima kasih kepeda semua yang memudahkan proses memperbaharui lesen pasar malam!!



Kelmarin, ambo ke DBKL untuk memperbaharui lesen Pasar Malam TAR yang akan tamat tempuh pada pertengahan bulan depan. Oleh kerana lesen asal ambo hilang, maka ambo kenalah buat laporan polis dahulu sebagai syarat membaharui lesen.

Dari DBKL ambo bergegas ke balai Polis Masjid India, yang berdekatan dengan Mydin tu. Sampai di balai, ambo disambut mesra oleh L/koperal Fizol atau nama penuhnya Hafizol Amin b. Mat Ali seperti yang tercatat dalam repot polis yang ambo terima.

Cara anggota tersebut melayan..benar2 membuat ambo rasa dihargai..cekap dan mesra. Ambo tidak perlu bersusah payah..ambo cuma bagi jee butir-butir tentang lesen ambo yang hilang itu, beliau sudah mampu menyiapkan report untuk ambo dengan semporna dan cepat!!!

ambo kira anggota tersebut benar-benar telah menghayati cogankata keramat polis...Tegas, Adil dan Berhemah..!!!!

Kerana kecekapan koperal Fizol urusan ambo di DBKL menjadi lancar!!!

Tahniah kepada PDRM yang telah berjaya menjadikan anggotanya sedemikian efisen!!

Sebagai rakyat Malaysia, ambo rasa amat berbangga mempunyai pasukan Polis yang cekap. Semuga sikap yang ditunjukan oleh koperal Fizol itu akan menjadi trademark PDRM!!

Teringat ambo ucapan KPN semasa perasmian slogan baru PDRM pada 25 mac 2008..."
slogan ini amat penting untuk mengingatkan anggota agar menjalankan tugas dengan tegas tetapi tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya komited dalam menguatkuasakan undang-undang "

Tambah KPN lagi, ” slogan baru juga bertujuan membina kekuatan rohani pegawai dan anggota Polis supaya mereka mempunyai kawalan terhadap diri sendiri dalam menjalankan tugas masing-masing.”

Dan percaya lah KPN..suara anda telah direalisasikan oleh anggota-anggota anda...syabas PDRM!!

Kami peniaga-peniaga Pasar Malam TAR sentiasa menghargai jasa dan bakti anda semua!!

Kepada Koperal Fizol..terima kasih sekali lagi ambo ucapkan!!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa sahaja orang kata tentang polis saya tetap hormati mereka. Terima kasih polis kerana amankan negara kita.

bijan berkata...

aku setuju!

yang kutuk PDRM itu tidak tahu bersyukur. PDRM kerja siangmalam untuk kitahidup tenang.

Kisah Cinta berkata...

kawe pun lagu tu jugok. kawe nok ucapkan terima kasih polis, tq very much.

omarmanan berkata...

hidup polis! hidup polis! hidup polis!