Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 1 Mac 2011

RESTORAN NASI ULAM CIKGU - MEWAH DENGAN ULAM ULAMAN!!

Restoran Cikgu buka sahaja terkenal di Kelantan tetapi juga di seluruh Malaysia...!!aneka lauk lauk pauk dan ulam ulaman yang begitu membuka selera...!! lauk dan ulam boleh kita pilih sendiri...!!!antara lauk pauk yang menjadi kegemaran kami sekeluarga,,,, tetapi budu tu cuma ambo dan putri bongsu ambo saja yang makan....!!!wah... berselera nya...almaklum dah hampir pukul 2 petang.. apa tak lapar nya....!!


peace!!!! no war....!! lepas makan... perut kenyang.... hati pun senang lah... ye tak???

tenguk....!! harga nya amat berpatutan...makanan sedappp harga murah..tempat pun selesa..!!
ronda-ronda pula di aked kraf yang terletak bersebelahan restoran Cikgu...!! macam2 ada... elok beli banyak2 utk bagi kat rakan-rakan di KL...!!

kraf yang puteri ambo beli khas untuk sepupu nya...!!!






Kalau balik Kelantan, sudah tentu perkara pertama yang kita cari adalah makanan. Walau pun di KL ni bermacam2 makanan ada..tetapi roma makanan Kelantan tetap di hati!!

Ambo pun lagu tu jugak, asal jejak je kaki kat Kelantan.. akan mencari makanan asli Kelantan ... tambah2 lagi budu dan ikan tawar nya yang selalu memecah liur!!

Dan salah satu tempat yang selalu menjadi kunjungan ramai, samada bagi orang kelantan atau orang luar Kelantan adalah Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Jalan Hilir Kota.... bersebelahan dengan Pejabat Pelancongan Malaysia, Caw Kelantan...!!

Ambo nak cerita banyak pun susah bagi mengambarkan suasana nya..tetapi apa yang ambo boleh cakap...jika sesiapa yang datang makan ke sini pasti berpuas hati..samada dengan rasa makanan atau dengan harga yang amat berpatutan... cuma sikit masalah kerana kita terpaksa ambil sendiri makanan yang kita kehendaki..dan terpaksa mencari tempat duduk sendiri kerana suasana amat padat terutama semasa waktu makan tengah hari...!!

Jadi kalau nak makan agak selesa elok kita datang awal sekitar pukul 11.00 pagi atau pun datang selepas waktu makan tengah hari!!!

Ruang makan di restoran ini terbahagi kepada 2 ..iaitu tempat terbuka dan ruang berhawa dingin.... kepada yang gemar kepada suasana santai rasa nya lebih seronok makan diruang terbuka....!! Walau pun orang agak ramai... tetapi susunan tempat nya membuat kita tetap merasa selesa..di tambah dengan pemandangan yang agak unit membuat kita makan lebih berselera..!!!!

Apa hidangan istimewa?? yang selalu orang cari di sini adalah haruan dan patin... di samping berbagai jenis ulaman2 .....ada rebus pucuk ubi, nangka muda, kangkung, ulam selom, kacang botol, pegaga, pucuk gajus dan lain-lain lagi.. tu yang sedap bila dimakan bersama budu yang digaul dengan ikan panggang tawar!!!

Selepas makan... kami jalan-jalan pula ke aked kraf yang terletak bersebelahan dengan restoran tersebut... anak-anak ambo membeli beberapa cendera mata untuk rakan-rakan mereka bila balik KL nanti.....!!

Ada berbagai jenis kraf yang bercirikan Kelantan yang dijual dengan harga yang berpatutan.... dalam kata lain... kalau dah sampai ke sini..tak perlu nak jalan2 jauh2 lagi....kerana makan pun ada kraf pun ada....!!!!

2 ulasan:

Bustanul Bey berkata...

Abg. Din,

Seronokkan bila sesekali pulang ke kg, tanah tumpah darah. Malah saya juga akan menikmati perkara yg sama jika pulang ke kg, di Kedah. Sudah pasti masakan kegemaran akan dinikmati, kalau org Kedah ni kari, ikan bakar & sambal ulamnya lah. Saya akan really enjoyed bila menikmatinya, dan tak lupa juga masakan org tua saya. Ya betul, saya bersetuju dgn pandangan Abg Din, di KL memang terdapat banyak jenis makanan, sedap & ada yg tak sedap. Tetapi bila pulang ke kg, masakannya walaupun +- sama dgn yg di KL, tetapi ia tetap berbeza. Rasanya pun berbeza dari yg terdapat di KL.

Saya nk tanya Abg Din, restoran ini ada branch ke kt KL? Kalu ada saya nk try jugak la. Adakah masakannya sama dgn masakan aym kg yg kt kg Baru & yg kt Cheras tu?

Pasar Malam berkata...

Tq Bey kerana sudi singgah dan berkongsi pengalaman dalam blog ini... yang ambo tahu...restoran Cikgu ni mmg tak de cawangan di KL..cuma ada kat Pengkalan Chepa pun kat kelantan juga...!!

Kalau nak kira masakan..ambo rasa agak berbeza dengan masakan ayam kampung, baik di Kg Baru, Cheras atau di RR Awang Besar di Kesas hiway..!!

Ini kerana Restoran Cikgu menu utamanya cuma ikan keli goreng garing...ikan patin masak asam(kalau tak salah ambo) ..ayam goreng berempah dam sayur masak lemak selain ulam-ulaman... hehe apa pun..kalau nak rasa jemput lee ke KB..boleh ambo belanja makan kat situ...!!