













Wabak H1N1 menyerang lagi...Tiga kes kematian akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1) disahkan dari 1 Januari tahun ini, termasuk seorang pelajar berusia 16 tahun di Kajang yang meninggal dunia pada 24 Februari lalu.
Sikit sebanyak berita itu menimbulkan kerisauan kepada peniaga-peniaga kecil macam ambo ini, maklum lah ambo mencari rezeki di tempat tumpuan ramai orang. Dan jika wabak ini terus menular tentu akan memberi kesan kepada periuk nasi ambo.
Walau pun begitu, hingga saat ini.. ambo masih bersyukur kerana wabak tersebut masih tidak memberi kesan buruk kepada kami.. Pasar Maalam Jalan TAR terus dikunjungi dan alhamdulillah jualan ambo pada hari ini amat baik walau pun hujan telah turun hampir dua jam petang tadi...!!
Ambo yakin, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mampu mengawal wabak ini. Dan insyaallah rakyat Malaysia akan terus dilindungi oleh Allah .
Kepada pelanggan2 ambo... stok baru sudah sampai... masih panas dan laris macam goreng pisang. Untuk edaran baju terbaru ini, kita masih kekalkan baju dari pure cotton India dan masih menjahit baju di sana bagi mengekalkan mutu disamping memberi harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan..!!
Ambo yakin, sesesiapa pun yang melangkah ke tapak ambo di Pasar Malam TAR akan tertarik dengan corak dan warna ceria yang kami tampil kan pada baju terbaru kami....!!!
Dengan harga yang kekal murah dan corak yang menarik disamping dibuat dari kain cotton yang bermutu..amat berbaloi untuk dibeli...!!
Kalau nak tahu kan kepastian... sila ke tapak ambo...insyaallah anda semua akan berpuas hati...!!
2 ulasan:
Semuga kita semua selamat.
wow cantik nya baju. harap harga nya juga murah macam biasa.
Catat Ulasan