Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 20 Mac 2011

PEMILIHAN PENGERUSI DAN AJK PERSATUAN PASAR MALAM TAR DIJANGKA PANASS!! - PENYELEWENGAN AKAN DIDEDAH??



Mampukah Persatuan Pasar Malam TAR terus berbakti kepada ahli2 nya ...bila ada pihak yang mendakwa banyak penyelewengan telah dilakukan oleh barisan kepimpinan nya??
'kabinet bayangan' Persatuan Pasar Malam TAR untuk menentang barisan kepimpinan sekarang...!!
antara kandungan risalah yang diedar oleh team Mahdir yang mendakwa berlaku penyelewengan oleh kepimpinan Persatuan sekarang..!!
dengan slogan "berwawasan,berintigriti dan mesra" team Mahdir cuma meraih sebanyak mungkin sokongan dari peniaga pasar malam TAR..!!
walau pun barisan kepimpinan persatuan Pasar Malam Tar sedang bergolak... tapak ambo terus menjadi tumpuan untuk mendapat baju yang murah dan cantik!!
antara barisan koleksi yang sedang hangat macam goreng pisang panas sekarang..!!!!



Pemilihan Pengerusi dan AJK baru bagi sessi 2011/2012 yang akan berlangsung di Restoran Nelayan , Taman Tasik Titiwangsa pada petang nanti dijangka hangat...!!

Hampir keseluruhan jawatan dan persatuan tersebut akan ditandingi.....!! Khabar nya satu team yang di ketuai oleh saudara Mahdir Jaafar telah telah dibentuk untuk mencabar Pengerusi dan AJK sekarang....!!

Malam tadi.. team Mahdir telah mula berkempen dan mengedar risalah yang didakwa mendedahkan penyelewengan oleh barisan kepimpinan Persatuan sekarang yang kini diketuai oleh Che Kamarudin Ibrahim terhadap dana persatuan..!!

Beberapa isu yang dibangkitkan dalam risalah tersebut dijangka akan menjadi perdebatan hangat diantara kedua team tersebut.....!!!

Ambo insyaallah akan hadir...untuk melihat sendiri...bagaimana sistem demokrasi dalam pemilihan AJK Pasar Malam Tar dijalankan... ambo tidak mahu komen apa-apa sehingga mesyuarat petang nanti berakhir.. cuma ambo harap semua yang memegang amanah ...akan benar2 mendukung amanah yang mereka terima.

Nampaknya.. politik pasar malam sendiri...rupa2nya tidak kalah dengan politik tanah air..jatuh menjatuh.. cabar mencabar... dan dedah mendedah telah menjadi budaya mereka....!!Cuma ambo harap sesiapa pun yang terpillih menjadi ketua nanti.... jangan cuma fikirkan perut dan kepentingan sendiri sahaja.....!!

Dan kepada semua rakan2 peniaga pasar malam..harap mengundi lah dengan bijaksana.. pilih pemimpin yang benar2 mampu memajukan persatuan....dan bukan nya pemimpin yang cuma pandai bercakap..tetapi hakikat nya...habuk pun tarak....!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila masuk unsur kepentingan diri dan wang , apa saja boleh musnah.

Kisah Cinta berkata...

kawe pun pelik peel puok-puok ada kepentingan ni. Lebih pelik Pasar Malam pun ada politik jugok ke?

Tolak semua hok dok kikis duit tu.

bijan berkata...

bro, apa cerita pemilihan? Tak sabar nak tahu.

Tanpa Nama berkata...

apa cer ni bro? dalam pasar malam pun ada politik ka?

Peniaga Sejati. berkata...

Berkkhidmatlah kerana Allah bukan kerana kepentingan diri.