Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 21 Mac 2011

PEMILIHAN JAWATAN PERSATUAN PASAR MALAM TAR..!! TEAM MAHDZIR KALAH TERUK...!!!

Kemenangan berpihak kepada penyandang bagi jawatan Pengerusi dan jawatan2 penting yang lain...!!
barisan kepimpinan dan pengasas Persatuan....En Mohd Nor Taib no.3 dari kiri...!!
pencabar.... saudara Mahdhir sedang berhujah ketika mesyuarat bersidang..!!
ini lah dia wajah tokey air kelapa laut dan ayam goreng 'Bob'
Pengasas Persatuan bersama Pengerusi ...!!
sebelum mesyuarat kena makan dulu..bila perut kenyang hati pun lambat panas!!
Ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan sebelum pemilihan...!!


ini pun orang penting pasar malam Tar juga...!!
tokey CK kerongsang sedang berbual panjang dengan saudara Rosman...!!
Presiden Persatuan Penjaja Kecil Bumiputera Wilayah Persekutuan Datuk Bahrim A. Razak merasmikan mesyuarat Agung.....ucapan nya sarat pesanan dan amanat untuk panduan ahli yang hadir!!
Jasa mu dikenang.....!! Pengargaan untuk Sdr Mohd Nor Taib...antara pengasas persatuan Penjaja TAR.
posing istimewa bersama anak dan menantu...!!
sessi pendaftaran sebelum masuk ke dewan mesyuarat....!!
sabar menunggu....sifat terpuji....!!!
check betul2...hehe jangan ada pengundi hantu pulak...!!
pose istimewa dari AJK sebelum persidangan...!!!
tu no ahli ambo dan isteri tersayangg...!!!
orang lama Persatuan sedang memberi pandangan semasa mesyuarat!!!
kecoh.....!! team Mahdhir sedang memeriksa akun Persatuan yang dibentangkan oleh bendahari..!!!
panas...!! isu penyelewangan yang didakwa oleh Team Mahdhir membuat mesyuarat kali ini melanjut hingga ke hampir tengah malam..!!!
Tenang menahan asakan.....Tim Pengerusi dan Bendahari..!!!
antara pemerhati yang masuk ke dewan mesyuarat....!! perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku apa lagi bila ada pemilihan...!!
. sokongg!!!!!!.... pengundian sedang dijalankan... tetapi cara angkat tangan diguna untuk jawatan2 lain tidak termasuk jawatan Pengerusi...!!
Buku laporan tahunan dan laporan kewangan...hehe..income Persatuan lebih dari RM300,000 setahun.... wow... banyak tu...!!!
kotak khas digunakan untuk pemilihan jawatan Pengerusi...!!
Beratur untuk mengundi jawatan Pengerusi...!!
hehe ambo masukan undi ambo....tentu dah boleh agak..siapa yang ambo undi...!!
pengiraan jumlah undi untuk jawatan Pengerusi...proses mengundi menggunakan pas ahli...!!
saudara 'Singh' umumkan jumlah undi yang di perolehi oleh calon yang bertanding!!
berdebar menunggu keputusan bagi jawatan Pengerusi....yang baju biru tu tokey buah...!! nak buah2 yang manis2 ..boleh lah jumla kawan kita ni...!!
penyokong Che Kamarudin bersorak dan bertepuk tangan bila keputusan diumumkan!!
Che kamarudin menitiskan air mata bila diumumkan sebagai pemenang....!!
calon Tim Pengerusi traik diri sebelum bertanding..walau pun mendapat sokongan yang agak ramai...!!
2 calon Setiausaha ketika sessi pengundian....jawatan kekal milik sdr Roslan Md Nor...!!
Walau pun berlainan pendangan ketika persidangan..tetapi dimeja makan..tetap mesra....!!



Seperti yang dijangka,Mesyuarat Agung kali Ke 5 , Persatuan Pasar Jalan TAR telah berlansung dengan cukup hangat...!! Mesyuarat dan pemilihan barisan kepimpinan persatuan yang pada mula dijangka tamat pada pukul 6 petang telah melarut sehingga ke hampir tengah malam..!!

Beberapa isu yang ditimbulkan oleh 'Team Mahdir' yang cuba untuk mengambil alih kepimpinan persatuan Pasar Malam TAR ternyata gagal mendapat sokongan majoriti dari 146 ahli yang hadir..!!

Boleh dikatakan kesemua calon 'kabinet bayangan' Team Mahdir telah kalah dengan teruk, malah saudara Mahdir sendiri gagal mendapat sokongan walau pun pada mulanya isu2 yang mereka bawa mampu menumbangkan kepimpinan yang ada sekarang...!!

Apa yang ambo perhati... dua sebab utama Team Mahdir kalah teruk adalah kerana mereka bersikap teralu 'over confident' dan 'over kill'.... malah cara mereka membangkitkan isu telah membuat ramai ahli yang pada mula nya menyatakan sokongan kepada mereka telah berpaling tadah...!! Mereka terlalu gemar membangkitkan isu2 yang remeh temeh sehingga membangkitkan rasa menyampah di kalangan ahli..!!

Ambo ada berbual dengan beberapa ahli..dan ternyata..sangkaan ambo itu benar..kesimpulan yang mereka buat...mereka menolak team Mahdir bukan kerana tidak percaya dengan isu penyelewengan yang mereka bawa, tetapi mereka ditolak kerana sikap team Mahdir yang dilihat cuma tahu mencari salah tetapi pada masa yang sama tidak menunjukan sifat yang baik..!! Malah herdikan saudara Mahdir kepada salah seorang pengasas Persatuan yang tidak sealiran dengan nya telah menjadi antara punca ramai yang menolak cara politik pasar malam beliau!!

Pada ambo... mesyuarat Agung yang bermula pada pukul 3 petang dan berlarutan hingga ke tengah malam itu...lebih banyak menimbulkan kesan retorik semata-mata. Sepatutnya... sebagai sebuah pasar malam yang terkaya .... isu2 yang dibangkitkan pada setiap mesyuarat perlu ada 'kecerdikan nya' dan bukan semata2 mahu menimbulkan keburukan pihak lawan dan mempromosi diri sendiri...!!

Untuk pengatahuan pembaca, Persatuan Pasar Malam TAR mampu mengumpul dana lebih RM 300,000.00 setahun untuk menjalankan berbagai aktiviti... dengan jumlah wang yang sebegitu banyak dalam kantung Persatuan..sudah tentu akan menjadi idaman kepada banyak pihak..!!Itu tidak termasuk lain2 kemudahan yang mereka dapat sebagai peneraju persatuan..!!!

Secara keselurahan nya...Semua jawatan termasuk barisan AJK kekal pada Team Che kamarudin dimana selain Pengerusi , jawatan Tim Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari terus kekal pada penyadang nya....!! Untuk jawatan pengerusi..Che Kamarudin mengekalkan jawatan dengan mendapat 74 undi berbanding Mahdir yang cuma mendapat 58 undi. Roslan Ghani kekal jawatan Tim Pengerusi dengan mendapat 58 undi.. Roslan Md Nor pula kekal jawatan SU dengan mendapat 56 undi...........!! Malah Mohamad Nor Saliman yang diserang dengan berbagai persoalan termasuk penyelewengan juga mampu mempertahankan jawatan sebagai bendahari..!!

Dalam kesempatan ini .ambo ingin ucapkan tahniah kepada yang memang... dan kepada yang kalah harap nya tidak kecewa dan terus lah menyumbang demi kemajuan Persatuan.

Dan kepada barisan kepimpinan yang terpilih... diharap berkhidmatlah dengan ikhlas... ingat lah anda semua telah bersetuju menerima amanah..maka jalankan lah amanah dengan nama Allah.. Semuga anda semua dilindungi Nya..!!!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada yang menang.

Oranng Kelantan berkata...

kawe terkejut jugok tenguk baco cerita politik pasar malam ni. Jange jadi budayo laa rosak habis nanti.

Peniaga Sejati. berkata...

Yg menang kena jaga amanah jaga kepercayaan , Jangan jaga kepentingan diri saje.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Pasar Malam TAR tidak masuk bertanding ke? Tanding Presiden la bro, wa rasa lu layak bro.

sebenualaris berkata...

t ksh bro..persatuan ni dah kumpul hampir 1 juta semenjak 5thn takda manafat utk ahli.jual nama persatuan pd dbkl nak projek pas tu dapat tak bagi tau ahli.apa guna kami jd ahli. bukan kami cemburu takpa kita tengok lepas ni apa akan jadi pada persatuan ini...tungguuuuuuu

Pasar Malam berkata...

orang kelantan-serupo demo, ambo jugok terkejut. Tahun ni tahun ke 2 ambo datang mesyuarat sebelum ni memang ambo tak ambil pot pun ...tp bila dengar ada banyok cerito2 pelik tu hok ambil mari setakat nak tinjau2 jah.

Peniaga sejati - ambo sokong demo pesan tu, jagalah amanah yang diterima tu...benda ini bukan takat habis kat dunia saja...!!

tanpa nama - tq atas saranan...ambo sebenarnya tidak berminat merebut jawatan.... ambo rasa tak layak nak pikul amanah yang berat tu...!!

Blogger sebenualaris - amat malang sekali ketika ada kesempatan semasa pemilihan 'Team Mahdir' terlalu banyak silap langkah...!!Nabi junjungan kita berpesan.." niat dan cara kena kedua2 nya betul.. kalau niat saja betul tetapi cara tak betul...itu kira tak betul juga... begitu juga dengan sebalik nya.."
Ambo tenguk team Mahdir terlalu yakin menang hinggakan mereka terlupa batas2 yang org melayu pantang...!!!
Apa pun bagi yang menang atau kalah ..harap kita sama2 jaga persatuan kita...!!

Nur Afiqah Izzatie Zainudin berkata...

hihi kelakarlah tenguk peniaga pasar malam pun main politik.

Tanpa Nama berkata...

Bro, tak de info2 baru ke isu Pasar Malam TAR ni. Aku seronok baca hal politik pasar malam sangat unit.

bijan berkata...

Esok gi Konsert Harian Metro boleh singga ke garia Pasar Malam TAR.

Tanpa Nama berkata...

ambil tua sikit psl persatuan ni..depa dah kaya raya tak caya pi lah rumah depa

Aku berkata...

Sekarang ni bukan sahaja badan korporat menjadi rebutan untuk mencari kekayaan tetapi Pasar Malam pun dah masuk hal-hal seperti itu.

roslan berkata...

Salam hormat dari saya kepada semua ahli-ahli PPDP-LTAR. Terima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya selaku Timbalan Pengerusi PPDP untuk penggal seterusnya.

" KEIKHLASAN PERJUANGAN MENCERMINKAN KEPIMPINAN "

Roslan Ghani
Timbalan Pengerusi
PPDP-LTAR

otai LTAR berkata...

tu dia roslan... suara nie pernah bergegar diPWTC 2009 kononya nak perjuang nasib penjaja LTAR pindah ke jln TAR poda.. habok pu tarak.teori marslow ada mengatakan org pandai cakap tapi tak tau buat kerja(bodek)pandai buat kerja tapi tak tau cakap(bijak)....jgn marah lan. dah kutip sewa petak no 255,256,257 258,260,261,262 byk bagi org indon tuu kenapa tak bagi sewa kat org melayu...(belot)

Pasar Malam berkata...

nur afiqah - politik ada dimana2 cuma harapnya janganlah politik itu akan menghancurkan kesatuan kita.

tanpa nama - insyaallah ambo akan ketengah kan lagi beberapa isu yang ambo rasa patut kita tahu pada entri yang akan datang.

bijan - terima kasih kerana sudi datang ke tapak ambo.

tanpa nama - tentang dakwaan yang penaraju2 persatuan itu semua dah kaya2 ..ambo tak berani nak komen.. harap pihak berkenaan boleh jawab sikit isu ini.

Roslan Ghani - terima kasih keran blog ini ada perhatian dari pihak persatuan.. semuga ikrar Sdr Roslan itu menjadi asas kepada perjuangan semua peneraju persatuan!!

otai LTAR- ambo kira apa yg sdr kemukakan itu perlu ada jawapan tepat dari Sdr Roslan Ghani.. ada unsur tuduhan yang agak berat kat situ.. kita tunggu jawapan dari Sdr Roslan Ghani.

Tanpa Nama berkata...

bro, bila roslan ghani nak jawab? lama wa tgu!