Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 13 Mac 2012

UGUT BUNUH DIRANG-WANITA DARI KELANTAN DIBURU!

Ambo tidak tahu lah apa jenis manusia yang gemar mengambil kedempatan di atas kesusahan orang lain.

Sudah lah keluarga arwah adik Dirang menaggung sedih, perasaan mereka pula dipesendaan sedemikian rupa. Ada pihak yang menggugut akan 'bunuh' Dirang jika tidak mendapat duit tebusan sebanyak RM10k.

Pihak polis Johor telah mendapatkan kerjasama polis Kelantan untuk menangkap wanita yang menuntut wang tebusan tersebut.

Tindakan ugut begitu sebenarnya perbuatan yang amat bodoh. Ambo yakin dalam masa terdekat polis akan membuat tangkapan.

Ambo harap hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap pihak yg suka mengambil kesempatan pada kesusahan orang lain.

Sebenarnya kejadian kanak2 hilang juga kerap berlaku di Pasar Malam TAR. Tetapi syukurlah sehingga kini belum lagi berlaku kejadian buruk kepada kanak2 yang terlepas pandangan oleh ibu bapa mereka.

Ambo sendiri pernah menjaga seketika kanak2 yg terlepas pandang oleh ibu nya. Lama juga ambo jaga kanak2 itu sehingga ibu nya datang mencari.

Pada mula nya mahu saja ambo marahkan ibu itu kerana lalai menjaga anak nya tetapi bila melihat ibu itu menangis sambil meluru memeluk anak nya, hati ambo menjadi lembut.

Cuma satu yang ambo pesan " berhati2 jaga anak, sbb malang tak berbau.."

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manusia skrg xde kemanusiaan dah.

bijan berkata...

manusia gila semakin banyak. Bahaya ada di mana2