Ambo terkejut juga bila yang bagi angka 5 dari 10 lelaki terlibat dgn gejala gay ataupun hubungan songsang.
Angka tu amat tinggi jauh lebih tinggi dari kajian yg dibuat oleh JMM yang menyebut 3 dari 10 lelaki adalah gay
Kat Pasar Malam TAR kita boleh jumpa macam2 manusia termasuk lah manusia2 songsang ini. Ambo tak pasti sangat tentang gay krn yg berkunjung ke tempat ambo kebanyak kan nya pompuan termasuk lah pompuan berwatak lelaki bersama pasangan.
Tetapi yang lalu lalang kat depan tapak ambo tu ada macam2 manusia dan yg lelaki pegang tangan sesama lelaki pun ada.
Dulu ada seorg anak muda yang sll berniaga secara 'rambo' di sebelah tapak ambo. Dia akan masuk kesitu sebaik peniaga asal menutup perniagaan dalam kul 10 malam.
Dia seorg guru, tp kata nya dia berniaga sambilan utk menambah pendapatan. Ambo tak pula nampak ciri2 gay pada dia. Macam lelaki asli cuma mungkin gaya rambut nya ada ciri2 itu. Tp tak kan kita nak hakimi org cuma gaya rambut nya saja.
Bila beberapa minggu dia tak datang berniaga ambo ada tanya kat kakak yg sll dok saing gan dia. Jaewapan dari kakak tu amat mengejutkan ambo.
" Mungkin dia cari anak ikan le tu" jawap kakak tu ringkas. Lepas itu dia bercerita panjang lebar siapa kawan dia tu. Terlopong ambo dengar.
Nampak gaya mmg susah nak cam golongan songsang ni kecuali di kalangan mereka sahaja.
Dulu kawasan sekitar bangunan DBKL jln Raja Laut pun port golongan tersebut. Tak pastilah skrg ni.
Kesimpulan nya jelas. Golongan ini telah ada di mana2 dan semakin berani tonjol diri. Ini amat bahaya. Dan sebagai umat islam kita perlu berhati2!
Jumaat, 16 Mac 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
dunia nak kiamat.
Catat Ulasan