Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Sabtu, 17 Mac 2012

PENIAGA TEMPATAN - ASING HAMPIR BERGADUH !

Isu nya kecil sahaja, cuma kerana peniaga asing yang berniaga di Lorong TAR yang juga tapak Pasar Malam TAR pasang lagu dengan speaker yang kuat.

Bila ada yang menegur, maka ada pula yang membulat kan mata sambil mengetip gigi seakan mencabar. Bila rasa tidak puas hati sudah tidak mampu dibendung maka terjadilah pergaduhan kecil yang melibatkan peniaga tempatan dan peniaga asing.

Memang punca nya kecil sahaja dan pergaduhan pun kecil. Tak de pun sesiapa yang cedera tetapi ekoran dari insiden itu susah dijangka.

Sudah ada berbagai suara dari pihak peniaga tempatan dan peniaga asing itu. Cakap2 walau pun sekadar cakap harus diberi perhatian terutama oleh pihak yang bertanggung jawab di tempat tersebut.

Apa lagi, peniaga melayu itu adalah peniaga pasar Malam TAR dan peniaga asing itu pula ada peniahga harian bazar Lorong TAR. Rasa tak puas hati antara kedua pihak ini selalu ada cuma tidak direalitikan secara fizikal sahaja.

Ambo harap semua pihak perlu sentiasa berminda terbuka agar kita semua dapat mencari rezeki dengan aman.

Tak serono tempat cari rezeki pun kita bergaduh. Kepada peniaga asinh bersyukur laah terhadap apa yg kamu dapaty di Malaysia..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Merekammg tak tau terima kasih.