Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Sabtu, 17 Mac 2012

LIPAS DALAM MAKANAN - SALAH SIAPA?

Ambo rasa nak loya bila kuah kari yang ambo cedok ada anak lipas. Selera ambo patah serta merta walau pun lauk di depan ambo adalah hidangan ayam kampung. Biasanya kalau lauk cam ni, siapa lalu kat belakang pun ambo tak kenal.

Ambo panggil tokey kedai dan ambo tunjuk apa yg ambo jumpa dalam hidangan itu. Dia nampak selamba je walau pun dengan cepat dia angkat sisa makanan bersama anak lipas itu.

Selepas berborak dgn kawan2 ambo, ambo panggil lagi sekali tokey kedai utk bayar harga makanan tadi, nasib baik dia kata ambo tak payah bayar, kalau dia minta bayar mau ambo hempuk jee pinggan nasi atas kepala dia.

Moral nya, kita jgn dok nilai sangat tahap kebersihan A atau B atau C yang terpampang katd dinding restoran tu. Yang penting kita kena tenguk lagu mana mereka sedia kan makanan pada saat akhir.

Minggu ini ambo tidak lagi makan makanan kat restoran itu. Ambo sanggup beli nasi bungkus yang ambo yakin kebersihan nya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kena sound sikit restoran tu... lipas tu bahaya. nanti senyap2 jadi balik kat org lain. nak untung pun jangan la menganiaya pelanggan. betul tak bos?

Pasar Malam berkata...

Ambo setuju dengan cadangan tu,tp kadang2 benda macam ni mereka tak sengaja, sbb tu ambo nak sound derek pun nak kena jaga gak periuk nasi mereka.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik makan kat umah. Terjamin kebersihan nya.