Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 15 Mac 2012

KES DIRANG DAN PENCURI KABEL.

Terkejut beruk ambo bila dikhabarkan, kemungkinan Dirang dibunuh kejam kerana neneknya menegur jiran hadapan rumah nya yg dikatakan mencuri kabel di kawasan sekitar perumahan mereka.

Suspek dikatakan marah dan mengeluarkan kata2 ugutan " siaplah kau nanti... Kau ingat aku ke berperang dengan kau "

Dalam kes ini 4 suspek ditahan termasuk bapa kandung mangsa. Dan semua nya positif dadah.

Ambo tak nak ulas panjang tentang insiden tersebut, cuma ambo suka nak berpesan agar kita jgn berurusan dengan si penagih dadah. Malah elak kan juga dari menegur perbuatan mereka secara berdepan kerana kita tidak boleh jangka apa kah tindak balas mereka. Lebih baik kita laporkan terus kpd polis supaya diambil tindakan.

Manusia yang dikuasai dadah biasanya akan hilang pertimbangan dan mampu bertindak di luar batasan.

Jauh di sudut hati ambo, ambo doakan agar Dirang akan aman di sana.

Dan kepada pelanggan yang akan berkunjung ke Pasar Malam TAR sabtu ini, ambo harap awasi lah anak2 kita. Maklum dlm sesak dgn orang ramai macam2 boleh berlaku.

Alfatihah untuk arwah Dirang!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat pet sampah masrakat. Letak kat pulau pun ok.