Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 26 Mac 2012

SYABAS MAN KASUT KERANA MENGAKUI KESILAPAN!!

Mesyuarat Agung ke 6, Persatuan Pasar Malam Tar, petang semalam memaparkan banyak eleman dramatik. Serang menyerang tuduhan dan cabar mencabar menjadi warna warni nya.

Apa pun ambo angkat topi kepada Man Kasut.... Ketua Biro Keselamatan yang baru dilantik oleh Pengerusi baru tanpa ada undian dari ahli persatuan itu.

Dalam sessi soaljawab Man Kasut telah menuduh , Bendari mengeluarkan sekeping cek pada tahun 2011 dengan jumlah nya melebehi RM11,000 sedang peraturan cuma membenarkan tdak lebih dari RM10,000 sahaja.

Tuduhan tersebut telah disangkal oleh bendahari, dan bila Bendahari mengemukan bukti2 bertulis, jelas tuduhan itu tidak berasas .

Apa yang ambo nak tekan kan kat sini, Man Kasut menerima penjelasan itu dan mengaku kesilapan sambil menunduk kan kepala tanda memohon maaf.

Ambo puji sikap itu. Tidak seperti individu lain yang mambuat tuduhan tanpa hujung pangkal dan tidak mahu menerima penjelasan.

Kepada Man Kasut, tahniah!! Sikap sanggup akui kesilapan tidak kan merugikan sesiapa malah pertubuhan akan menjadi lebih teguh jika lebih rami bersikap begitu.

Tiada ulasan: