Bagaikan drama politik, itu lah dapat ambo gambarkan tentang mesyuarat Agung Pasar Malam Tar sekejap tadi.
Usul membubarkan kesemua AJK dan pucuk pimpinan Persatuan telah dikemukakan oleh salah seorang ahli dan telah menjadi pendebatan hangat. Walau pun Pengerusi cuba untuk meredakan keadaan tetapi pihak yang mencadangkan usul itu tetap mahu usul itu dibincang uytk mendapat mandat perwakilan.
" Saya rasa malu jika saya menduduki kerusi pengerusi tanpa mendapat undi majoriti" tegas seorang perwakilan...!!
Ambo yakin situasi ini terjadi akibat beberapa tindakan Pengerusi yang tidak menyenangkan beberapa pihak.
Bagaimana pun bila undian dijalankan. Usul tersebut gagal mendapat undi majoriti. Barisan kepimpinan sekarang terselamat sehingga mesyuarat pemilihan tahun depan.
Walau pun usul tersebut tidak berjaya tetapi ia telah menjadi tamparan kepada saudara Mahadir yang baru saja memegang jawatan tersebut bebertapa minggu lalu selepas Che Kamarudin terpaksa melepas jawatan atas sebab teknikal.
Tentu selepas ini Pengerusi akan lebih berhati2 dalam setiap tindakan nya kerana pihak yang ingin menjatuh beliau tentu tidak berdiam diri.
Bagi ambo, untuk saudara Mahadir terus kekal , dia perlu mengembalikan keyakinan ahli kepada kepimpinan nya. Tindakan Mahadir memasukan beberapa orang kepercayaan dalam kepimpinan melalui biro2 yang ditubuhkan ternyata tidak disenangi. Mahadir patut ambil perhatian perkara ini.
Kesimpulan yang ambo boleh berikan, jika usul undi tidak percaya dituju cuma kepada Pengerusi sahaja ... Mungkin situasi akan jadi berlainan.
Kepada yang telah diberikan mandat bekerjalah utk kepentingan persatuan kerana Allah melihat apa yg kita buat.