Jumaat, 8 Januari 2010
TUNJUK PERASAAN SEKITAR KL- RESAH KAN PENIAGA PASAR MALAM TAR.
Nampak nya dalam minggu ini, beberapa demonstrasi dan perhimpunan menentang penggunaan kalimah Allah serta bantahan terhadap sekatan kerajaan Mesir terhadap sekatan rombongan Viva Palastina disempadan Mesir/Palastine telah mewarnai Kuala Lumpur.
Hari ini sahaja sekurang-kurang nya ada 3 perhimpunan termasuk di Masjid Kg Baru, Masjid Negara dan masjid Tabung Haji yang dijalan kan serentak sejurus selesai sembahyang jumaat.
Sebagai peniaga pasar malam di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, isu-isu seperti ini merisaukan kami. Jika keadaan ini berterusan dan tidak terkawal, sudah pasti akan memberi kesan kepada peniaga pasar malam.
Ambo harap pihak berkuasa akan bertindak tegas demi menjaga keamanan negara termasuk menggunakan ISA. Jika huru-hara berlaku, semua pihak akan susah.
Ambo cuma mampu berdoa semuga esok, ambo masih dapat membuka tapak pasar malam Jalan TAR seperti biasa.
Demo dan tunjuk perasaan sebelum ini, telah membuat peniaga pasar malam TAR rugi besar. Ambo harap tunjuk perasaan kali ini tidak akan menjejaskan periuk nasi kami lagi.Kami juga berharap kalau ada pihak mahu juga membuat demo bantahan ...tolong lah jangan libat kan Jalan TAR lagi. Kesiankan lah kami orang-orang melayu yang mahu mencari rezeki.
Namun begitu ambo yakin, pihak berkuasa sudah bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan. Ambo harap pelanggan pasar malam akan terus berkunjung ke Jalan TAR seperti biasa esok kerana KDN sendiri telah memberi jaminan bahawa situasi keselamatan adalah terkawal!!
Ambo doakan agar Allah melindungi kita semua!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan