Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 1 Januari 2010

MAIL PASIR - PELUPOR 'SAND ART JORDAN' DI MALAYSIA!

Mail Pasir bersama peminat kecil nya yang begitu berminat dengan seni pasir dari Jordan!

bakat seni yang ada pada Mail Pasir amat unit dan dia mampu menguasai seni pasir Jordan ini dengan memerhati saja tanpa melalui sistem belajar secara formal...hebat!!
harga setiap hasil seni ini bergantung kepada saiz...harga bermula dari RM15 - RM30. Amat berbaloi harga nya berbanding nilai seni yang tinggi..!!
Lukisan asli seni pasir Jordan...gambar unta dan padang pasir...tempahan boleh dibuat dalam berbagai corak kegemaran pelanggan...!!!
Mail Pasir sering menjadi bahan berita baik dalam media cetak dan media eletronik kerana kemahirannya dalam 'sand art Jordan'
gerai Mail selalu menjadi tumpuan dari semua golongan....seni ini cuma ada satu dalam Malaysia..!!

ambo juga sempat berposing sebagai tanda kekaguman ambo kepada bakat Mail Pasir.. untuk tempahan dan pertanyaan boleh lee hubungi no telefon yang tercatat itu!!


Hujun Tahun begini tidak sah sekira nya tidak membawa anakisteri makan angin walau pun cuma di dalam negara.

Baru-baru ini ambo sekeluarga telah makan angin di Bukit Gambang, Pahang. Ini kerana anak-anak ambo nak sangat mandi-manda di Taman Air Bukit Gambang yang baru dibuka itu.

Ambo bukan kah lah bercerita tentang taman Air tetapi apa yang ambo ingin paparkan di sini adalah penemuan ambo dengan seorang anak muda yang bernama Mail Pasir. Ambo yakin nama Mail Pasir itu diambil dari kemahiran nya membuat lukisan pasir dalam botol.

Pertama kali ambo jumpa anak muda itu ambo sudah kagum, kemahiran dia membuat lukisan dalam botol begitu hebat..jejari nya begitu cekap melukis beberapa lukisan yg begitu cantik dalam botol-botol khas yang dibeli terus oleh Mail dari pembekal.

Mail Pasir merupakan rakyat Malaysia pertama yang belajar secara tidak formal seni lukisan Pasir yang berasal dari Jordan itu. Menurut Mail Pasir dia tertarik seni ini bila melihat seorang pelukis pasir dari Jordan yang membuka gerai di Kuala Lumpur.

Mail membeli satu lukisan tersebut dan seterus nya dia belajar sendiri cara membuat lukisan itu dari lukisan botol yang dia beli sambil mengikuti setiap teknik dari pelukiss pasir Jodan yang dia perhatikan dengan teliti. Ternyata keinginan dan bakat pada diri Mail Pasir memang serasi dengan seni itu... dan kini Mail telah menjadi kan seni itu sebagai punca pencarian nya.

Bila ditanya, tentang sambutan terhadap lukisan pasir itu, Mail ternyata amat puas hati...!! Lukisan pasir itu dijual dalam harga berbeza mengikut saiz botol. harga nya bermula RM15 - RM30. Bagi ambo harga nya amat berpatutan jika dinilai dengan seni yang dihasil kan!!

Kepda yang berminat dengan lukisan tersebut boleh lah menghubungi terus sedara Mail Pasir pada talian 017 443 9175.

Selain di Bukit Gambang, Mail juga ada gerai tetap di Persiaran Pantai Telok Chempedak.

Ambo harap Mail pasir akan terus maju jaya dengan seni yang unit ini!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cantik, saya harap dapat mendapatkan lukisan pasair itu bila ke Pahang nanti.

The Journey Of Ansa Love berkata...

mudah2an suatu hari nanti saya bisa kesana