Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Sabtu, 2 Januari 2010

TAHUN BARU DAN HARAPAN BARU KEPADA PENIAGA PASAR MALAM TAR!!

senyuman manis dari pasangan kembar!!....dalam letih pun boleh naik semangat ambo bila selalu pelanggan semanis ini berkunjung ke gerai ambo....!!!!jangan mareee..aaa!!
minah salleh ini cukup berminat dengan baju-baju kat tapak ambo....!! tenguk tu tekun dia dok pilih baju...hehe ambil lee 3-4 helai....!!!
cik abang kita ini..sedang tenguk2 ..baju kaler mana yang paling cun untuk isteri tercinta... beli bang!!!..jangan tak beli.....apa lah sangat nilai 2-3 helai baju berbanding dengan pengorbanan isteri selama ini..!!!
antara rak-rak baju di tapak ambo....semua baju 100% cotton India ini..ambo jual serendah RM20 untuk sehelai...untuk lebih dari sehelai...kita ada diskaun paling menarikkk...!!! jemput lah datanggg..ke tapak 314 ...pasar malam TAR!!!
baju-baju yang terpamir ini adalah koleksi warna terbaru sempena 2010...kepada yang berminat sila berkunjung ke pasar malam TAR setiap sabtu..!!!..harga dijamin amat berpatutan!!
ambo tertarik dengan gelagak ..cik kak kita yang sedang memilih baju untuk bibik nya..mesraa sangat...!!!
suasana cukup meriah di luat tapak ambo....waktu puncak antara pukul 3 petang - 7.30 mlm..!!
pasangan mak dan anak....sama-sama manis..sama-sama ceria....!!!
pelanggan dari Korea..beli 2 helai baju.....!!!
anak siapa yang tertinggal ni???....ibubapa kanak-kanak ini sila datang ke tapak untuk ambil nya....!!!
pelanggan regular ambo....tenguk baju yang dia pakai tu....beli kat tapak ambo lee..cantik tak??? cantikkkk!!!!
remaja dari pantai Timur....seronok dapat pilih baju..ketawa ternganga2.. hingga lalat masuk dalam mulut!!!
romantis nyaa....sang suami sedang memadan kan baju kapada isteri tercinta..!!
cantik tu dik...kena kalau adik pakai....yang cun akan bertambah cun..!!!
pilih kak..pilih...tentu ada sehelai yang sesuai dengan akak tu!!!!
ini adalah pelanggan pertama ambo....buka api org pasar malam sebut...terima kasih dik!!!


Tahun 2009 telah melabuh kan tirai nya dan hari ini adalah hari pertama Pasar Malam TAR beroperasi di tahun baru 2010.

Sebagai peniaga pasar malam TAR, satu sahaja harapan ambo agar tahun 2010 ini akan lebih memberi sinar kepada kami semua. Tahun 2009 yang baru berlalu...perniagaan di pasar malam agak suram. Jualan pada bulan puasa baru lalu juga agak teruk terjejas hinngga ada yg menjunam sehingga 40%.

Untuk musim cuti sekolah hujung tahun ini , situasi sama juga berlaku. Ramai peniaga yang mengeluh kerana sasaran jualan tidak tercapai. Biasa nya pada setiap cuti sekolah di hujung tahun, perniagaan di pasar malam TAR paling meriah. pelanggan dari seluruh Malaysia termasuk dari Singapura dan Brunai akan berbelanja besar!!!!

Tahun 2009, suasana itu semua tidak berlaku..jualan di pasar malam TAR tidak serancak yang dijangka...peniaga cuma mampu bersyukur dengan apa yang ada.

Sesungguh nya kesan kelembapan ekonomi dunia telah memberi kesan yang bukan sedikit kepada peniaga-peniaga kecil seperti ambo. Ditambah dengan ketiadaan bonus bagi kaitangan awam dan kenaikan barangan keperluan asas lain membuat kami lebih perit!

Apa pun, harapan peniaga-peniaga pasar malam, agar sinar tahun baru 2010 akan lebih memberi harapan kepada kami....insyaallah!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat tahun baru...semuga akan lebih berjaya

Binjai berkata...

selamat tahun baru juga dari abg binjai. Wow! cun melecun lah pelangan pasar malam tar. minggu depan abg mat mesti jalan-jalan kat sana.