Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 24 Januari 2010

DBKL AKAN MENGADAKAN OPERASI PEMUTIHAN DI PASAR MALAM TAR FEBRUARI NANTI!??

satu arah..satu suara...satu selera.....!!! nak baju yang gantung kat patung tu!!!!
pilihlah dik..semua tu cantik-cantik...ambo jual semua yang cantik2 saja...dah lah cantik murah lagi...mana nak cari....!!!

alamak!!! ben 10 pun ada juga laaa....cam mana ben 10 boleh sesat masuk pasar malam TAR ni??
mana ada tempat yang ada orang gelak sambil pilih baju...!! kat sini jee....hehe senyuman bakal2 cik gu!!!
hah..tenguk kecil2 pun taste dah tinggi...!! mercz tu!!!...sah2 besar esok2 kawin dengan janda kaya!!
alahai hafiz...dah ada anak pun demo....elok lee muda2 dah ada anak..baru lebih sedar keindahan hidup ini sebenar nya!!!
Huruf condongsaban minggu..tapak ambo sering menjadi tumpuan pelancung luar..kalau mereka pun berkenan dengan baju yang ambo jual.....!!! anda semua bila lagi nak berkunjung...!!??
ini adalah antara regular customer ambo....saban minggu mesti datang!!! makasih laah kerana menyokong!!
hello!!!..hello..!!! warna apa nak ni?? mak kat kedai yang mak beli baju minggu lepas...!!! kan bergaya baju yg kakak kita pakai tu....siap nak beli untuk bawa balik kampung lagi..!!!
pilih lah...tentu ada satu yang sesuai untuk anda...!!!
keluarga pelancong ini....tekun memilih baju....banyak tu dia borong!!!!
heloooo!!! yee...kaler apa??? saiz apa??? macam-macam ada kat sini..semua cantik2....!!!!



Pasar Malam TAR adalah antara lubuk menimba rezeki yang lumayan. Lantaran itu memang tidak hairan jika setiap ruang yang terbuka , akan ada sahaja pihak yang ingin mengambil kesempatan berniaga samada secara halal atau secara haram ....!!!

Ambo akui, pihak DBKL agak kerap juga membuat pemantauan tetapi , mereka yang digelar 'rambo' ini amat cekap mencari peluang..bagi ambo itu rezeki mereka asalkan tidak mengganggu peniaga yang sah !!!

Tetapi khabar nya, pada bulan februari ini, gelongan tersebut tidak lagi mudah untuk masuk ke pasar malam TAR kerana pihak DBKL dan Persatuan Peniaga Pasar Malam TAR akan menjalan operasi pemutihan di tapak pasar malam TAR!!

Tumpuan utama operasi pemutihan tersebut adalah untuk memastikan bahawa hanya peniaga-peniaga sah dan berlesen sahaja dibenarkan untuk terus berniaga. Malah tindakan yang amat tegas termasuk merampas lesen dan barangan akan dikenakan kepada peniaga2 yang didapati menyewa atau pun mengaji warga asing bagi menjalankan perniagaan di tapak mereka.

Sebagai peniaga, ambo menyokong penuh operasi pemutihan tersebut...semuga selepas operasi itu nanti Pasar Malam TAR akan menjadi lebih selesa untuk dikunjungi. Dan semuga operasi itu juga akan memberi isyarat jelas terutama kepada peniaga yang telah menyalahgunakan lesen mereka!!!

4 ulasan:

Oja @ Ben 10 berkata...

glemer la pulak saya...hehe

TQ uncle...

taipingmali berkata...

bukan saja mengenal pasti yg berlesen tetapi DBKL hendaklah mendengar luahan rasa para peniaga.

Pasar Malam berkata...

terima kasih juga kepada oja@ben 10 kerana sudi menyokong...!!

sangat benar apa yg TM kata...walau pun DBKL ada berurusan terus dengan Persatuan Pasar Malam TAR tetapi ada sesetengah perkara yang peniaga terus mengadu kepada pihak DBKL..!!

Apa pun aku yakin dengan pentadbiran baru DBKL sekarang, suara penjaja dan peniaga pasar malam akan lebih diambil perhatian!!

Kisah Cinta berkata...

kawe pun rasa DBKL perlu bertindak sejak lama, tetapi apa sahaja tindakan DBKL harap akan mementingkan peniaga-peniaga melayu dan tempatan.