Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 1 Januari 2010

GULA NAIK HARGA...ROTI DITARIK SUBSIDI...APA NASIB PENIAGA KECIL??

harga gula naik...dan deretan barangan lain yang menggunakan gula akan bakal naik juga.
termenung bang....!!! yang naik tetap naik bang...suka tak suka ..kita kena telan bang!!

peminat kuih mueh ...terpaksa membayar lebih selepas ini...berapa biji agak nya RM2 sekarang ni??


Selain gula, roti juga telah ditarik subsidi ...hari ini harga roti naik sehingga 50 sen sebuku..!!!


Pertama nya ambo ingin ucap kan selamat menyambut tahun baru kepada semua pengunjung blog ini, serta kepada semua peniaga-peniaga pasar malam terutama nya yang berniaga di Jalan Tar.

Kejutan pertama menyambut tahun baru ini adalah pengumuman kerajaan untuk naik kan harga gula dan juga menarik balik subsidi keatas roti putih. Roti juga tidak lagi dikena kan harga kawalan... hari ini khabar nya harga roti telah naik sehingga 50 sen sebuku.

Harga gula sekarang ini adalah RM1.65 untuk semenanjung dan RM1.75, rasional harga gula dan roti dinaikan kerana ..harga di pasaran antarabangsa telah naik. Semudah itu kah alasan diberi??

Sebagai peniaga kecilan, ambo rasa kenaikan 20sen setiap kilo gula sangat tinggi. Kenaikan setinggi itu boleh menjejas kan keuntungan peniaga dan boleh juga menyebab kan makanan dan minuman naik harga. Peniaga mula mengeluh dan pelanggan juga bertanya-tanya apakah makanan juga akan naik harga nya??

Ambo nak juga tahu, apakah alasan lain yang kerajaan ada selain dari kenaik kan harga tersebut di pasaran dunia?? apakah kenaikan itu mewajarkan untuk kerajaan menaik kan harga barangan tersebut sehingga menyusah kan rakyat berpendapatan rendah??

Mungkin kenaikan 20 sen tidak memberi kesan kepada pak-pak menteri, tetapi bagi ambo..kenaikan itu membebankan juga apa lagi akan terjadi deretan kenaikan kepada bahan makanan lain.

Ambo harap, kerajaan fikirkan balik kenaikan ini, jangan tekan lagi rakyat berpendapatan rendah... dengan belanja-belanja lain yang makin naik.... gula yang 20 sen itu pun kerajaan nak naik kan juga kah??

Apa pun terjadi, kehidupan perlu di teruskan juga. Barang naik, barang turun ... kami yang berniaga di tepi jalan ini kena telan juga.

Cuma yang ambo harapkan, agar tiada lagi kenaikan selepas ini... kesian lah kami rakyat marhaein ini!!

3 ulasan:

taipingmali berkata...

setakat 20 sen tak menjadi soal....malam2 kita habiskan wang di kopitiam lebih dari 20 sen. yg penting kurangkan gula dalam makanan dan minuman

Pasar Malam berkata...

salam bro, mmg betul kalau setakat 20 sen itu sahaja yang naik tidak mengapa..tetapi masalah nya impak kenaikan akan berjangkit kepada barangan lain juga.

20 sen bagi sesetengah org tidak mendatang kan kudis pun tetapi bagi sesetengah yang lain...ia tetap menjadi beban apa lagi di saat baru nak buka sekolah!!

dan yg paling ketara, rakyat tidak gembira dengan keadaan itu... !!

Tanpa Nama berkata...

apa sahaja pun alasan kenaikan harga gula telah menyabab kan rakyat kecewa. Langsung tidak wajar kerajaan naik harga sebaik menjelang tahun baru.