KEPAKARAN KEDAI MAMAK MENYEDIAKAN ROTI CANAI YANG ENAK MENJADI TARIKAN UNTUK BERSARAPAN!!
ROTI CANAI GARING ADALAH KEGEMARAN AMBO..APALAGI KALAU KENA DENGAN KARI KAMBING!
KUAH DAL YANG ENAK ...APA LAGI KALAU DIMAKAN BERSAMA ROTI CANAI...!!
HATI-HATI BILA PEKENA ROTI BANJIR, TAKUT ADA BENDA ASING TAK SEPATUT NYA DALAM KUAH...!!!
Hampir setiap pagi selain dari makan nasi berlauk ambo juga suka makan roti canai. Sebenarnya roti canai bukanlah kegemaran ambo yang sebenar, sebagai anak kelantan tulin selera ambo lebih kepada nasi bila bersarapan... tetapi kerana kedai mamak biasa nya selesa untuk bersantai sambil membaca surat khabar pagi...maka ambo jadikan makan roti canai pagi hari di kedai mamak sebagai sebahagiaan dari hobi ambo!!!
Ada satu kedai mamak kat KL ini memang menjadi kegemaran ambo, apa lagi dengan layanan cukup mesra , ambo merasa cukup selesa di situ...ambo rasa orang melayu kena belajar cara peniaga mamak melayan pelanggan mereka..!!
Pagi tadi, ambo oder roti canai garing bersama teh tarik...tak sampai 5 minit, oder ambo sampai..!!
Sebelum ambo makan..ambo rasa macam ada benda pelik kat dalam kuah dal yang terhidang bersama roti canai tadi... bila ambo peratikan rupa2 nya ada serangga seperti lalat hijau dalam kuah dal itu!!!...ambo panggil mamak..dan ambo tunjukkan apa yang ada dalam kuah itu...bagus nya mamak ini...mereka cepat bertindak dan segera menukar kuah itu dengan kuah kari kambing kegemaran ambo!!!
Apa yang ambo nak utarakan kat sini adalah...nasib baik ambo tak oder roti banjir..kalau lah takdir nya ambo oder roti banjir mau nya ambo dah telan serangga tadi..!!!
Moral cerita nya kat sini...hati-hatilah kalau makan roti banjir kat kedai mamak..pasti kan kuah yang dicurah atas roti kita itu tidak ada benda tak sepatutnya..!!!
Sebenarnya benda-benda seperti ini sudah biasa ambo dengar..tetapi kerana layanan yang cepat dan mesra..ambo tetap datang juga pekena teh tarik kat sana.....!!! Itu lah penangan teh tarik dan roti canai...serta layanan mesra kedai mamak...membuat hati kita seperti terikat!!
Rabu, 27 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Satu perkara yang selalu kita terlupa. Terima kasih kerana ingatan ini.
kawe pun lepas ni kena hati-hati sikit. Selama ini kawe main balun saja bila oder sampai,
Kedai mamak kan open, ne tau masa dia letak atas pinggan, lalat masuk sebelum hantar ke meja pelanggan. Bukan sengaja dia nak letak lalat. Tapi patut kena hati-hati sebab kita nak makan kan? perut kita.
Catat Ulasan