Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 12 April 2012

MURAH DAN SEDAP Di CHOP & GRILL WESTERN FOOD, DESA PANDAN ..

k

Western Food telah menjadi sebahagian dari budaya makan di Malaysia.

Dari chicken chop hingga ke beef steak semua menu ini telah dihafal terutama oleh kanak2

Anak2 ambo pun gemar dengan makanan ini. Banyak tempat kami pergi.. Ada yang sedap tetapi harga nya agak mahal.... Dan ada pula harga nya murah tetapi rasanya 'entah hapa2'...!! Tetapi pertama kali ambo mencuba makanan barat di Chop and Grill Wastern Food...Ambo telah mendapat kedua2 nya sekali...sedap dan murah.

Untuk kunjungan kali ke 2 ambil datang bersama isteri dan anak2. Restoran Chop & Grill yang berlokasi di Desa Pandan amat mudah dikunjungi.

Masing2 oder makanan kegemaran mereka... Ada yang oder chicken chop dan ada pula chicken grill..harga sehidangan cuma RM8 dan ada yang oder beef steak harga nya baru RM13 , anak bongsu ambo pula makan sup cendawan yang dihidangkan bersama roti bawang putih harganya cuma RM4.

Ambo pula oder kombinasi beef steak dan cicken grill ...harga nya cuma RM16.

Pertama kali ambo rasa, aroma sos lada hitam nya amat menyelerakan. Begitu juga dan sup cendawan nya sangat sedap...!!

Owner Chop dan Grill adalah seorg anak muda dari kelantan yang punya pengalaman yang luas dalam bidang masakan. Malah sehingga sekarang pun masih berkhidmat sebagai tukang masak khas kepada seorang VIP. Maka tidak hairan lah jika setiap hidangan yang disediakan sedap dan beraroma!!

Kepada yang ingin mencuba masakan barat yang sedap dan murah ambo cadangkan untuk mencuba di Chop & Grill Western Food, Pandan Mewah ini.

Walau pun ambo belum sempat mencuba semua menu termasuk menu kambing dan rusa... Ambo yakin semua nya sedap seperti hidangan2 yang ambo dah rasa!!!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Molekkk :) :)

~AfsarudyNa~ berkata...

mano kedai ni?nok g try gok lah

Tanpa Nama berkata...

Demo gi kat GOOGLE MAP pah tu type
http://goo.gl/maps/J2z8 tubit la gambar dan alamat CHOPNGRILL WESTERN FOOD tu, kawe try doh....meme kelah !

Tanpa Nama berkata...

CHOPNGRILL WESTERN FOOD
GPS COORDINATE : 3.149129,101.743909

Tanpa Nama berkata...

Dah pi smlm.. Sempoi.. Harga berpatutan dan sedap!

Lizan berkata...

saya dah pergi ... memang sangat berbaloi makan kat kedai ni.. makanan dia memang sedap2 dan harga pun okey apa... bukan sy jer yg kata ...orang lain pun rekemen gaks..hehe...ktrg memang look forward nak pergi lagi ...


snapshot dari forum http://www.network54.com/Forum/199822/thread/1030102968/1128310535/Senaraikan%20restoran%20%20atau%20tempat%20makanan%20anda:

"Ada satu warung western CHOP & GRILL WESTERN FOOD kat no. 11,jalan hilir 2,angsana hilir, kg.pandan, selangor warung ni tumpang kedai tom yam tak silap aku DP Tom Yam kot, food kat sini memang berbaloi baloi harga murah dan portion nya besar yang paling famous kat situ CHICKEN CHOP lain dari yang lain..yang best nya satu set chicken chop ada 3 ketul ayam dan dia guna oriental sauce..memang sedap..harganya murah pulak tu..cuma rm8 je..menu yang lain pun ok jgk..ada salmon fillet,salmon head,t-bone steak,deer steak,beef steak,lamb chop dan kat sini jugak korang boleh campur ayam,lamb dan beef..black pepper sauce dia memang class..tak rugi la kalau korang datang.."