Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 20 April 2012

AZNIL KENA KRITIK DALAM UTUSAN MALAYSIA!!



Rupa2nya isu ABPBH 12 masih belum reda. Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini pengacara popular, Aznil Hj Nawawi dibedal kaw2. Aznil dikatakan tidak wajar kerana "merentap" trofi dari tangan Normala Shamsuddin untuk menyerahkan kepada Zizan.

Komen tulisan Arif Nizam dari Bukit Jalil itu antara nya berbunyi ..."Saya telah meneliti komen pengacara Aznil Nawawi mengenai tindakannya berlari ke pentas dan 'merentap' trofi bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada 8 April lalu untuk diberikan kepada pemenangnya, Zizan Razak.


Saya membaca beberapa kenyataan Aznil dan tulisannya dalam sebuah akhbar yang memberitahu langkah itu sebagai penghargaan untuk beliau kepada Zizan. Selama ini Aznil memenangi anugerah itu untuk sembilan tahun berturut-turut.

Walau apa pun komen Aznil, saya mewakili segelintir peminat dunia hiburan yang lain melihat perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak bijak. Aznil sewajarnya tidak berlari ke pentas kononnya untuk berkongsi kegembiraan itu apabila trofi yang beliau pegang selama sembilan tahun berturut-turut terlepas ke tangan orang lain."

Ambo rasa ada benar nya juga kata2 penulis itu. Ambo sendiri terkejut ..bila nama Zizan diumumkan sebagai pemenang alih2 Aznil terlari2 naik ke pentas dan "merentap" trofi dari Normala. pada mula nya ambo ingatkan ambo yang tersalah dengar nama zizan..rupa2 nya Aznil yang berlari lebih pantas dari Zizan ke pentas. Masa sebenar nya ramai yang terkedu..tetapi kerana yang berlari naik pentas itu aznil maka ramai yang cuma senyum berkata apa2...!!! hehe tapi yang senyum tu pun banyak yang senyum kambing.

Ambo sendiri rasa apa yang aznil lakuakan itu satu kesilapan. Lain lah jika Normala sendiri yang meminta Aznil yang menyerahkan nyar. Perbuatan tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah anugerah baik yang besar atau yang kecil..baik yang rasmi atau pun tidak rasmi..!!

Aznil sepatutnya mengambil tindakan seperti Siti Nurhaliza yang menarik diri dari bertanding di saat dia masih menang. Aznil sudah menjulang tropi pemyampai tv terbaik srbanyak 9 kali berturut2. Itu sudah cukup membuktikan bahawa Aznil seorang yang popular.. atau mungkin dia mahu rangkul untuk kelai ke 10?? tetapi sayang tidak kesampaian....!!!

Apa pun bagi ambo..Aznil tetap manusia hebat...berbagai awrd yang penah dia menangi baik dari dalam dan luar negara telah membuktikan nya...!!!

Brvo Aznil!!!






Tiada ulasan: