Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 18 Mac 2012

PELUMBA BASIKAL NEGARA MAUT DILANGGAR LARI.

Pelumba basikal negara, Rafizi Hamid maut dilanggar lari pada pukul 7.30 pagi tadi di MRR2 di hadapan Shell berdekatan Zoo Negara.

Rafizi dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12, Gombak untuk bersama2 rakan pelumba yang lain termasuk Anuar Manan bagi aktiviti mingguan mereka.

Proton Saga yang melanggar mangsa terus memecut tanpa menyedari plet nombornya telah tertinggal di tempat kejadian.

Jenazah Rafizi dijangka akan dikebumikan selepas asar hari ini di tanah perkuburan Kg. Pasir, Hulu Klang.

Alfatihah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alfatihah.