Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 30 Mac 2012

LAGU ZIZAN DAN KAKA "BAWA AKU PERGI" AKAN DIHARAMKAN???

Tiba2 meletup kononya lagu popular nyanyian Zizan dan Kaka " Bawaku Pergi" ada kemungkinan diharamkan kerana konon nya membawa mesej yang tidak baik kepada remaja.

Melodi nya mmg sedap, malam ambo sendiri pun suka mendengar lagu itu, tp mengapa mesti kena haram??

Rupa2nya lagu itu dikatakan membawa mesej mengalak kan remaja lari dari rumah. Beberapa ayat termasuk " jangan bilang sesiapa, kita terus ke sempadan" atau mungkin juga ayat "buku merah jangan lupa bawa"
"Tolong jangan bilang mama"
" Kita lari dari realiti"
"Pergi lebih jauh"

Panjang kalau ambo nak susun lirik nya.

Dalam respon terbarunya, Menteri terbabit menjelaskan bahawa penelitian terlebih dahulu akan dilakukan termasuk menubuhkan jawatankuasa samada untuk haramkan lagu tersebut.

Dalam isu ini ambo rasa perlu ada tindakan yang dapat menguntungkan semua pihak.

Kita tidak mahu menyekat kreativiti pencipta lagu dan penulis lirik tetapi pada masa yang sama kita juga mahu mereka menyampaikan mesej yang membina dalam setiap karya yang dihasilkan!!!

Tiada ulasan: