Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 28 Mac 2012

DETEKTIF LIM BEBAS KES CURI BUKU!!!

Akhirnya detektif Lim bebas juga dari sabitan mencuri 2 buah buku di MPH. Pada 2010 dia telah didapati salah dan dihukum dua bulan penjara serta denda RM2,000.

Selepas lebih dua tahun berjuang, kini dia benar2 bebas. Menitis air mata detektif Lim bila keputusan tiga hakim membebaskan dia sebulat suara.

Apa yang ambo nampak, detektif Lim dibebaskan kerana teknikal. Kerana buku yang konon nya dicuri tidak ditanda sebagai bahan bukti malah beg sandang yang digunakan utk menyimpan buku itu juga tidak ditunjuk di mahkamah.

Kes ini.... teringat ambo kes ahli politik yang bebas dari dakwaan selak kain juga atas alasan kain yang dia pakai masa selak tunjuk anu dia tu tidak dijadikan barang bukti di mahkamah.

Tahniah lah detektif Lim, semuga lepas ni selalu fikir 7-8 kali sebelum nak buat sesuatu.

Suka baca buku memamg sangat bagus. Tetepi kalau sampai 'mencuri' untuk dapat buku itu sudah tak betul.

Niat tidak boleh halalkan cara!!

Kepada detektif Lim, semuga lepas ni akan dapat aktif kembali berlakun seperti dulu....!!!

Cuma satu kena ingat...1000 kebaikan kita lum tentu orang ingat... Tetapi sekali salah kita akan selalu disebut orang!!!

Tiada ulasan: