Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 19 Mac 2012

LAGI REMAJA DICULIK!!

Kejadian culik amat mengerunkan, apa lagi ada mangsa culik hilang tanpa di kesan dan ada juga cuma balik jasad tak bernyawa.

Semalam, remaja perempuan berusia 15 tahun telah diculik di hadapan adik lelaki dan perempuan nya berusia dalam linkungan usia 11 tahun.

Kejadian itu berlaku semasa Siti Nur Fatihah Mahadi bersama kedua2 adik nya itu dalam perjalanan pulang selepas membeli topup di Taman Tas, Kuantan lebih kurang pukul 3 petang semalam!!

Sebuah kereta bercermin gelap yang dipandu oleh seorang perempuan bersama 2 penumpang lelaki telah berhenti di sisi mereka dan Siti Nur Fatihah telah ditarik oleh lelaki yang berada di tempat duduk belakang dan terus membawa nya lari walau pun kedua adik2 nya cuba membantu kakak mereka.

Nampak nya, anak2 kita tidak begitu selamat lagi walau pun keluar berteman. Apa boleh kita lakukan... Cuma berdoa agar keluarga kita selamat sentiasa.

1 ulasan:

afiqah berkata...

Semuga kak siti selamat.