Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 28 Mac 2011

TEAM MAHDIR TEWAS KERANA AHLI 'TIDAK TERBUKA MINDA'...???

Atas permintaan ..ambo upkan beberapa gambar lagi untuk tatapan semua bagi menunjukankan betepa meriah dan hangat nya pemilihan malan tu...mirip kepada pemilihan parti politik..!!
che abang bersama isteri ni tekun mendengar apa yg ambo dok bualkan dengan org kuat team mahdir selepas mesyuarat...!!
Salah seorg team Mahdir yang tewas untuk merebut jawatan bendahari...!!
menyuarakan pandangan... kecewa dengan team Mahdir yang banyak timbulkan isu remeh temeh hingga mesyuarat melarut hingga hampir ke tengah malam....!!
ambo kadang tu kagum juga dengan bendahari .... tenang dan bersahaja bila menjawab isu... ini lah ciri2 yang perlu ada pada setiap peneraju persatuan..!!!
tekun meniliti ..... melihat kunci kira2 Persatuan.... hehe...setiap tahun RM 312,000 tu masuk kantung persatuan..!!
AJK Wanita yang gagal pertahankan jawatan...!!!
panasss..!!! hehe...jangan ajak bertumbuk dah lee bang...!!
posing istimewa dari Apek dan rakan2..... ambo perhatikan..Apek ni ada potensi untuk masuk barisan kepimpinan Persatuan...!!
kekal jawatan.... SU sdr Roslan Md Nor menerima sijil penghargaan ..!!
juga kekalkan jawatan.... sdr Roslan Ghani..!!
cendera hati kepada yang banyak berjasa kepada yang banyak berjasa...!!



Pemilihan jawatan Pengerusi dan jawatan kuasa Pesatuan Pasar Malam TAR sudah seminggu berlalu.. tetapi kehangatan masih belum hilang. Malah pada malam Pasar Malam lepas..isu2 yang berbangkit dalam mesyuarat Agung itu terus menjadi perbualan hangat dikalangan penjaja.

Berbagai teori yang ambo dengar...tentang pemilihan itu...malah ulasan dan sebab musabah team ni menang dan team itu kalah dibuat tafsiran tidak ubah macam postmortem pilihanraya....!!

Kadang-kadang seronok juga bila kita dengar berbagai pendapat dan telahan yang mereka buat.. tetapi hakikat nya tetap jelas.... peneraju persatuan telah dipilih dan mereka perlu jalankan amanah tersebut dengan penuh jujur atas nama ALLAH....!!

Dalam banyak teori dan kupasan..satu yang cukup ambo tidak setuju bila ada yang kata konon nya team Mahdir ditolak kerana kebanyakan ahli Pasar Malam TAR masih 'tidak terbuka minda' dalam kata lain mereka mendakwa kalau semua ahli terbuka minda maka team mereka akan menang?? betul kah begitu??

Apa yang ambo tenguk, teori menuduh org lain tidak terbuka minda menyebabkan mereka kalah adalah satu teori politik lapok yang selalu digunakan untuk menutup kelemahan sendiri. Menuduh pihak lain atas kelemahan sendiri adalah satu sifat yang amat tidak wajar. Dan untuk menjadi pemimpin satu sikap yang perlu ada ..adalah kena selalu musabah diri untuk mencari kelemahan diri dan seterus nya berusaha untuk perbaiki kelemahan itu.

ambo perhatikan..sebelum Mesyuarat Agung... team Mahdir seolah2 sudah mampu untuk merampas teraju Persatuan...malah ambo yakin team Che Kamarudin sendiri merasa agak goyah dengan tentangan yang mereka terima ...sehingga kan Datuk Bahrin sendiri nampak secara terang2 seperti berkempen untuk team Che Kamarudin. Dan yang paling jelas..Che Kamarudin sendiri tidak mampu menahan air mata bila diistiharkan sebagai pemenang dan terus menerajui Persatuan untuk sessi 2011/2013.

Kalau ikut pengalaman ambo yang ada sikit sebanyak dalam pola politik tanah air... team Mahdir boleh menang jika mereka mampu melihat mood ahli yang hadir. Jangan terlalu menimbulkan isu remeh temeh dan jaga mutu percakapan semasa melontar kan pandangan dan idea ketika berhujah.

Dan satu yang ambo rasa dosa paling besar Team Mahdir telah lakukan, adalah bila menempelak salah seorang pengasasPasar Malam Tar lantaran dia bersetuju dengan pandangan mereka...!! Dalam apa situasi pun..orang lama dan orang yang banyak berjasa kepada Persatuan mesti dihormati... kita boleh berbeza pendapat dengan mereka... tetapi biarlah kena dengan gaya nya!!! Tambahan pula bukan sedikit yang hadir mesyuarat tu ahli2 yang agak berumur...bagi mereka perkara seperti ini amat sensitif dan boleh membuat mereka berubah sokongan...!!

Apa pun, semua nya telah selesai.... semuga Peneraju Persatuan bagi sessi baru ini akan ambil iktibar dari saranan2 ahli Persatuan... tunaikan lah janji yang telah dibuat....dan buktikan lah kata2 Pengerusi yang selalu laung kan ..." apa sahaja keuntungan yang persatuan dapat ...akan dikembalikan kepada ahli....!!!!...." . Buktikan lah janji itu agar ahli tidak menjadi bosan kerana terlalu banyak retorik....!!! Kerana bila ambo dok borak dengan ahli...mereka selalu tanya apakah keuntungan yang persatuan janjikan untuk dikembalikan kepada mereka???

kalau takat setahun sekali dok makan dekat restoran Nelayan itu ...sangat tidak relevan ... !! Buktikan lah kepada ahli tentang apa yang dikata...agar keyakinan ahli kepada anda semua akan terus berkekalan!!

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

info yang menarik.

Tanpa Nama berkata...

sy juga mula seronok membaca politik pasar malam ni tidak sangka dah macam parti lah pulak.
sy yakin bukan sahaja pasar malam Tar ada isu ini, pasar malam lain pun mungkin ada.

otai LTAR 1995 berkata...

salam bro..mentality org niaga kebanyakanya tak ambil tau psl persatuan.bagun pagi beli barang niaga malam terus niaga begitulah seterusnya.tak ambil tau psl persatuan.dia cepat ambil tau bila tapak nya kena ceroboh.tetapi org vip dlm persatuan nampak peluang RM sebab ada kabel DBKL.penjaja ni bila suruh dtg mesyrt tak tau apa nak tanya janji tapak aku tak da org kacau. kalau team mahadir menang habis tapak aku kena bongkar nahas lagi baik aku.diam.risikan otai dapati hanya 3 crg ajk masih niaga yg lain semuqa bagi sewa.takpa lah oleh itukita sokong team lama selamat setiap bulan ambil sewa goyang kaki.20 org penjaja minang pun sokong team kamarudin sebab......

Tanpa Nama berkata...

nak komen ulasan bro..team mahadir elok kalah sebab miskin team lama menang kaya raya.team mahadir comot,team lama kemas wajah keparat. team mahadir hanya jemputan, team lama taukey penganjur MLM mcm-mcm taktik boleh buat,team mahadir banyak bekas-bekas askar garang/tegas team lama byk org unom putar alam,team mahadir org utara(loklak) team lama org timur(dok adjust)..kah.kah..kah..

Pasar Malam berkata...

salam Otai LTAR - nampak nya masih banyak yg perlu ambo bongkar dalam entri2 ambo akan datang.

Untuk itu ambo harapkan kerjasama dari Otai untuk sama2 bangkitkan isu2 yg dirasakan relevan untuk kebaikan ahli2 LTAR.

Dalam isu hal2 ehwal Pasar Malam TAR yang ambo nampak... bukan ahli2 biasa macam ambo saja perlu terbuka minda..tetapi bagi yang cita2 nak menjadi pemimpin persatuan lebih dahulu perlu terbuka minda mereka...!! kalau bila kalah pemilihan terus tuduh ahli tak buka minta...ambo rasa itu amat tidak patut...!!

Pasar Malam berkata...

tanpa nama - seperti yang ambo ulas dalam entri lepas...kekalahan Team Mahdir bukan kerana dari mana mereka datang atau parti apa yg mereka sokong... tetapi bagi ambo kerana cara yang tidak kena... !!

Jika cara hujah dan cara isu dibangkit dibuat dengan lebih teliti semasa pemilihan... keputusan mungkin boleh berubah ..sekurang2 utk beberapa jawatan penting... tetapi kerana terlalu banyak benda remeh temeh yg dibangkitkan..hingga menimbulkan rasa rimas pada ahli yang mengundi maka pola sokongan boleh berubah...!! itu apa yg ambo dapat semasa bersama dengan rakan2 selepas pemilihan...!!

apa pun ambo yakin..selepas pemilihan..pihak persatuan kena lebih berhati2 dalam membuat setiap keputusan kerana mereka boleh tumbang bila2 masa jika salah langkah....!!

otai LTAR berkata...

T ksh psr mlm LTAR.. kalau pemimpin persatuan ada wawasan DBKL sedia bantu mcm cina town.little india telah diwartakan. generasi kedua mereka dah menunggu tapi penjaja LTAR khususnya org melayu semakin lemah bersatu lihat pendatang pakistan,indon,bangla rajin sanggup rebut peluang ini walaupun di hambat penguatkuasa(DBKL,RELA,IMIGRESEN)cuba renungkan sejenak....

Teman seperjuangan berkata...

sejarah psr mlm jln TAR di buka 1985 zaman datuk elias omar,tak da persatuan,1998 akibat sukom pindah ke lorong TAR persatuan penjaja pasar moden GOMBAK kuitp ahli penaja Raja Zaharah(penjaja baju budak)lepas tu 2002 klu taksilap, persatuan Mislan ambil alih Ajk lama tumpang persatuan ini,AJK ni keluar persatuan mislan tubuh jawatankuasa sementara sehingga tubuh perstuan penjaja LTAR 2007 sehingga skrg 2011 AJK pun org yg sama sampai sekarang perhatikan apa jasa-jasa mereka selama 13 thn memperjuangkan penjaja melayu LTAR.Warga asing dah mula bersarang, klu persatuan PPPDP leka maka tak heran lg 10 thn mereka ni ambil alih mcm cina town(mnyar,bangla).

bijan berkata...

Manusia yang suka salahkan org lain tetapi tidak mengaku kelemahan sendiri tidak layak jadi pemimpin. - aku sokong artikel bro PMAT

Pasar Malam berkata...

Otai LTAR - ambo sokong, Persatuan perlu ada wawasan yang jelas agar pihak DBKL pun tahu kemana arah mana persatuan akan dibawa. Sudah tentu perjuangan utama Persatuan adalah supaya PMTAR digazet seperti mana Cina Town dan Little India..!!selain agar PMTAR dipindahkan kembali ke jalan besar seperti mula2 ditubuhkan dulu!

Teman seperjuangan - tq kerana info, apa yang bro utarakan itu juga sering menjadi runggutan kebanyakan ahli...Persatuan perlu ambil perhatian isu ini.

Bijan - tq atas pandangan.

Kisah Cinta berkata...

kawe tenguk makin hangat isu politik pasar malam ni. Kawe nak komen sikit hok kata team mahdir kalah sebab mereka comot? meme comot pun, bodoh nak mampus. Apa dia ingat peniaga pasar malam ni bodoh sangat ke? Kita tolak team mahdir sbb mereka kurang ajar.
Apa punya bodo, pengerusi sementara pun nak tanding. Tukang catat pun nak tanding. Semua nak persoal, hingga benda bodo pun mereka asyik dok ulang2.Meraka tak sedar ke ramai menyampah sbb perangai bodoh team mereka tu?
kawe yakin,kalu takat tu lah otak team mahdir sampai beruk bercakap pun team mereka akan terus kalah.

Mat Lada berkata...

Setuju dengan orang kelantan. Apahal kait negeri&parti sokong tak sokong mahdet. Wa sendiri tentuk mahdet punya tim mmg bigai, gan org tua pun tak tau respek. cam mana tim mahdet mau org respek dia?

otai LTAR 1995 berkata...

berita terkini..belakang semua house tambahan penjaja baru psr mlm LTAR .12 tapak makanan penjaja akan ditolak ke belakang mulai sabtu nie.kesian kawan kita ni sapa nak tolong.dengar tapak dah cat nombor.apa peranan AJK persatuan mengenai isu ini.org kata klu diam tanda setuju....wahai penjaja LTAR bukalah mata tajamkan telinga esok kena tapak sendiri....

Pasar Malam berkata...

otai LTAR- tq atas info... ambo sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang berlaku...!!

Walau pun begitu maklumat awal yang ambo dapat...urusan mengalih dan membenarkan pihak swasta mendirikan tapak pasar malam di tapak parking belakang Semua House dalam bidang kuasa DBKL....!!

Datuk S ..empunya tapak parking itu telah mendapat kelulusan dari DBKL untuk menjayakan hasrat syarikat beliau bagi menyediakan dalam anggaran hampir 200 tapak yg sewanya RM50 sepetak bagi setiap minggu..!!

Ambo percaya..kemunculan tapak swasta serentak dengan tapak pasar malam sikit sebanyak menjejaskan peniaga sedia ada....!! Oleh itu sudah tentu kita harapkan persatuan akan mengembil langkah yang pro aktif bagi menjaga kepentingan ahli2 PMTAR.

Info lebih lengkap akan menyusul pada enti akan datang!!!

Tanpa Nama berkata...

kenapa lah kawasan org melayu asiyk kena kacau je... cina town little india berani kacau ka..da peg DuBuklyg rakus dgn kuasa luluskan lesen maggie mee.maalumlah sementara ada kuasa ditangan...jom kita doakan semuga Allah beri petunjuk kpd mereka ini...ingat makan duit haram dapat anak haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

kerana kekalutan disebabkan team mahdir yang bingai / tak matang dalam kehidupan sebenar .... hari ini memberi impak negatif pd penjaja PMLTAR disebabkan usul atau cadangan dengan mandat ahli-ahli di mesyuarat tidak dapat diadakan pada tahun ini termasuklah isu sedang berlaku iaitu salah satu nya adalah penganjuran tapak swasta yang mengambil kesempatan kewujudan pasar malam sediaada.Pihak penganjur mungkin ambil kesempatan atas sikap penjaja itu sendiri kerana tidak bersatu , sebelum ini ahli-ahli terbabit suka ambil tindakan sendiri dengan membelakang Persatuan (lapuran rakan DBKl)pada peniaga terbabit 7petak !! janganlah nak kaya lalu abaikan kepentingan peniaga lain (tindakan yg diambil sebelum iniiatu tapak hari ahad ditempat yang sama - pengurusan tersebut team mahdir juga yang buat). habis tu taklah salah persatuan lagi ....kesian ajk . fikiran bernas yang boleh diterima ahli adalah ideologi keluar dari kotak yang di biasa kan dengan perkara yang betul .... betulkan yang biasa. lu fikir lah sendiri .

hang kebun pun bolehlah... berkata...

wacana politik PMLTAR !mengingatkan zaman ambo di U , Hebat manakah PMLTAR dan Apa latarbelakang AJK dan Ahli-ahli Persatuan ini ??? . Setahu ambo.. pmltar ini telah melahirkan ramai pra- jutawan Melayu . Syabas. Pada VIP politik kerajaan pandanglah kepentingan mahupun sumbangan PMLTAR pada agama , Bangsa & Negara . Gazet kan lah PMLTAR pada mata peta dunia sebelum tsunami melanda . Janganlah sampai Parti Pembangkang menguasai minda peniaga PMLTAR .

Tanpa Nama berkata...

Hebat

Tanpa Nama berkata...

http://www.wangpasarmalam.com