Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 31 Mac 2011

panass!!! DBKL LULUS HAMPIR 300 TAPAK BARU DI PASAR MALAM TAR??

kerana ada masalah teknikal..ambo tak boleh nak upload kan gambar2 tapak baru itu... jadi kena lah ganti gan gambar pelangan2 di tapak ambo....!!... apa agak nya cik adik kita tunjuk tu...?? agak nya nak kata belakang Semua House tu ada hampir 3oo tapak pasar malam baru..??
baju- baju yang diperagakan di tapaka ambo.... cantik dan murahh....!!
tapak ambo selalu mendapat tumpuan pelancong asing yang kian ramai membeli belah di PMTAR..!!!


Benar..!!! memang benar ura-ura yang menyebut ..tapak Pasar Malam TAR akan bertambah... bukan 10 atau 20 tapak...tetapi akan bertambah lebih kurang 300 tapak....!!

Tinjauan ambo ke tapak parking belakang Semua House, tapak-tapak baru telah dicat dengan warna merah... terdapat 6 baris tapak yang ditanda bermula dari muka masuk parking hingga ke hujung parking... dan dari hujung belah kiri parking hingga ke hujung belah kanan parking....!! semua ruang digunakan......!!

Setiap tapak dicatkan dengan cat merah bermula dengan barisan A hingga ke H dan bermula dari dan setiap barisan ada lebih kurang 38 petak..!! kalau kiraan secara kasar 36x8=288 tapak baru akan wujud diatas medan parking tersebut...!! waa banyak tu....!!

Apa yang ambo diberi tahu..pihak DBKL telah memberi kelulusan kepada sebuah syarikat swasta yang juga pemajak tapak parking itu sebagai pengendalinya.

Setiap tapak yang berkeluasan 6x6 itu dikenakan bayaran sebanyak RM50 seminggu.....dalam kata lain pihak yang mengendali tapak tersebut akan mendapat income lebih RM 14,000 seminggu !! wow banyak tu....!! malah income tersebut mungkin akan mencecah RM1 juta setahun jika termasuk bazar Ramadan..!!

Ambo sebenar nya tidak kisah sangat benda-benda itu semua..tetapi yang ambo agak khuatir adalah nasib peniaga pasar malam yang sudah sekian lama berniaga disepanjang pintu luar parking tersebut.. kebanyakan mereka ada peniaga makanan ..!!! sebelum ini mereka boleh meletak kan meja dan kerusi diruang belakang bagi memudahkan pelanggan untuk makan..tetapi lepas ini tiada lagi ruang untuk mereka dan sudah tentu ini akan memberi kesan kepada perniagaan mereka. Malah beberapa tapak juga akan didihalakan masuk sedikit ke ruang parking bagi memberi luang pejalan kaki untuk masuk ke tapak pasar malam swasta itu...!!

Untuk pengatahuan.. Pasar Malam TAR lebih dulu beroperasi sebelum ruang parking itu diluluskan pajakan oleh DBKL...!! Tapak parking itu asal nya adalah tapak kompleks Munshi yang satu ketika dahulu amat terkenal sebagai medan selera yang menjadi tumpuan warga kota.

Samada kehadiran pasar malam swasta itu akan memberi kesan kepada peniaga yang sedia ada..itu belum dapat kita pastikan lagi.... tetapi yang jelas peniaga-peniaga makanan yang sebelum ini beroperasi diberhadapan dengan medan parking itu akan menerima kesan yang bukan sedikit...!!!

Kita semua tahu..samada lulus atau tidak satu-satu tapak pasar malam itu adalah 100% kuasa DBKL..tetapi dalam hal sebegini DBKL sepatutnya memikirkan juga kesan kepada peniaga asal pasar malam TAR. Kewujudan hampir 300 tapak baru itu sikit sebanyak akan menjejaskan juga peniaga sedia ada...!! Kami bukan mahu persoalkan kuasa DBKL..tetapi sepatutnya biar lah kelulusan tapak baru yang diberikan itu berpada-pada.

Nampaknya ...barisan kempimpinan Persatuan Pasar Malam TAR yang baru dipilih pada 2 minggu lepas sudah ada tugasan yang menanti.... pastikan nasib peniaga asal pasar Malam TAR terbela ......!!

Mungkin sabtu nanti..ramai peniaga asal Pasar Malam TAR akan terkejut besar dengan situasi ini...tetapi apakan daya... semua itu adalah hak mutlak DBKL.... kita cuma mampu berserah kepada takdir...!!!

Semuga persatuan kita mampu lakukan sesuatu.....!!!

29 ulasan:

Kisah Cinta berkata...

satu kenyataan hok kawe raso perit untuk peniaga ori PMTAR. Rasional apo hok dbkl guna lulus banyak gitu lalu tapok baru?

Tanpa Nama berkata...

tak da bantahan dari peniaga ka banyak sangat tapak baru tu? Sepatut belum dbkl lulus 2-3 ratus tapak tu kena pastikan la peniaga sedia ada tak terjejas.

pasbodo berkata...

DBKL mmg terkenal dgn virus B. Dimana2 saja, apa saja bangunan yg diorg ni buat xde satu pun yg bagus. Buat pasar basah di tingkat 1. Lrpas tu paksa peniaga masuk situ. Bodoh

Tanpa Nama berkata...

fakta menenarik dari blog yang unit. Syabas.

bijan berkata...

Tak de demo ke sabtu ni? bahrim tak mau anjur demo macam bulan puasa lepas je??????

suarapenjaja berkata...

nak tanya pasal penjaja melayu je de problem?

nape area penjaja cina and india ok je?

nak tanya dbkl pandai cari pasal gan melayu je?

nasib melayu di tanah melayu. macam pendatang.

Tanpa Nama berkata...

hairan lagu mana boleh tambah sampai 300. banyak tu. Perkara seperti ni buat masyarakat pandang serong kepada pihak berkuasa seperti DBKL.

NakTahu berkata...

DBKL perlu ada penjelasan untuk kelulusan itu. 300 petak sangat banyak. Siapa yang dapat untung??

Tanpa Nama berkata...

300 petak? sape dapat tu? guna kabel apa? marhaen macam kita ni ada peluang ?

dulu dah bising dbkl bagi berpuluh tapak bulan posa kat Jekal, petak ni korporat mana pulak yang dapat?

dbkl kena telus. Isu 300 petak tu bukan kecik.

Tanpa Nama berkata...

hangat dan panas dbkl kena jawab!!

Tanpa Nama berkata...

hangat dan panas dbkl kena jawab!!

suara peniaga kecil berkata...

sepatutnya nya dbkl sama-sama bantu agar Pasar Malam boleh kembali beroperasi di jln tar. ni menyusahkan lg benda yang susah aka padat kat lorong.

Tanpa Nama berkata...

Kita tggu pa kta persatuan. Sape lak nak bela nasib ahli yg kene alih petak mreka ble petak baru tu bukak.

tq pasarmalamtar awak keluarkan isu ni. sye respect lu.

Kisah Cinta berkata...

Kawe sokong,kot mano2 pun persatuan kena bagi peniaga asak PMTAR paham perkara ni. Persatuan jugok kena minta penjelasan dari pigak DBKL bakpo lulus petak banyok sangat. apa agenda meraka? mengapa gak pasar malam melayu selalu bolah nasib macam ni?

Flim star wayang kulit berkata...

pengerusi,setiausaha,kena tutup mulut pasal dengar dah dpt habuan ,sepatutnya persatuan maalumkan pada ahli masa mesyuarat agung yg lalu..tadi kumpulan kena pindah jumpa tmb pgrh penjaja DuBoKL taklayan RM dah masuk..esok kita tengok drama AJK persatuan nak tlong penjaja atau Datok S...Dengar 1 petak harga rm3k kali 300=????? jutaan segera.bagunlah penjaja Melayu Hak kita di rampas..

Tanpa Nama berkata...

berita baru terima mat indon dan mat pakistan akan masuk petak 300 nie...panasssss.akan hancurlah pasar malam TAR disebabkan melayu belot (tuan tapak, persatuan, dibikel)

otai LTAR berkata...

Nak tau petak parking tu asal ditender sykt ROFA VISTA tamat Aug 2010,bila dbkl buka tender baru rakan kongsi belot keluar sykt buka sendiri pas tu tawar harga tggi kpd DBKL. terus dapat sebelum puasa 2010.2011 sykt ini mengalami kerugian.maka jumpa mek nor kutip sewa bazar hari ahad 3 kali je lepas tu bungkus.jumpa kenny(ulat) cadang jadikan psr mlm lulus permit 300 petak,hantar surat semua psr mlam kl,berjaya kelentong peniaga.pengerusi dah tau diam je Maka esok 2 aprl terus niaga.perhatikan siapa master mind

Pasar Malam berkata...

Rupa-rupanya isu ini lebih panas dari yang dijangka. Ambo rasa macam2 mano pun Persatuan mesti masuk campur dan pertahankan hak peniaga yang sedia ada.

Ambo pun pelik macam mana kewujudan 300 petak baru dalam kawasan PMTAR tetapi peniaga PMTAR sendiri pun tidak tahu??

Ambo harap Otai LTAR boleh hubungi ambo utk bincang isu ini dengan lebih detail.

Ambo kira, kalau perkara besar seperti ini pun meraka boleh lakukan kepada PMTAR... sudah tentu hal2 lain adalah enteng untuk mereka laksanakan tanpa perlu memikirkan nasib kita di PMTAR.

Tanpa Nama berkata...

dah menang jawatan pengerusi,setiausaha, ajk pegang 1 juta buat apa susah payah lagi bantu penajaja-penjaja LTAR yg bodoh lagi bangang...kah..kah...kah kau tulis lah mcm-mcm kawe tak heran lgi kepala dah masuk air.Demo org byk belayar dari dtk baheran,mislaon,brahimmm,marone dll

NakTahu berkata...

pengerusi persatuan kena jawab gan peniaga cam mana perkara 300 petak baru ni leh berlaku. nape penjaja tak diberitahu? duit lampu kutip tak pernah miss tp hal 300 petak boleh miss??
mana peranan persatuan?

Tanpa Nama berkata...

kesian tgk penjaja psr mlam swasta dtg 10 pg blk 10mlm ada yg langsung tak laku ada yg kemas 8 mlm,ada kena tipu dek peganjur kononya PMTAR beri laluan masuk,rupanya dah dah kena blok.ada yg minta balik duit,pengerusi persatuan dtg pun mcm pelakon pura-pura tak tau...dah masuk, semua main wayang...

Tanpa Nama berkata...

klu Pengerusi pasar malam Tar cam blur isu 300 petak tu. Apa guna jd pengerusi? buat hbis beras jee.
Aku pun tak nampak apa persatuan buat nak tlong ahli yang terjejas sal itu petak bru tu.

Tanpa Nama berkata...

pengerusi(din)tak ambil tau lg psl masalah penjajaja LTAR.klu kuitp duit lampu /sewa bazar wakaf no 1.sekali kutip ribu-ribu. tak bAGI RESIT persatuan semua masuk dlm kantung din.kau tulis pasal dia TAK HERAN biar sampai meletup blog ni.dan pernah cabar kami hantAR SURAT ADUAN 1 LORI pun dia tak heran.Amboi baru dilantik jawatan dah sombong...ajk seua dah kena mamderam...kah ...kah...

mangsa tipu berkata...

dipendekkan cerita dan dikesempatan ini yang mana I lama tunggu saatnya sudah tiba ! Apa kaitan Mek Nor,Mek Na ( mulut murai )dan Mahdir musketer dalam ini cerita . izinkan I lakar sejarah awalan kerana I salah seorg peniaga yang kena tipu tapak Ahad tanpa kelulusan DBKL . Mana Ganti Rugi!!!.
Hingga disaat ni ,I sebagai Pemerhati Dari jauh gerakgeri sumbang 'Musketer'& group di perhatikan . sekarang nama -nama tersebut terima balasan kerana anayai sesama peniaga .

Tanpa Nama berkata...

dah ramai orang Melayu kena halau macam HANJING kat KL..ada sekali di NZ Wangsa Melawati- kat Wangsa Walk. brader yang jual steamboat tu kena halau .. kena angkat lori dan barang makanan skali.. barang2 makanan yang dijual tak pulang balik.. DBKL tu dari Pengarah sampai Penguatkuasa orang Melayu.. apa salah bagi option atau bawak bincang benda2 macam ni..??

anak jati kuala lumpur /// berkata...

Janganlah penting diri sendiri..kalau tapak pasar baru ini wujud bermakna bertambah lagi la peluang orang nak berniaga.Anak jati org kuala lumpur ni pun masih ramai yg nak berniaga jgn org ambo jo..Mari kita sama sama bersatu dan menaikkan ekonomi org melayu...Hidup orang Melayu...

pasir mas berkata...

Ambo sokong tapak pasar malam swasta yang baru ini..ado tapak lagi ke...ambo pun nak satu...

Pejuang Melayu berkata...

Kami sokong tapak pasar malam tar yang baru ini.Beri peluang kami yg baru untuk berniaga.Kami menghargai jasabaik DBKL dan penganjur yang beri kami peluang.DBKL berhak memberi peluang pada orgramai dan mesyarakat setempat.Kami sokong penuh hasrat yg murni DBKL ini.

peniaga yg diberi peluang berkata...

Teruskan Pasar Malam Swasta ini.Suara ramai dari 200 peniaga baru harus diambil kira kerana suara inilah yang menyokong kerajaan walau apapun yang terjadi..jgn jadi macam org2 Pas asyik pikir bulan org yg kat bumi dilupakan.